Dina Shamila
  • Home
  • Contact Us

Assalamualaikum w.b.t semua. Aku doakan korang semua dalam keadaan sihat saja semuanya disamping keluarga tersayang. Haishhh, lama sungguh nak update story ni yerrr. Semalam suami tegur, p lar sambung tulis blog tu. Boleh share apa apa info juga untuk orang lain kn. So, saya sebagai isteri menurut perintah. ๐Ÿ˜

Last post hari tu dah share dengan korang my first attempt fail. So, lepas fail apa nak buat ? Move on jerr larr. Nak sedih lama lama pun tak dapat apa juga. Rasanya masa fail first attempt tu masih lagi PKP kan. Kehidupan PKP macam biasa lagi hari tu. Masih ada yang ‘Work From Home” dan ada juga dah start masuk ofis. Tapi lepas dah fail kami terus balik ke rumah kami lar. Sebab aku punya MC pun da abeh dan kena lar bekerja macam biasa. Rasanya around August 2021 masa tu. 


p/s: Dah fail 1st attempt hari tu terus pergi beratur ambil vaksin Covid. ๐Ÿ˜€

Tak ada apa apa yang menarik untuk tempoh  ini. Kami hanya menjalani kehidupan ini seperti biasa saja. Pergi kerja, balik kerja. Buat side income sikit dengan Shaklee masa ni. Masa ni aku aktif dengan bisnes Shaklee, Alhamdulillah memang betul betul membantu jana pendapatan masa ni. Musim PKP kan orang sangat mementingkan kesihatan sebab tu demand product kesihatan sangat tinggi.

Kemudian, bulan Oct 2021 kami pindah ke rumah sewa yang baru. Masih dalam kawasan yang sama cuma rumah jar lain sebab nak cari kawasan yang baru pula. ๐Ÿ˜ 


p/s : Pastu, cari rumah sewa lain pula.

Tapi Nov 2021, Allah uji sekali lagi keluarga. Adik perempuan aku kemalangan kereta. Kereta total lost, Alhamdulillah, adik aku ok saja cuma kaki saja yang mngalami kecederaan. Sekarang, dia pun dah selesai belajar dan dah nak kahwin dah bulan Dec ni. Doakan semoga segalanya dipermudahkanNya. Aamiin.


p/s : Dapat berita adik perempuan eksiden ni, terus dada berombak kuat. Tak leh tenang dah masa dapat news ni. Alhamdulillah, sekarang dah makin sihat beliau. 

Ok, tue la dulu aku nak share dengan korang. Next post nanti aku share next journey on my second IVF pula.๐Ÿ˜€

 Assalamualaikum w.b.t semua. Aku doakan korang semua dalam keadaan sihat saja semuanya disamping keluarga tersayang. Haishhh, lama sungguh nak update story ni yerrr. Dah setahun baru lar update. Hehe. Tapi tak apa lar, aku update sini pun sekadar kenang kenangan aku juga nanti. Perjalanan semua ni kalau nak ingat balik semua nanti ingat yang penting penting jar. So, aku story story kat sini sambil sambil tu boleh juga share apa yang aku tahu dengan korang. ๐Ÿ˜Š

Ok, sebab dah setahun baru nak cerita dengan korang. Makanya aku ringkaskan dengan perkara perkara yang penting jar lar yerr. Heee ๐Ÿ˜

Sepanjang 2 weeks wait aku stay rumah mertua jar. Kebetulan waktu tu masih PKP. Suami aku pun masih work from home. So, kami decide stay jar rumah mertua. 

Aku cerita dari segi pemakanan dulu yer. Sepanjang 2 weeks wait tu menu aku setiap hari adalah;

Nasi + Ikan rebus + Sayur rebus + Buah 

Ni jar menu aku makan hari hari, masak cuma letak garam dan gula jar sikit untuk bagi ada rasa. Un tuk breakfast ambil roti Wholemeal dengan Susu atau Milo. Owhhh, 1 lagi menu wajib adalah telur rebus setiap hari. Nak tambah pengambilan protein seharian. Menu menu ni aku search jar dalam FB Group IVF tu. Ramai orang share menu. Tapi, semuanya hampir sama jer. Rebus atau steam. Konsep mudah makan makanan yang sihat. Jangan makan pedas dan masam. 1 lagi, wajib minum air kosong sehari 2 liter untuk elakkan sembelit dan bantu buang toksin dalam badan juga.

Dari segi penjagaan pula, macam biasa. Jangan ganas ganas sangat. Jalan slow slow saja. Jangan gelak kuat kuat sangat sebab tak nak bagi tekanan dalam perut. Kiranya, buat apa apa pun dalam keadaan slow motion. Solat pula, hari pertama hingga hari ketiga macam tu aku solat duduk. Dah masuk hari keempat baru aku solat macam biasa. Hurmmm, apa lagi errkk. 

Ok, ubat dan supplement continue macam biasa. Folic acid jangan lupa setiap hari wajib ambil. Hurrrm, apa jadi dengan FET pertama ni yerr? Success or not? ๐Ÿ˜

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sepanjang  two weeks waits aku jumpa doc Salini hari ke 10 dan hari ke 14. Hari ke 10, doc hanya jumpa untuk cucuk ubat sahaja. hari ke 14 jumpa untuk ambil darah dan tahu result transfer. Hari ke 14, kami pergi ambil darah. Masa jumpa doc hri ke 14 ni doc dah explain dan nasihat dan kaunseling dah sepsiap. Kalau result FAIL, begini dan begini caranya. Klau SUCCESS begini dan begini step seterusnya. Kami dah bersedia untuk keduanya, walaupun hanya di mulut. ๐Ÿ˜

Keesokan harinya akak Zahirah mesej bagitahu result BHcG tak naik dan menunjukkan embryo tidak menempel langsung. FAIL lar tu. ๐Ÿ˜…

Sebenarnya diri ni macam dah agak bersedia dengan kegagalan ini, tapi bila berhadapan dengan ahli keluarga dan orang lain, memang kecundang larrr. Nak bagitahu ahli keluarga pun serba salah, rasa dah banyak susahkan diorang tapi kami tak mampu nak bagi hasil yang baik lagi. Hurmmm, kami rasa kami dah buat yang terbaik rasanya, mungkin belum cukup usaha kami lagi.๐Ÿ˜ž

Tapi semua orang sekeliling adalah kekuatan untuk kami teruskan lagi usaha ini, semua sentiasa memberi semangat dan sokongan penuh untuk kami. Ini yang patut kami syukuri. Nikmat berkeluarga dan berkasih sayang. Alhamdulillah.


Korang, ada next post lagi ni, follow naa..

    Assalamualaikum korang. Sorry lama sangat sepi disini ๐Ÿ˜ƒ Hari ni nak sambung share dengan TTC-ian semua 1st Embryo Transfer. Berjaya ke tidak 1st attempt ni yer ? ๐Ÿ˜€ Jomm, korang aku kongsi serba sedikit tentang Embryo Transfer.

Sebenarnya bulan April 2021 dah plan nak transfer pastu pergi buat test CD2 bacaan hormon kurang cantik. Kemudian waktu period pun macam biasa sentiasa tingtong lagi. Pastu doc suggest makan Pil Yasmin 2-Cycle lagi baru plan semula. So, aku pun proceed dengan Pil Yasmin dulu.

3 July 2021 - Sesudah makan Pil Yasmin 2-Cycle,  lewat petang macam tu aku period. 

5 July 2021 - Jumpa doc ambil darah untuk check hormon. Kemudian, dah start kena makan Progynova kalau tak silap. Sebab nak tebalkan dinding rahim sebagai persediaan untuk masukkan Embryo.

15 July 2021 - CD12, jumpa doc. Doc scan untuk check ketebalan dinding rahim. Doc kata dinding rahim dah ok dan tebal. InshaAllah, dah ready. Doc plan untuk transfer 19 July 2021. Doc dah bekalkan juga ubat insert (UTROGESTAN 100mg). Yang ni kena insert 3 biji, 3 kali sehari waktu yang sama setiap hari.

p/s : Waktu ni baru keluar dari klinik lepas scan ๐Ÿ’›

19 July 2021 - Hari yang ditunggu pun tiba. Ntah lar, tak tau nak rasa apa. Apa apa pun kami berserah saja pada-Nya atas segala usaha yang kami lakukan. Mudah mudahan dipermudahkan. Seawal pagi perlu sampai di Hospital Metro Klang. Kami sampai sana lebih kurang pukul 8 pagi. Masuk hospital terus pergi register ward. Tunggu nurse datang, diorang akan proses kemasukan ward kepada kita. Hari ni boleh tahan ramai juga yang buat procedure IVF. Ada yang OPU, ada juga yang transfer macam aku. Macam macam orang pelbagai latar belakang.

