HUAWEI MATE 20 PRO




Assalamualaikum, rasanya belum terlambat untuk ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2019 untuk semua. Yeayyy, another year for us to work more harder not only for DUNIA also for AKHIRAT ๐Ÿ˜Ž
Tahun 2018 untuk aku adalah tahun yang ada manisnya bagi aku, dan Allah selitkan juga sikit kepahitan untuk aku rasai warna warni kehidupan ini. Tapi aku tetap bersyukur dengan segala kurniaan yg Allah bagi sama ada manis atau pon pahit. Alhamdulillah ๐Ÿ˜Š

Sebelum tue jom recap sikit warna warni kehidupan 2018 aku ๐Ÿ˜†. Di awal tahun aku dan suami mulakan kehidupan kami  sebagai pasangan suami isteri. Berusaha sepanjang tahun dengan harapan dikurniakan zuriat, tapi Allah kata belum masanya lagi mungkin. Tapi kami ok jar, positif kan diri sentiasa berusaha dan bermohon padaNya ๐Ÿ˜Œ Bermula Sept 2018 diuji dengan kepahitan dan kesedihan dalam hidup ini. Mak Su Milia sakit di Hong Kong dan meninggal disana selepas dua bulan sakit pada 10 Nov 208. Kemudian diuji lagi selepas 17 hari Mak Su meninggal Tok Wan di Perak tinggalkan kami semua pada 27 Nov 2018. Dan yang terbaru Tok Cik(adik tok wan) di Perak juga pergi tinggalkan kami baru baru ini,  3 Jan 2019. Begitu lah perjalanan 2018 aku dan keluarga paa tahun lepas. Ada senyum ada ketawa ada menangis disitu ๐Ÿ˜ญ

Berbalik kepada tajuk diatas, sebenaqnya nak cita pasai dia. haha. Tapi alang alang ni first entry 2019 aku recap lar sikit untuk 2018. hehe.. Jangan marah naa.. ๐Ÿ˜† Cuma nak sharing jar dengan semua. Sebenaqnya sudah lama terniat dihati nak tukar phone dan sudah lama juga dok nyanyi kat suami nak fon baru. Bukan sebab apa, sebabnya fon lama OPPO R1X aku tu dah lama kot. 4 tahun lebih dah kot. Henggg memang tak yah kata lar. Nak install benda lain memang dak dah lar. huhu. Dari tahun lepas suami dah tanya nak fon apa. First dok ingat  nak Iphone sebabnya selama ni dok guna Android kemudian ingat nak tukar lar Apple lar kononnya. Tapi masa dia tanya tu bole plak HUAWEI keluarkan P20 Pro masa tu. Suami pon review lar dulu antara Iphone dengan Huawei. Kemudian dia suggest suruh amek HUAWEI P20 Pro sebabnya kamera dia lagi cantik dari IPHONE. Tapi harga time tu memang 2.5k juga lar. Maka berhuhu lar sat. Sebab nak cari fon kamera cantik adalah untuk berbisnes juga.  Nak ambil gambar produk, nak manage customer nak marketing. Kalau bukan sebab bisnes tak cari lar memahal macam ni. Kami pon decide untuk hold kejap mungkin nanti harga turun sikit sambil tu bole lar menabung sikit sikit. haha. 

Tunggu dan terus tunggu akhirnya Bulan September 2018 HUAWEI keluarkan Mate Series plak dah. Ada Mate 20, Mate 20 Pro dengan Mate 20X. Dah keluar yang baru mesti lar lagi canggih dan lagi mahal. Haaaa, sudah..haha. Masa ni aku dah set dalam kepala nak ambil P20 Pro jar, tak pikir dah model baru ka apa sebab duit tabungan macam dah cukup. Haha. Sekali suami dok p selidik lak Mate Series tue, pastu dok suggest aku amek. Haaaa, aku kalau bab suami suggest ni agak mudah terpengaruh. haha..So, kami pon survey lar kedai phone murah murah. Tapi nak beli tak beli macam tak pasti lagi, sebab duit tabungan macam sayang gak nak guna. Aku kan jenis sayang duit. Haha..

So, tiga hari lepas (ikut tarikh posting naa) 05 Jan 2019 kami pon p lar kedai yang agak murah lar dari kedai lain dekat The Curve, Nama kedai CamWorld. Jangan pelik kalau nak beli sini. Sebab kedai ni main dia jual service kamera jar. Tapi dia jual juga phone sikit tapi tak banyak lar. Kalau aku memang tak beli dah sebab tahap kepercayaan aku ni pelik sikit. Haha.. tapi sebab suami jenis tau benda benda cenggini so, aku percaya dia 100%,Yela, da suami kan..haha. Kedai ni kalau beli phone memang dia tak akan tolong hang setup apa ka, sebabnya depa bukan expertise phone tapi kamera.So, bila hampa beli depa bagi phone seketoi tu, hampa balik setup lar sendiri naa..haha.






p/s: Nie spec untuk Mate 20 Pro aku beli tue ๐Ÿ˜ฎ

Alkisahnya, aku nak beli pon teragak agak juga, tapi sebelum beli kami p Kedai HUAWEI Offical dulu sebelum buat keputusan. Lepas pusing IPC nak dekat sejam jugak decide beli jar lar Mate 20 Pro tu. Haha. Antara kedai yang best price lar sebab dapat harga RM3299 siap ada Free Gift wireless charger Huawei juga. Disebabkan kedai ni murah kami pon beli lar sepsiap henfon ayah mertua kat dia. Agak murah juga sebab dapat harga fon Nova 3i RM969. Padahal kedai lain semua RM1069 untuk Nova 3i, Mate 20 Pro RM3599 free gift pon tak ada. So, rasa agak berbaloi lar beli kedai ni, walaupon duit tabungan melayang-layang sekelip mata. Hahaha 

So, jom kita layan sikit gambar guna fon baru ni, explore tak abeh lagi pon sebenaqnya, tapi nak sharing juga  untuk panduan hampa. So, far aku agak puas hati lar..haha ๐Ÿ˜

p/s : Ni lar wireless charger yang dapat free tu ๐Ÿ˜Ž

p/s : Set yang dapat sekali phone termasuk casing juga ☺️

p/s : Warna ni jar yang ada stok, Emeral Green. tapi memang suami kata ambil warna nie, so, ok jar ☺️

p/s : Nie front face gittuuee ☺️

p/s : Nie back face dia gittueeww.. ☺️


p/s : On phone terus capture first gambar dekat The Curve lar. haha

p/s : Satu-satunya insan yang akan selamanya mempengaruhi diriku ๐Ÿคฃ

I LOVE YOU SUAMI ❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’›








0 comments