TTC JOURNEY : PART 1 (OPK)

Assalamualaikum sahabat semua..

    Lama tak menjengah disini, tup tup hari ni dah raya dah kita. Alhamdulillah. Hari raya semua ok kerr tue? hehe. Hari ni sebenarnya nak cita tentang tajuk diatas tu. Niat nak tulis tajuk diatas tu dah lama sebenar-benarnya. Tapi nak cari mood tu lahaiii, susah sungguh nak jumpanya. Huhu.

    TTC ni hanya orang yang bernama TTC-ian jar tahu. Apa maksudnya tue? TTC tu maksudnya Trying To Conceive. Orang yang dah berkahwin 6 bulan ke atas dan masih tak ada lagi rezeki zuriat selalunya dia dah mula kenal dengan TTC ni. Macam kami juga lar. huhu. Kami dah kahwin hampir 2 tahun tapi Allah belum kurniakan kami rezeki zuriat lagi. Dan semestinya kami pon dah kenai dengan term ni dari lepas kami kahwin lagi.

    Benda pertama yang aku buat adalah ber OPK (Ovulation Prediction Kit). Maksudnya aku akan guna alat nie untuk cari waktu subur aku. Sebabnya aku ni jenis period yang tak regular. Maksudnya period aku tak akan datang On-Time setiap bulan. Mesti ada tarikh macam-macam. Benda ni jadi sejak dari aku zaman belajar lagi. Tapi aku dah pernah check jumpa doktor. Tapi jawapannya, aku tak kahwin lagi memang macam tu. So, bila dah kawen aku perhati kan period aku agak gelong juga cuma kadang dalam 2 3 bulan tu flow dia macam cantik juga lar. Kemudian aku buat keputusan nak try berOPK ni dulu. Aku start Julai 2018. Aku beli borong kat Shopee sebab murah, sekeping strip tu dalam berapa sen jar dapat.


p/s : Ni gambar aku pinjam dari Google, tapi packaging strip tu memang mcm nie lar 


    Aku guna OPK tu agak lama juga, kadang kadang aku jumpa waktu subur, kadang tak jumpa juga. Bila dah jumpa depa kata boleh lar nak BedDance (bersama suami). Cuma satu jar depa pesan, bila bersama suami sila jangan mengharapkan apa apa. Just enjoy the moment together. Cara guna OPK ni pon ada caranya juga. Test air kencing hampa setiap hari, kalau boleh elok habis period tu dah boleh mula. Setiap hari dari jam 11pg-6 ptg tapi hampa tak bole minum atau makan 2-3jam sebelum test. Untuk memudahkan aku, aku test lepas balik kerja pukul 6:00 petang. So, dalam pukul 3.30 ptg tu aku dah tak minum or makan apa apa. Balik kerja sampai umah terus test dulu, nampak macam jijik lar sikit hari hari hampa kena main air kencing hampa. tapi tu lar pengorbanan kita weyhhh. Usaha macam macam nak bagi zuriat kat suami kita. Huhu.


p/s : Aku mula berOPK serius dalam bulan Julai 2018


p/s : Ni sebahagian OPK yang aku dah buat tahun 2018


Next entry aku cita pula apa progress, berjaya ka tak berjaya ka..

Tapi sebelum tu aku listkan antara website atau pon forum yang hampa bole follow. kat bawah ni. Kita kutip ilmu dari pengalaman orang dan juga dari doktor yang bertauliah yer. 1 jar aku nak pesan, sila jangan ambil apa-apa ubat untuk ikhtiar hamil selain dari nasihat doktor ๐Ÿคช


https://www.babycenter.com.my/g25001381/actively-trying


https://www.facebook.com/groups/KelabIbuMengandungMalaysia/



Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-2  ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ



0 comments