Dah setel proses kemasukan ward, dapat katil terus tukar pakaian dulu. Kemudian nurse datang bawa 3 cawan air kosong. Semasa procedure kita perlu minum air yang banyak dan tahan kencing yerr. Ini adalah supaya pundi kencing kita penuh dan memudahkan doc nak pastikan keadaan rahim dapat dilihat dengan jelas semasa proses Embryo Transfer nanti.


p/s : Ini lar cawan air kosong tu. ๐Ÿ˜Š

Dah pernah baca orang lain punya pengalaman, jadi tak rasa terkejut sangat larr. Aku pun minum lar sampai habis 3 cawan tu, dah selesai minum pastikan jangan kencing tau. Kena tahan yerr. Kemudian aku pun tunggu dan baring jer laa sementara tunggu nurse panggil.

Lebih kurang pukul 9.15 pagi macam baru nama aku dipanggil. Suami juga ikut sebab kita akan dibawa berjumpa dengan embryologist dulu. Diorang akan explain dulu kepada kita suami isteri , embryo mana yang akan masuk. Dah dengar explanation dari embryologist suami kena tunggu dekat ward, isteri jar masuk ke bilik procedure. 

Procedure embryo transfer tak lama pun tau. Lebih kurang 15-20 minit jar tau. Memang sekejap jar. First masuk bilik procedure, memang ramai nurse akan bantu kita dalam bilik procedure tu. Start dari kita masuk, duduk atas katil. Nurse nurse akan bantu kita supaya dalam keadaan bersedia. Bila semua dah ready baru aku pun nampak doc masuk. Baru rasa ada juga kenal orang dalam procedure tu iaitu doc sendiri. ๐Ÿ˜™

Alhamdulillah, semua berjalan lancar sepanjang procedure ni. Doc pun cakap semua lancar, selebihnya kami hanya berserah kepada-Nya. Mudah mudahan.

Selesai procedure, nurse hantar masuk ward balik untuk berehat. rehat dalam ward nurse nasihatkan kalau boleh tahan kencing lagi 2 jam. Aku cuba sehabis baik untuk tahan kencing. Tapi bertahan sejam sahaja. Selepas sejam , dah tak tahan sangat panggil nurse. Tapi tak boleh jalan pergi kencing di tandas tau. Nurse akan bantu kita untuk kencing. Waktu ni rasa , Ya Allah perut semua sakit bagai dah sebab dok tahan kencing dari pagi tadi kan. Dah kencing tu rasa lega sikit. Ni lar cabaran cabaran bila buat procedure Embryo Transfer. Nak kencing risau, tak kencing pun risau. Sebabnya bila dah lama sangat tahan kencing, bila nak kencing tu macam susah nak keluar. Bila susah nak keluar, kita akan bagi tekanan pada pundi kencing dan perut. 


p/s : Sebelum discharge, lunch dulu. Tapi tak makan sangat pun ๐Ÿ˜€

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Procedure Embryo Transfer ni tak seteruk Procedure OPU hari tu untuk diri aku ni. ๐Ÿ˜Š Pukul 2.30 ptg macam kami pun discharge dan balik rumah. Maka bermula lar 2WW yang mendebarkan. ๐Ÿ˜Š


p/s : 2-3 minggu sebelum FET, aku ada juga buat acupuncture. Sempat buat 4 kali jar ๐Ÿ˜Š

Next post, aku akan story tentang MOMENT paling mendebarkan selepas FET iaitu

 My 2WW ๐Ÿ˜Ž


Sekian.


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ




                Assalamualaikum, disebabkan PKPD 3.0 lagi di Selangor ni boleh lar ber-celoteh dengan korang disini. ๐Ÿ˜€ Nak sambung cerita dengan korang pengalaman OHSS seorang pejuang 2 garis. ๐Ÿ˜ 

Bagi yang terlepas PART 1, korang boleh klik ---> cerita OPU dan OHSS Part 1 ๐Ÿ˜…

18 Dec 2020 - Esok pagi bangun tahap sakit boleh dikatakan 8/10 lagi. Aku still tak lalu nak makan, kalau makan atau minum banyak pasti muntah. Sepanjang hari  aku still ulang benda yang sama. Makan sikit, minum banyak dan muntah. Setiap hari Dr Salini mesej tanya keadaan dah ok ke belum. Hari ni doc mesej dan minta aku datang klinik esoknya sebab tengok keadaan dah teruk sangat.

19 Dec 2020 - Pagi pagi pergi jumpa Dr Salini di klinik. Dr tengok keadaan masa tu memang dah teruk sangat. Mulanya Dr suggest untuk ambil ubat atau injection. Semestinya kalau boleh nak ambil ubat jer lar sebab injection agak pricey sikit. Tapi doc suggest ambil injection yang terbaik sebab keadaan aku teruk sangat dah. Bukan injection sangat pun, sebenarnya ambil albumin dengan drip air sebotol sebab badan aku dah dehydrated teruk sangat. Kami pun terus setuju dengan albumin tu. Jam 11.00 am baru start drip air, makanya jam 1.00 tengahari juga lar baru nak siap. Drip albumin sikit-sikit selang dengan drip air sampai habis air 1 botol. Albumin ni sama seperti aku ambil selepas OPU hari tu. Dr memang dah bagi albumin lepas OPU hari tu sebab dah tahu OHSS akan berlaku, rupanya tak cukup. Kena ambil lagi hari ni..  ๐Ÿ˜€

Alhamdulillah, habis drip air sebotol dengan albumin keluar bilik dh boleh jalan lebih baik. Memang betul2 berkesan. Alhamdulillah, syukur. Keluar dari klinik pun dah boleh jalan dengan baik. 10.00 pm Dr mesej tanya khabar lagi, memang dah baik sangat keadaan malam tu. Dah boleh mandi sendiri, gagahkan diri berjalan jalan dalam rumah. 

So, aku rasa itu saja pengalaman yang pasti tak akan aku lupa juga demimu duhai anak. Apa saja demimu. Orang cakap sakit nak beranak lagi sakit, tapi tak pa datang lar sakit macam mana pun akanku tempuh. InsyaAllah, semoga kami suami isteri kuat untuk jalani process proses seterusnya nanti. Aku doakan juga semua TTCian sentiasa kuat dan tidak berputus asa.

Sebelum tu, aku nak ingatkan korang juga. Jangan terlalu takut kalau baca entry aku ni. Sebabnya, pengalaman setiap orang berbeza tau. Untuk pengetahuan korang juga, aku tak terasa takut pun sebelum jalani process proses ni, sebab aku yakin aku mampu. Tapi rupanya bila pengalaman sendiri tak macam orang lain, rasa bersyukur Allah bagi pengalaman yang sangat bernilai untuk aku kenangkan nanti ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„


p/s : Sebelum procedure, warded dulu

p/s : Selepas 50minit selesai OPU, rehat di ward dulu


p/s : Jam 8 malam baru discharge, tu pun badan masih lemah


Sekian.

Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-18 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

Nantikan next entry, Stay tuned ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ






        Assalamualaikum wbt, hari ni nak sambung story my IVF journey dengan korang semua ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š

Entry sebelum aku dah share tentang Stimulation process. Entry kali ni nak share dengan korang next process iaitu OPU dan pengalaman diri sendiri dengan OHSS. ๐Ÿ˜‰

______________________________________________

Acronym yang digunakan ๐Ÿ˜Š

OPU - Oocyte Pick up dalam erti kata lain, kutip telur untuk dikeluarkan dan disenyawakan diluar 

OHSS -  Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS)

CD - Cycle Day

______________________________________________

Kalau entry sebelum ni doc plan untuk Oocyte Pick Up CD-14, tapi CD-11 doc scan tengok telur dah meriah sangat dan dah besar. Maka OPU day doc decide pada CD-13. 

