JOM MAKAN-MAKAN : TEPPAYANKI

Fuhhh, fuhhhh, fuhhh..Agak berhabuk sikit nooo..
Cuci lap sikit habuk tu..

Menjengah kembali setelah sekian lama berehat, bersedih dan berduka. Marilah kita menyambung jalan-jalan makan makan kiterrrr yerr.. hehe ๐Ÿ˜

Nak sharing hari ni makan TEPPAYANKI, mungkin ada yang dah pernah dengar dan makan. Tapi still nak cita gak kat sini. Hahaha. Teppayanki ni sebenaqnya aku tak tau pon. Dok pikir dalam kepala makanan Jepun ka apa. Suami lar yang suka ajak makan pelik-pelik ni. Tapi yang ni tak pelik pon, nama jar tak macam Melayu sangat. Sebabnya `Main dish` dia Nasi juga. haha.
Mulanya agak ragu nak masuk, sebab tengok macam kedai cina jar. Aku pon Google nak tengok kesahihan dan kehalalan toyiban-nya, dah confirm baru bole masuk kedai. So mai nak cita sikit apa benda Teppayanki tu.. hehe ๐Ÿ˜

"Teppanyaki is a post–World War II style of Japanese cuisine that uses an iron griddle to cook food. The word teppanyaki is derived from teppan, which is the metal plate on which it is cooked, and yaki, which means grilled, broiled, or pan-fried." (sumber : Google)

Citanya Teppayanki ni makanan berasaskan Grill or Pan Fried macam tu lar. Lupa pula cita aku p makan kat mana yer.. hehe.. Kami suami isteri p makan Teppayanki di One Utama sebab tu paling dekat dengan rumah. Teppayanki ni banyak cawangan so hampa pilih lar mana hampa nak p. 
Kami makan Teppayanki ni sebab dia ada nasi, suami pula jenis makan nasi. Bagi aku ok lar, sebab sesuai dengan deria rasa mulut kita kat Malaysia ni. `Main dish` dia Nasi Putih bole pilih nak Chicken or Beef. Ada juga jenis set sekali air dan desert apa semua tu. ๐Ÿฑ

  
p/s : Ni antara menu yang bole dipesan 


Macam yang kami order ni, kami ambil set. Suami ambil set sempena CNY. Set tu nasi dan Ayam yang di grill dengan taugeh yang banyak penuh pinggan. Sapa yang tak makan taugeh aku suggest tak payah lar pilih restoran ni kot. hehe. Sebab taugeh dia memang banyak betul. haha. Aku ambil Dinner set yang ada desert tapi tak ada air. Set aku pula ialah beef pastu ada Miso Sup, Chawanmushi, Gyoza, dan Jelly. Meh nak cita set desert tu apa dia. Dia ada Chawanmushi tu telur custard steam, jelly macam agar agar lar, gyoza tu macam dumpling goreng tu pastu miso sup tu sup Jepun macam tu lar, rasanya ok lar. Tak aneh sangat. hehe ๐Ÿ˜


 
p/s : Ni Nasi Beef dengan Chicken Grill. Nampak dia punya taugeh tu banyak mana, haha


Antara side dish yang ada :

p/s : Ni Chawanmushi ๐Ÿต

 
p/s : Ni Gyoza ๐ŸŒฎ


p/s : Ni Miso Sup ๐Ÿฒ
  

Harga pula bagi aku ok lar, sesuai lar dengan gologan kita sekali sekali nak makan. Tapi kalau hari hari lelah lar kot. Macam Set aku ambil RM 24.90, set suami ambil lak RM 18.80. Bole lar.. ๐Ÿ˜ธ


 So, tengok lar muka-muka kenyang kami ni, haha.

Happy Tummy, Happy Us !! 


❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ ๐Ÿ–ค












0 comments