CD-13 : 17 DEC 2020

Semua proses IVF akan dibuat di Hospital Wanita Metro Klang, consult dan ambil ubat saja di Klinik Mey Star Avenue. Kami perlu ada di Hospital Wanita Metro Klang seawal jam 7 pagi, sehari sebelum Kak Zahirah dah wassap ingatkan kami  :

Persediaan sebelum

1) Start kul 12mlm kena puasa sampai pagi esok

2) Tidak boleh pakai bahan-bahan chemical contoh masa mandi tak boleh pakai sabun, pencuci muka, mekap, deodrant dan lain-lain

3) Wajib tiba di Metro Klang (Ward) sejam awal dari prosedur. Contohnya kalau case pukul 8 am, pukul 7am dah kena ada.

Untuk husband pula...tak perlu puasa cuma :

1) Jangan pakai minyak wangi dan deodrant jee

2) Last keluarkn sperm kena 2 hari sebelum.

Seawal jam 7 pagi kami sampai agak aneh juga lar, cik misi pon baru nak tukar shift barangkali ๐Ÿ˜…

Kami sampai jar terus naik ke tingkat 2 aku rasa (tak ingat, rasanya 2 kut). Tunggu nurse baru masuk dalam setengah jam macam tu. Ingat kami suami isteri jar, rupanya ada juga pasangan suami isteri lain. Nurse baru tu sampai terus bagi IC. Tak perlu nak register pun sebab file dan rekod kita dah ada kat situ. Admit ward, tukar baju semua tunggu di katil dulu. Tunggu dalam setengah jam juga dekat katil tu. Nurse datang dengan wheelchair nak bawa ke bilik procedure (tak ingat jugak tingkat berapa). Suami pun disuruh ke bilik procedure untuk keluarkan sperm. Lupa bagitahu korang, hari yang sama kita OPU suami perlu keluarkan sperm diorang juga. Hari yang sama juga embryologist akan senyawakan telur kita. Sebab tu semasa proses stimulation suami pun kita kena jaga bagi dia makan makanan yang sihat sihat, ambil multivitamin supaya terhasil embryo yang sihat. InsyaAllah, dengan izin-Nya. Aamiin, Aamiin, Aamiin.

p/s : Sesudah Subuh gerak keluar

p/s : Jam 7.00 pagi dah sampai

Ok, sekarang nak cerita perasaan dan pengalaman. First nurse bawa dengan wheelchair ke bilik procedure tu badan berdebar juga. Sampai jar bilik procedure tu, fuhhhh. Nampak ramai nurse dengan doctor kut. Tapi doc Salini aku tak nampak pula masa tu, sebab mata memusing rata masa tu. Dah tu semua orang pakai baju scrub complete warna biru sama jer semua ๐Ÿ˜…. Sebab debar sangat, nurse tanya nak kencing ke tak, memang terus kencing dulu lar. Setel ke toilet, masuk bilik tu semua dah tunggu aku keliling katil. Sorang nurse kot, suruh baring atas katil, dengan posisi yang betul. Setel posisi betul, nurse sarungkan hidung dengan oksigen tu pastu dia suruh kira 1, 2, 3. Pastu terus aku pun tidur. Cepat kesan ubat bius ni. Haha

Masuk bilik procedure dalam jam 8.00pagi macam tu. 8.50am sedar-sedar dah tidur atas katil masa admit tadi. Haha. Betul betul menjadi ubat bius tu dengan badan ni. Tapi untuk pengalaman diri sendiri, sedar-sedar jar dari ubat bius di katil ward tu terus OHSS badan ni ๐Ÿ˜ฃ. Sebelum tu, OHSS ni adalah keadaan di mana telur over stimulate. Selalunya yang ada PCOS ni mudah sangat dapat OHSS ni sebab kuantiti telur banyak sangat. Ohhh, lupa pula nak cerita. total egg collect hari tu 38. Masa scan Day 11 pun doc dah kira ada 40++ biji telur juga yang respond dengan ubat cucuk tu. So, memang doc dah prepare aku akan kena OHSS. Doc pun dah bagitahu akan tambah 1 jenis lagi ubat masa OPU nak elakkan OHSS teruk sangat. Doc tambah injection albumin(bagi selepas OPU selesai) dengan Orgalutron (inject next day OPU). 

Ok sambung cerita selepas sedar dari bius. Sedar-sedar jar atas katil tak da sapa. Cari suami pun tak da, dalam kepala ni dah pikir mana lar suami aku pergi ni. Benda pertama berlaku selepas sedar adalah terus muntah, kepala pening tak boleh buat apa, muntah yang keluar dulu ๐Ÿ˜ข. Cari suami tak jumpa, terus capai button emergency panggil nurse, nurse datang tenangkan diri dan bagi air. Sarung tilam tu dah abes kena muntah dah. Selama hidup 28 tahun ni kali pertama  keadaan macam ni ๐Ÿ˜ฃ

Seriussss, badan memang lemahh sangat time ni. Tak boleh buat apa, pusing badan sakit , tidur sakit semua sakit. Tanya nurse mana suami, rupanya dia pergi sarapan kedai depan hospital. Nurse tengok aku dah teruk, dia minta nurse sorang lagi hantarkan makanan. Dia tanya aku nak makan apa, aku jawab air milo. Tak pasti sebab apa, tapi aku nk yang manis. Kepala dah pening, badan sakit, bahagian bawah pun sakit. Allahuakbar. Betul korang, memang sakit OHSS aku. 5 minit kemudian suami aku pun sampai. Bila tanya rupanya dia pergi sarapan mee goreng kat depan depan tu ๐Ÿ˜•

Makanan pun sampai, sakitnya Allah jar tahu masa tu. Nak bangun angkat badan pun sakit. Tapi gagahkan juga dengan bantuan suami bangun sikit minum air milo. Tahap sakit nak angkat tangan ikat rambut pun sakit. Memang betul-betul sakit kali ni. Setiap kali sakit, keluar airmata ni sebab memang sakit sangat ๐Ÿ˜”

Pagi tu boleh minum air milo jar. Pastu tidur, pejamkan juga mata padahal badan sakit sangat. Ada couple sebelah katil aku tengok steady jar semua. Teringat juga sebelum buat OPU ni baca pengalaman-pengalaman orang tak jumpa pula yg bagitahu sakit begini ๐Ÿ˜ฅTapi, aku tahu ini bahagian aku. Orang dah cakap, lain orang, lain badan, lain pengalamannya. Untuk pengalaman aku dengan OHSS ni agak perit. Couple sebelah katil jam 12 dah discharge, tinggal kami jar suami isteri tak balik lagi. Suami tanya badan ok ke tak, aku still tak stable lagi. Sakit tak berkurang. Jam 3 doc Salini call and mesej, tanya ok ke, aku jawab sangat tak ok. Doc tambah ubat muntah pula untuk kurangkan muntah. Setakat jam 3.00pm aku rasa dalam 5 kali juga muntah. Suami dah siap pergi ambil plastik muntah. Serius, badan teruk sangat time ni ๐Ÿ˜ซ

Kami stay kat hospital sampai jam 8.00 malam dan decide terus balik rumah mentua. Plan awal nak balik rumah sendiri, tapi dengan keadaan macam ni suami ajak terus balik rumah mentua. Pukul 8.00 malam baru discharge tapi badan still tak boleh jalan, nak gerak banyak tak boleh memang sakit sangat. Nak naik kereta pun kena guna wheelchair. Ya Allah, memang aku rasa pengalaman ni akan ku ingat sampai bila-bila demimu wahai anak ๐Ÿ˜˜ Naik kereta, kami balik rumah dulu suami pergi ambil baju dan barang-barang sikit. Aku stay dalam kereta. Kalau korang nak tahu sepanjang dalam kereta pun aku sempat muntah 1 kali lagi. Memang badan lembik sangat-sangat dah. Rasanya dah lebih 10 kali dah muntah sepanjang hari OPU ni. Dari Metro Klang, balik rumah ambil baju pukul 10 malam juga sampai rumah mertua. 

Sampai jer rumah mertua, serius memang aku tak boleh jalan, adik ipar tolong buka pintu kereta dan bawa aku slow-slow masuk rumah. Sebab satu badan sakit sangat. Sampai rumah, mandi sikit cuci badan. Serius sakit sangat badan, tapi gagahkan diri kuatkan hati ๐Ÿ˜–Rehatkan diri dalam bilik, cuma minta air milo jar dengan harapan dapat kenyangkan perut sikit. Malam tu tidur pun sekejap tidur, sekejap bangun. Memang tak boleh tidur sangat.

Nanti aku sambung lagi cerita dengan korang, nak pegi masak jap ๐Ÿ˜ฌ


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-17 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ



Assalamualaaikum semua ✋

Untuk story kali ni nak share dengan korang semua tentang perjalanan IVF-ku. Jika ini adalah langkah terbaik untuk aku dan suami bagi memiliki zuriat, kami redha dan Engkau permudahkanlah bagi kami. Ini antara doa yang selalu aku amalkan. Betul, kami suami isteri redha dan akan terus berusaha. Mungkin ada diantara usaha-usaha kami itu Allah akan makbulkan, InsyaAllah. ๐Ÿ’š

Selepas dapat result darah dah cantik pada 6 Dec 2020, keesokkan harinya aku dah kena start IVF. Untuk proses yang pertama adalah Stimulation. Proses untuk hasilkan telur yang banyak dan matang serta sihat. Proses yang pertama ni lar proses yang perlu dicucuk setiap hari. Sebelum ni aku dah tanya suami, boleh ka dia nak cucuk setiap hari, kalau tak boleh kami perlu ke klinik setiap hari untuk cucuk diklinik. Respond yang baik diterima sebab suami sanggup belajar untuk cucuk aku setiap hari. ๐Ÿ˜˜

Aku start injection untuk IVF pada hari ke tiga period (Day 3).

7 Dec 2020 / 1.50 pm ( Day 3 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 225iu (cucuk di klinik) 

8 Dec 2020  / 8.30 am ( Day 4 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 450iu

9 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 5 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 675iu

10 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 6 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 900iu (Period dah stop)

11 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 7 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 1125iu

12 Dec 2020 / 11.30 am ( Day 8 ) - Inject Gonal F (150iu) +  Menopur (75iu) + Orgalutron + TVS 

13 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 9 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) + Orgalutron 

14 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 10 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur(75iu) + Orgalutron 

15 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 11 ) - Inject Orgalutron pagi + TVS

15 Dec 2020 / 9.00 pm ( Day 11 ) - Inject Decapetyl + Hucog 150iu

Mulanya doc plan untuk OPU on Day 14, tapi sebab TVS on Day 11 telur yang terhasil dan besar dah hampir 40biji, makanya doc plan untuk OPU pada Day 13.

OPU - Oocyte Pick up, dalam erti kata lain, kutip telur untuk dikeluarkan dan disenyawakan diluar. ๐Ÿ˜Œ


Ini cooler box yang diberi oleh klinik 

Ini menopure Gonal F


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-16 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ







Assalamualaikum w.b.t. teman seperjuanganku sekalian. Entry kali ni aku akan mula story tentang perjalan IVF kami suami isteri. 

12 Sept 2020 - Hari tu dapat result HSG dan juga result hormone test . Hormone test jangan ditanya, sudah tidakku bilang dah berapa kali ambil test nie. Haha. Memandangkan aku nie memang bermasalah dengan hormone , makanya sepanjang TTC ni kumpul result hormone test jer lar. Haha. Result hormone test bulan Sept 2020 tak cantik sangat bacaan. LH aku tinggi juga. Makanya, doc tak sarankan sangat buat IVF cycle ni. Doc minta balance-kan dulu hormone. Macam biasa, aku kena repeat ambil Pil Yasmin untuk betulkan semula hormone LH dan FSH. Kali ni aku ambil 1 cycle sahaja pil Yasmin.  Result test gula pun dapat hari ni juga, normal saja. Alhamdulillah.

2 Oct 2020 - Period hari ni. Macam biasa D2 atau D3 pergi ambil darah. Keeseokannya aku pergi Klinik untuk ambil darah dulu.

JUMLAH BAYARAN KETIGA BELAS - RM240 (Ujian darah seperti biasa)

5 Oct 2020 - Pergi klinik ambil darah. seperti biasa sebab dah ambil pil Yasmin 1 kotak untuk 1 cycle. 

9 Oct 2020 - Review result hormone test, masih kurang memuaskan juga result kali ni. LH masih tinggi. Doc suruh ambil Progynova untuk betulkan sikit lagi hormone LH aku yang tingtong lagi tu. Doc pun setiap kali jumpa mesti bagi nasihat. Mungkin emosi kena jaga juga. Tu yang hormone jadi macam tu. Makanya kali ni ambil Progynova. Kalau result hormone test next cycle cantik, terus start IVF.

10 Nov 2020 - Next period ambil darah hormone test lagi . Kalau kali ni bacaan ok sikit dari sebelum ni tapi masih kurang cantik untuk teruskan  IVF. Ambil result darah 11 Nov jumpa Doc suruh try myoinositol dulu selama sebulan, 1 botol. Myoinositol ni aku pernah dengar, memang ramai PCOSer ambil. Cuma aku kurang paham sangat fungsi myoinositol dan inositol. Nanti aku cari info ini. So, makan ini jar dulu selama sebulan, next period check semula darah macam biasa. Haha

4 Dec 2020 - Period keluar spotting, aku terus text Kak Zahira (Klinik Mey). Kak Zahira kata monitor dulu, kalau dah keluar flow merah tu baru datang ambil darah semula. Esoknya 5 Dec 2020 period pun keluar dengan jayanya. Disebabkan 5 Dec adalah Sabtu, esoknya Ahad klinik tutup aku pergi jer lar hari Sabtu untuk ambil darah . Hari Isnin dah boleh tahu result boleh start IVF atau tak.

6 Dec 2020 - Kak Zahira mesej bagitahu result darah aku dah elok dan boleh start IVF hari Isnin 7 Dec 2020. Akhirnya, Allah dah tentukan aku untuk start pada bulan Dec, Alhamdulillah. ๐Ÿ˜Š

Sebelum tu, lupa nak update. Bayaran untuk ketiga tiga hormone test aku tak perlu bayar sebab dah termasuk dalam pakej IVF. Tapi kalau kali ketiga hormone test tu tak cantik juga, makanya perlu lar bayaran. Hehe.


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-15 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ

    Assalamualaikum w.b.t teman teman seperjuangan semua. Semoga belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2021 untuk semua ๐Ÿ’™ Sedar tak sedar dah masuk tahun ke-4 juga perkahwinan aku dan suami tahun ni , disebabkan kami kahwin pada bulan 12 makanya, aku tegaskan usia perkahwinan kami baru memasuki tahun ke-3 lebih tepat. Hehehehe ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Kalau korang dah baca entry sebelum ni aku cerita tentang result HSG kan. Result yang telah memberi kami 1 pilihan untuk mendapatkan zuriat adalah dengan cara IVF. ๐Ÿ˜Š Kami suami isteri pandang ujian ini dengan cara dan sudut yang positif, mungkin ini ujian untuk kami. InsyaAllah, kami kuat untuk ujian ini dengan izin-Nya. Balik rumah bincang dengan suami , bila nk buat IVF. So, suami decide buat jer terus sekarang. ๐Ÿ’

Aku dah mula mencari supplemen yang sesuai sebagai persediaan sebelum memulakan rawatan IVF. Kalau boleh biar badan dah ready. Setelah membuat kajian dan carian yang terperinci, aku decide untuk ambil beberapa supplemen dari Shaklee. Rasanya  ramai dah kenal kot Shaklee ni. Aku mula ambil B Complex Folic Acid Shaklee sebagai permulaan. Aku beli dari akak ni https://linktr.ee/nidini, bole la kalau korang nak cuba. ๐Ÿ’Š

Result HSG aku hari tu (Right tube blocked , left hydrosalpinx with patent tube), tiub kanan blocked, tiub kiri sedikit bengkak. Doc bagi pilihan hari tu sama ada nak buat Laparoscopy (check tiub bengkak) atau IVF terus. Bila tanya doc cost untuk Laparoscopy pun sama jar dengan IVF, makanya suami terus decide untuk IVF jer terus. Laparoscopy tu InsyaAllah, bila dah selesai semua baru plan untuk rawatan itu. Apa-apa pun moga Allah permudahkan urusan-urusan kami ini. Moga Allah perkenankan usaha-usaha kami ini. 

Aamiin Ya Mujib. ๐Ÿ’—

Aamiin Ya Mujib. ๐Ÿ’—

Aamiin Ya Mujib. ๐Ÿ’—

InsyaAllah, kami akan teruskan IVF. Next entry aku akan cerita perjalanan IVF kami untuk korang.


p/s: Perjalanan yang penuh cerita


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-14 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ



        Assalamualaikum w.b.t teman teman seperjuangan semua. ๐Ÿ˜ Semoga semua baik baik saja. Haiissh, nak cari mood nak menaip nie alahaiii larr sangat.. Hehe So, mari kita sambung cerita apa jadi dengan result HSG yang lepas. Entry sebelum ni dah story tentang pengalaman HSG, jom tengok apa terjadi dengan keputusannya. Nantikaannnn..

12/9/2020 - Aku review result dengan Doc Salini dekat Klinik Pakar Wanita Mey dekat Subang. Hari Sabtu hari tu, so kami kena pergi awal sebab klinik hingga jam 12.00 tengah hari saja. Aku dengan suami sampai situ lebih kurang jam 11.00 pagi juga lar. Sampai duduk sekejap, akak Zahirah (Nurse) bagi 1 kertas dekat aku. Itu lar kertas result-nya. Aku pun tengok dan baca. Kertas tue ada detail patient dan result yang ditulis dalam Bahasa Inggeris lar for sure kan. Dengan result di tangan tue aku dah rasa tak sedap hati dengan ayat yang ditulis tu. Aku tunjuk result dekat suami, aku bagitau ni macam tak cantik result ni. huhu. Suami aku macam biasa lar, tenang dan tenang sangat. Dia kata sabar, relaks nanti kita masuk jumpa doc dan tanya habis. 

Lebih kurang 15 minit tunggu aku dengan suami pun masuk bilik doktor setelah nama aku dipanggil. Masuk duduk Doc Salini pun tanya aku "Kenapa Dina? keputusannya begitu.". Jangan kata aku jar terkejut, Doc Salini pun terkejut. Korang nak tahu ke apa keputusan nya ?

HSG RESULT : Right tube blocked , left hydrosalpinx with patent tube.

Doc pun minta X-Ray film yang aku dapat masa HSG procedure hari tu. Doc Salini baca result aku Tiub Kanan Block, Tiub Kiri ada sedikit bengkak di hujung. Sebelum aku buat HSG ni aku ada baca juga info-info tentang tiub ni. So, bila dengar result macam ni terus rasa AllahuAkbar. Allah hadirkan lagi ujian untuk kami dengan result macam ni. Ya, mungkin kami insan yang terpilih untuk ujian ini.


p/s : HSG Report yang agak ๐Ÿ˜ฅ

Doc Salini tak sarankan aku buat IUI dengan result HSG macam ni, sebab risau risiko kandungan luar rahim. Doc hanya cadangkan IVF terus. Terus tersentak kepala dan otak bila dengar IVF. Tak pernah terlintas difikiran selama ni aku kena hadapi benda ni. Aku kena buat treatment sehingga stage ni. Memang betul-betul terkejut hari ni. Doc Salini terkejut dengan result HSG aku sampai tanya betul ka miscarriage sebelum ni kandungan dalam rahim. Aku pun korek-korek lar gambar scan tunjuk dia. Dia tengok baru yakin sikit. Ya Allah, memang betul-betul hati tak tenang masa ni. Dalam kepala hanya set treatment sehingga IUI saja, tak terjangkau fikiran ni nak buat treatment sampai IVF.

Doc ada juga bagi cadangan kalau nak cuba normal dulu dengan Letrozole lagi, dia boleh bagi. Tapi suami dah tak nak, sebab hari tu dah 2 cycle try Letrozole. Suami aku pun decide proceed dengan IVF saja. Begitu lar lelaki kan, tenang sangat terus buat keputusan. Yang aku nie terkejut tak habis lagi. Agak lama hari tu kami sembang dengan doc. Hampir menitis air mata juga hari tu depan doc. Tak tahu dah nak cakap macam mana. Doc Salini banyak cerita tentang pesakit-pesakit dia yang dah berjaya problem lebih kurang aku juga untuk positifkan minda aku semula masa tu. Suami dah decide untuk IVF, aku pun dah tenang sikit. Kami pun proceed saja dengan IVF.

Keluar bilik doktor masuk kereta terus nanges. Aku masih bersyukur, sungguh aku bersyukur. Ada lagi nikmat lain yang aku dapat selain dari ujian ini. AllahuAkbar. Terus rasa sedar diri dan sedapkan hati untuk terus kuat lagi sebab aku perlu hadapi banyak lagi perjalanan TTC kami ni. Mohon korang doakan yang terbaik untuk aku dan suami aku mengahurungi perjalanan IVF kami pula nanti. Aaaamiin Ya Mujib.


Kalau korang nak tanya apa-apa, komen la kat bawah, kita boleh berkongsi, buang rasa malu tu yerr..


Sekian saja aku rasa untuk entry ni, nanti aku share lagi bila dah start IVF. Stay tuned yer korang..


Marilah kita bersama-sama amalkan doa ini ๐Ÿคฒ


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-13 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ






Assalamualaikum w.b.t semua.


Alhamdulillah, direzekikan lagi berpena disini. Syukur dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kesihatan,makanan, tempat tinggal. Alhamdulillah. Hari rasa nak story tentang pengalaman HSG bulan lepas. ๐Ÿ˜€ 

Antara selalu yang menjadi pertanyaan ⁉️
  • Sakit ka HSG nie? 
  • Dapat MC ke? 
  • Lama ka procedure HSG ni? 

๐Ÿงฉ Ooraait, mai nak cerita bagi. Hehe

๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น

Sebelum tu , ini apa itu HSG?

HSG adalah nama panjangnya HYSTEROSALPINGOGRAM. HSG ni adalah X Ray test untuk check keadaan tiub fallopian kita dan keseluruhan keadaan rahim kita. Dengan cara memasukkan sejenis tiub ke dalam vagina. Selepas itu, kita perlu meluruskan kaki dan berada pada  posisi dan kedudukan yang betul seperti diarahkan oleh Juru X-ray. Kemudian sejenis cecair akan dimasukkan kedalam tiub yang dimasukkan ke dalam vagina tadi. Semasa proses ini mungkin akan berlaku ketidakselesaan sikit dibahagian perut dan rahim dalaman kita. Boleh tengok gambar dibawah sebagai gambaran untuk hampa nanti. Ok, nak sambung perjalanan HSG proses aku plak. Hehe


p/s : Gambar sumber Google


Cerita asalnya, Doc Salini tak pernah suggest pun aku buat HSG. Tapi sebab dah on ubat Letrozole 2 cycle failed, terus decide buat IUI (Intrauterine insemination). Aku pun ambil lar IUI pakej kat klinik tu. Pakej tu include SA (Semen Analysis) test dan HSG test. Bila dah decide tu terus jalan ke depan, set appointment untuk segala jenis test-test tu. Post yang lepaskan aku bagitau aku buat Hormon test yang ke 3 kalinya. Hormon test masa CD2. HSG pula kena buat CD8 or CD9. Bila disemak kalendar CD8 masa tu 10 Sept 2020. Terus set appointment untuk HSG test. 

Walaupun aku consult dekat Klinik Mey Mey di Subang, tapi semua procedure perlu dibuat di Metro IVF Klang. 10 Sept 2020 hari Khamis makanya terpaksa lar cuti. Tapi bila call klinik katanya boleh dapat MC. So, ok lar.  ๐Ÿ˜€ Appointment aku 10.00 am. Makanya kami keluar awal pagi lar, risau jalan jem ke apa sebab kami pon tak pernah sampai lagi Hospital Metro IVF tu.  

10 Sept 2020 - Kami sampai Hospital Metro IVF lebih kurang jam 9.30 am juga lar. Agak awal juga sebab jalan pun cantik jer. Lebih kurang sejam dari rumah kami. Sampai terus masuk daftar bagitau nurse situ nak buat HSG dari Klinik Mey Mey, diorang dah tahu sebab dah ada rekod dengan diorang. Nurse tu tanya dah breakfast ke belum, kalau belum dia suruh breakfast lagi. Makanya, kami pun pergi lar breakfast dulu kedai depan tu. Setel breakfast pergi semula hospital. Duduk sekejap lebih kurang 5 mini sorang nurse tu panggil untuk bawa kami ke bilik procedure. Bilik procedure tu tak lar jauh sangat, bersebelahan dengan Hospital Metro juga, cumanya kena keluar dari Hospital tu jalan sikit jer. Nurse tu bawa kami dengan sorang lagi couple nak buat HSG juga. 

Sampai situ, duduk dulu sementara staff situ panggil untuk ambil rekod. Sepatutnya yang buat procedure HSG aku adalah Doc Salini. Tapi Doc Salini ada hal, makanya aku redha saja lar doc mana yang ada disitu. Tunggu situ agak lama juga, mungkin sebab tunggu Doc yang bertugas datang. Lebih kurang 15-20 minit juga kami tunggu. Staff situ panggil nama aku dlu masuk ke dalam bilik untuk tukar baju. Aku pun masuk, prepare diri dalam bilik procedure dulu dengan bantuan staff kat situ. Lebih kurang 5 minit tunggu Doc masuk. Rupanya Doc Tee yang akan buat procedure tu. terkejut aku. Agak famous Doc Tee dalam kalangan TTCian sebab success rate dia yang tinggi dengan IVF. So, agak terkejut juga lar jumpa Dr Tee dan dia yang akan buat procedure HSG aku tu.

Procedure tu tak lama pun, kurang dari 10 minit aku rasa. Diorang akan suruh kita pusing ke kiri kanan macam tu jar untuk dapatkan cetakan film X Ray tu nanti. Sakit ka? Ok, untuk pengalaman aku sendiri masa procedure tu cuma rasa tak selesa saja. Sebabnya awal2 kan diorang akan guna Speculum(muncing itik) untuk buka laluan vagina kita tu. Sebabnya nk beri laluan untuk doc masukkan dye kedalam tu. Bila doc masukkan dye tu memang akan rasa tak selesa dalam perut sikit. Bahagian yang letak Speculum tu for sure lar tak selesa kan. Tapi sebab aku dah kerap sangat dok guna benda tue masa miscarriage hari tu, dah rasa macam ok lar. Hahaha. Rate kesakitan semasa procedure aku bagi adalah 4 daripada 10. Maksudnya so so saja bagi aku. Haha . Tapi hampa nak tau dak effect selepas selesai procedure tue? ๐Ÿ˜€

Selesai procedure, tukar baju staff situ minta tunggu sekejap. Dalam 5 minit macam tu dia bagi X Ray Film so, dah setel situ. Untuk dapatkan MC dia minta kami ke tempat pendaftaran. Kami pun kesana dapatkan MC. MC diberi juga kepada suami. Setel semua kami pun bergerak balik. Kami sampai sana jam 9.30am, kami gerak balik jam 11.15am dah balik. 

Ok, sekarang nak cerita effect selepas procedure kat korang. ๐Ÿ˜… Selepas 3 minit kereta bergerak, terus terasa sakit tue..Hahahah. Sakit yang datang terus sampai sehingga tahap skala 10++ daripada 10 tadi tu tau. Haha. Suami aku tengah drive pun macam tak tau nak buat apa dah. Seriusss sangat2 weyhhh. Tahap sakit tue sampai sepanjang jalan aku teriak weyh hingga rumah. Tak tahu nak buat apa, terus mesej akak Staff di Klinik Mey Mey , Kak Zahirah. Dia suggest ambil Ponstan(ubat tahan sakit). Baru teringat dekat rumah ada lagi pil tu. Balik rumah aku stay dalam kereta dulu 10minit weyh, teriak dan tahan sakit. Nak jalan pun rasa berat weyh. Sakit ni bagi aku kurang sikit dari aku sakit rengat masa 2nd miscarriage dulu. Macam mencucuk cuck tu weyh. 

p/s : X- Ray film akan dapat pada hari tersebut, nanti result keluar bawa X-Ray film ni untuk doc review

Pengakhiran cerita HSG aku pada hari ini adalah, balik makan Ponstan , lena. Alhamdulillah, feel much better, dah tak sakit, cuma sengal2 saja. Tapi hari ni akan keluar darah 'spotting' sikit. Tapi sehari jer lar keluar. Tapi ini adalah situasi dan pengalaman aku lar. Sebab lain orang lain pengalmannya. Ada yang tak sakit langsung, ada yang sakit sikit saja. ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

Next entry, aku story result HSG aku plak naaa yerr


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-12 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ








 

Assalamualaikum

Hari ni nak buat short story jar sebab sekadar pergi buat hormone test jar. Sebelum ni pon dah buat hormone test, ambil darah saja. Cuma kali ni aku tambah untuk ujian gula dalam darah. Memandangkan aku PCOS-er, risiko untuk gula tinggi tu ada sebab tu aku buat jer ujian gula.

2 Sept 2020 - Period keluar malam lepas maghrib macam tu lepas makan ubat yang Doc bagi tu (Norculat) selama 5 hari. Terus call akak nurse set appointment untuk hormone test. Bila dikira hari Sabtu 5 Sept 2020 tu (Day 3) makanya, aku proceed ambil darah pada hari Sabtu saja. Senang tak payah nak cuti bagai.


JUMLAH BAYARAN KE-DUA BELAS = RM 290 (Add on ujian gula dalam darah)


Rasanya, itu saja kut untuk entry ni, next entry aku ada banyak nak cerita terutama tentang HSG test . 


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-11 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ




        Assalamualaikum warga TTCian semua. Alhamdulillah , masih lagi diberi nikmat kesihatan. Lama tak bercerita kat sini. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜ŠHari ni mood menaip ada sikit, rasa nak sambung TTC journey yang masih belum berakhir. Kalau yang follow TTC journey aku sebelum ni, bulan March hari tu aku repeat Femara Letrozole untuk second cycle lagi. Dengan harapan masa tu time PKP harap sangat 'lekat', tapi masih belum rezeki. Makanya, second cycle Femara Letrozole aku fail juga. CD13 (3 April) buat TVS, jumpa telur yang matang, 23 April period keluar tanpa rasa bersalahnya. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข 

Hari period keluar tu aku terus wassap akak nurse Klinik Mey bagitau, akak tu bagitau rehat dulu, memandangkan bulan April dah puasa. Dia suruh aku rehat dulu, dan cuba secara normal dulu. Sangat kecewa bila fail second cycle Femara Letrozole. Tapi apa daya aku, bersedih itu perlu tapi tidak lar sehingga berhari hari. My very strongestt partner, suamiku..Satu satunya orang yang sentiasa bagi aku semangat. Ya, dia segalanya bagi aku weyh.  ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜. 

Dah confirm fail second cycle Femara Letrozole , fikiran dah ke arah next step dah iaitu IUI (Intrauterine Insemination). Memandangkan Doc pun suruh rest dan cuba secara natural dulu, aku pon stop sekejap jumpa doc. Plannya lepas raya pula continue consult. Sepanjang bulan April, May, Jun dan July kalau hampa nak tau, period aku jadi ting-tong pula. Period datang bulan April tu, kemudian bulan May sekali. Bulan Jun, July period tak datang. UPT test??? Mesti lar negative, kalau dah positive memang tak pening sangat. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Dah lar UPT negative, period tak datang pula. Sepatutnya lepas raya, around bulan Jun tu aku patut jumpa doc dah, tapi sebab agak banyak event lepas raya haji baru kami jumpa semula doc. Bulan August still tunggu juga period datang, tapi masih tak datang juga. Terus call akak nurse Klinik Mey buat appointment jumpa doc.

24 August 2020 - Jumpa semula Dr Salini, bagitau doc period tak datang , UPT negative. Doc pun buat TVS scan sikit, macam biasa. Telur yang tak matang banyak, tak ada tanda tanda nak period pun, dinding rahim nipis jerr. So, doc decide buat hormon test semula. Doc bagi ubat turun period dulu. Kemudian Day 2 or Day 3 ambil darah untuk buat hormone test. Masa jumpa Dr Salini ni memang terus discuss tentang IUI. Yesss, memang dah plan nak proceed IUI rasanya. Dah discuss dengan suami, InsyaAllah, IUI masih berkemampuan. Dr Salini pon terang dan bagitau, dia suruh buat hormone test dulu, dan betulkan hormon yang ting-tong tu. Kemudian proceed IUI. Sebabnya promo IUI RM 2020 masih belum tamat. Aku grab terus promo IUI tu, bayar deposit dulu RM 400. Promo ni termasuk HSG test dan SA test. Memandangkan HSG test kena buat Day 8 atau Day 9, aku decide terus buat HSG test lepas period nanti. Settle jumpa doc hari tu, ambil ubat dan terus balik.

JUMLAH BAYARAN KE-SEBELAS = RM 195 (Termasuk ubat turun period-Norculat)


Beberapa notes dari akak nurse tentang IUI cost ๐Ÿ˜Š



Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-10 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ




Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera.
Selamat Pagi.
Selamat Tengahari.
Selamat Petang.
Selamat Malam.

    Disebabkan PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020, maka banyak lar masa terluang aku dengan suami dirumah kali ni. Haha. So, aku pun buat buat rajin sikit lar nak update blog ni sementara banyak masa kan. ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€ Seperti yang hampa tau, 22 March hari tu cycle aku dengan bantuan Letrozole failed. Kecewa yang teramat sangat, nangis tu perkara biasa lar kan. Huhu.

    22 March tu period keluar malam so, keesokannya pagi jam 10 pagi klinik buka terus aku wasap akak nurse tu bagitau. Huhu. Dia pon kata tak apa, mungkin belum rezeki lagi. Aku pun tanya dia apa aku perlu buat next, dia suruh aku datang proceed IUI. Aku terus terkesima weyhhhhh. ๐Ÿ˜ถ๐Ÿ˜ถ๐Ÿ˜ถ๐Ÿ˜ถ. Benda yang aku selalu katakan bila jumpa doc, kalau boleh tak nak lar buat rawatan sampai mahal mahal tu. Aku tanya akak nurse tu dulu, boleh tak aku nak repeat Letrozole lagi untuk cycle ni. Aku nak cuba sekali lagi dengan Letrozole memandangkan sepanjang PKP ni duduk rumah aku dan suami nak cuba sehabis baik. 

    Akak nurse pun tanya doc dulu sebelum bagi keputusan, sebab ubat hanya diberi atas consultation doc sahaja. Lepas tanya doc, akak nrse pun wassap bagitau boleh repeat. Dia ingat kami rushing nk baby (kalau ikutkan rushing memang lar nak cepat, tapi dah belum rezeki ๐Ÿ˜”๐Ÿ˜”) sebab tu akak nurse suruh proceed IUI. Huhu. Dah akak nurse tu cakap boleh repeat Letrozole aku pun terus ok, tapi akak nurse kata doc suruh tambah dos sikit kali ni, dulu sehari sebiji selama lima hari, sekarang doc suruh makan sehari dua biji selama empat hari (25-28 March). Memandangkan sekarang musim PKP, aku suruh suami jer lar pergi ambil ubat di Klinik sebab tak perlu jumpa doc pun. Lepas habis ubat CD13 baru aku jumpa doc untuk buat TVS cek telur.

TOTAL UBAT FEMARA LETROZOLE KE-2 = RM 14 x 8 (pcs) = RM 112

Dah habis makan Letrozole, tunggu sehingga CD13(3 April 2020), kami pun pergi lar klinik untuk jumpa doc dan TVS Scan untuk tengok respond telur dengan Letrozole cycle ni. Result scan doc jumpa 2 bji telur sebelah kiri juga seperti cycle lepas saiz 19mm. Doc kata kali ni telur lebih cantik. Macam biasa doc suruh kami berusaha bersama sehabis baik lagi kali ni memandangkan dia kata telur agak cantik kali ni. Dah selesai kami balik dengan harapan kami akan berusaha sehabis baik kali ni dengan izinNya. Moga Allah permudahkan urusan zuriat kami ini. Aamiin, Aamiin, Aamiin. ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ๐Ÿ˜ƒ

JUMLAH BAYARAN KE-SEPULUH = RM 245



p/s : Masih perlu bantuan Ubat Progynova tu juga sebab aku ada masalah dinding rahim nipis ๐Ÿ˜ถ

Doakan usaha kami kali ini berhasil, Aaminn, Aamiin, Aamiin. Nanti aku cerita apa jadi seterusnya. ๐Ÿ˜ฌ

Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-9 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ




Assalamualaikum semuaaa..

Hari ni hari ke - 19 PKP disebabkan Covid-19. Rasanya ramai yang dah tahu tentang perkara isu ini. Isu yang melibatkan seluruh dunia dan hampir seluruh dunia juga perlu berkurung di rumah sekarang termasuk Malaysia negara tercinta. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dibuat di Malaysia bermula pada 18 March - 31 March pada awalnya tapi disebabkan kes Covid-19 semakin bertambah Perdana Menteri telah lanjutkan lagi dari 1 April - 14 April. InsyaAllah, kita sama sama doakan semoga penyakit penyakit ini berakhir. Ditambah pula kita nak sambut bulan Ramadhan dan Syawal ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

Disebabkan banyak masa terluang sepanjang PKP ni boleh lar aku sambung coretkan lagi perjalanan TTC aku disini. Seperti yang hampa baca entry sebelum ni aku cerita tentang Femara Letrozole, yang mana Doc suggestkan aku makan ubat tu. Hari ni aku nak cerita perjalanan kisah dari selepas aku jumpa doc untuk TVS telur tu ๐Ÿšถ‍♀️๐Ÿšถ‍♀️๐Ÿšถ‍♀️

Bermula dari 1 March tu memang Doc dah suruh kami bersama semaksimum yang boleh dengan harapan telur aku yang respond sebiji tu membuahkan hasil. doc suggestkan untuk bersama seeloknya jam 2 pagi hingga 4 pagi. Sebab masa TVS hari tu saiz telur aku 15mm, agak besar dan mungkin akan ovulasi dalam beberapa hari lagi. Untuk meningkatkan peluang pregnant tu Doc suggestkan bermula dari hari ni kami perlu bersama sebanyak mungkin dalam 2 -3 hari ni. Selepas hari ke-4 boleh lar kalau nak selang sehari atau dua hari. 29 Feb - 1 March kami cuba bersama. for the first time at 3a.m. Huahahahaha. 

Bagi aku bukan mudah weyhhh, dah tidoq pastu bangun tengah malam semata mata nak bersama dengan suami. Ohhhh, my..haha. Memang mengantuk sangat weyhhh. Pastu pukul 6 pagi dah nak bangun p kerja. Kau rasaaa? haha . ๐Ÿ™†‍♀️๐Ÿ™†‍♀️๐Ÿ™†‍♀️ Tiba tiba aku terpikir macam mana pasangan boleh bersama pagi-pagi buta pukul 2-3 pagi tu. Haha. Maaf yer cerita agak 'kuning' disini. haha. Dalam masa seminggu 1 March - 7 March tu memang kami dah plan. Tapi bagi aku plan yang menstresskan diri kami rasanya. Hurrmmm ๐Ÿ™‍♀️๐Ÿ™‍♀️๐Ÿ™‍♀️

Minggu ni kami struggle dengan 1 telur aku yang respond tu disamping kami kena bahagikan masa dengan majlis perkahwinan adik ipar dari 5 March - 7 March memang peluang untuk kami work hard date tu dah tiada. So, aku cakap kat suami kita tawakkal jer lar, usaha jer lar mana mampu. InsyaAllah, kalau ada rezeki pasti ada untuk kami. Ayat ni adalah untuk sedapkan hati aku jar. Haha. Hakikatnya aku sedang susah hati sebab doc kata possibility 5-7 March boleh jadi ovulasi berlaku. Aku rasa, hurmmmm. Tawakkal jar lar. Selesai kenduri kami cuba 'all out' lagi cuba dan terus cuba semampu boleh. Masa aku TVS jumpa doc, 1 jar doc pesan jangan fikir perkara yang buruk atau negatif, usaha dulu baru fikir. Sebab tu aku kata, kalau jumpa doc jar fikiran aku bagai dicuci semula. Balik rumah emosi plus kena berleter dengan suami. Haha ๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘

Keputusan untuk cycle ni dengan bantuan Femara Letrozole telah diketahui pada 22 March 2020 jam 9 malam iaitu cik P(period) pun keluar tanpa sedikit rasa bersalah pun. Hurmmm. Maksudnya telur yang sebiji tu tak berjaya untuk cycle ni. Aku sebenarnya dah bersedia akan ketidak berhasilan cycle ni sebab fikiran aku pun agak kucar kacir dan aku rasanya terlalu push diri untuk dapatkan positive pregnant tu. Hurmmm  Aku redha, ini ujian aku dan aku tak akan berputus asa. Thanks to suami yang selalu bagi positive vibes๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ setiap kali aku emosi dengan perkara ini for sure ayaq mata ni akan keluar tanpa diundang. InsyaAllah, aku yakin Allah akan beri bila tiba masanya. Mudah mudahan, hampa hampa yang baca doakan juga naa. I'm cryingg..๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ


Moga ada sinar bahagia untuk kami nanti ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ



Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-8 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ


Assalamualaikum...๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚

Apa khabar semua? Semoga dalam keadaan baik saja semuanya. Aamiin. ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ
Hari ni kami nak cerita dan luah perasaan sikit. Ok ka? huhu. Bulan Jan aku jumpa doc masa CD13, doc scan memang dia tak jumpa telur yang matang pon masa tu. So,masa tu doc suruh aku cuba secara normal dulu tanpa ambil ubat matangkan telur dulu. Kemudian, doc pesan nanti period on CD2-CD3 datang klinik ambil ubat Femara Letrozole 2.5mg. Doc suggest aku ubat ni sebab dia check keadaan PCOS boleh tahan degilnya. Femara Letrozole ni fungsinya lebih kurang sama macam Clomid juga. Fungsinya untuk besar dan matangkan telur. Untuk Pcoser memang akan ada masalah telur untuk matang sebab tu Doc akan bantu Pcoser dengan beri ubat matangkan telur.

16 Feb 2020 CD1 aku, so 17 Feb 2020 aku p klinik ambil ubat Femara Letrozole tu. Sebab aku habis kerja lewat, aku jumpa nurse jar lar ambil ubat tu. Nurse bagi 10biji, katanya makan sehari 2biji. Keeseokan harinya CD3 aku start makan ubat tu 2biji waktu malam. Keesokan paginya, nurse wassap Doc suruh kurangkan dos ubat tu sehari sebiji sahaja. Aku perlu makan sebiji sehari pada waktu malam sahaja. Aku kena makan ubat tu selama lima hari jar, maksudnya dari CD3-CD7 jar lar. Tapi yang dinamakan manusia ni terlupa itu pasti,hummmm. 19 Feb 2020 malam tu aku lupa makan, maka dengan gelabahnya aku wassap akak nurse tu tanya, then dia kata xpa, just esok pagi tu makan sebiji, malam plak makan sebiji. Selesai aku makan sampai CD7, aku kena jumpa doc CD13 or CD14 pula untuk scan tengok repond ubat tu dengan aku. So, aku set date jumpa doc pula 29 Feb 2020 sebab aku kira tarikh tu aku CD14 dah.

TOTAL UBAT FEMARA LETROZOLE = RM 14 x 6 (pcs) = RM 84

29 FEB 2020 -  Hari ni aku jumpa doc untuk scan tengok respond ubat Letrozole tu dengan aku dan juga review Sperm test suami aku juga. Sperm Test suami doc kata ok jar, cumanya ada kurang sikit dibahagian head defect. Doc kata nanti dia akan bagi supplement kalau perlu. Overall Sperm test suami ok jar. Untuk part aku pula doc TVS tengok telur sama ada respond tak dengan ubat dia bagi tu. Dah scan tu doc tengok ada 1 jar telur aku yang respond. Saiz 15mm sebelah kiri. Nak kata kecewa tu ada gak lar juga, sebab ubat dos yang agak tinggi gak tu dia bagi, tapi telur yang respond sebiji sahaja. Huhu. Tapi doc kata walaupon sebiji dia suruh cuba juga. Dia suruh kami bersama dalam masa seminggu tu sekerap mungkin. Kalau mampu hari hari, dia suruh hari hari. Alamak. So, balik tu kami pon plan dengan harapan sebiji telur mampu memberi sebuah kegembiraan untuk kami. Sebelum balik, Doc bagi ubat Progynova, sejenis ubat hormon untuk bantu tebalkan rahim. ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

JUMLAH BAYARAN KE-SEMBILAN = RM 230




p/s : Ni Femara Letrozole 2.5mg yang doc suruh makan CD3-CD7 tu

p/s: Ni pula pil hormon doc suruh makan selepas TVS ada telur tu untuk bantu tebalkan rahim


Next entry aku cerita tentang ke-STRESS-san pula, urrgghhhh.๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช
Berjaya ka tak aku concieve untuk cycle ni tunggu next entry juga aku cita ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ 




Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-7 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ




Salam semua 

    Entry ni kami buat sebagai rujukan untuk orang lain yang senasib kami sedang ber-TTC-ian  dan sebagai tatapan kami juga nanti. Entry ni kami cerita perjalan TTCian kami suami isteri dengan Klinik Pakar Wanita Mey Mey. Kenapa kami p klinik ni? First, sebab dulu ada seorang doc Poliklinik Azhar aku p hari tu suggest aku p sini untuk consult dengan doc sini. Aku pun dah survey klinik ni dah lama, tak silap aku sebelum second pregnancy aku gugur (bulan 6, 2019) macam tu. Plan selepas miscarriage yang pertama (bulan 1, 2019) dah nk pergi. Tapi tertangguh sehingga lar aku pregnant yang kedua bulan 6, 2019. Kemudian, second pregnancy pon keguguran juga aku nekad dengan suami untuk pergi juga klinik tu. Miscarriage tak silap aku bulan 6, 2019, kemudian rest pantang, raya dan setel segala urusan keluarga bulan 9 baru kami mula pergi ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

21-09-2019 - Seawal 10.30 pagi dah sampai Klinik. Orang tak ada pon, selepas kami register baru ada beberapa couples sampai. Jumpa Dr Salini Suhaila, cerita history dulu. Kemudian doc scan atas dan bawah (TVS scan). Doc nampak macam a lot of telur dalam rahim. So, doc kata simptom PCOS tu ada tapi mugkin tak aktif sangat sebabnya mungkin aku berjaya conceive tapi cuma pregnancy aku sebelum ni tak ada development  atau pon tumbesaran dia terhenti sebab tu keguguran dan  missed pregnancy (no fetal heart found). Doc suggest aku buat hormone test dulu untuk check kadar hormone dalam badan aku ni balance atau tak. Sebab simptom PCOS nie adalah hormone testerone lebih dalam badan wanita. Yang bole menyebabkan kadang-kadang mulut kita mcm ada misai sikit-sikit. Hormone testerone sepatotnya banyak dalam badan lelaki tapi kalau dalam badan wanita lebih dari sepatotnya akan menyebabkan simptom-simptom macam tue. So, aku kena tunggu next period Day 2 untuk amek darah test hormone badan dulu. Suami pula doc suggest suruh buat sperm test juga. Doc kata kalau betul sperm suami ok, so just fokus on wife saja untuk treatment ๐Ÿ™๐Ÿ™๐Ÿ™


JUMLAH BAYARAN PERTAMA = RM250 (Scan dan Consult)


19-10-2019 - Period first day hari ni. Tapi pelik pula period ni sebab datang sikit sahaja. Geram pula aehhh. Pantiliner pon tak penuh. So, call Klinik tanya macam mana, sebabnya sepatutnya esok day 2 bole pergi test darah di klinik. Dah call doc kata tunggu hingga day 3 tengok period ok ke tak. Kalau still spotting datang klinik jumpa doc. Aku pon tunggu hingga day 3, masih keadaan yang sama spotting juga.


24-10-2019 - Kemudian hari Khamis day 6 macam tu lepas kerja pergi juga klinik jumpa doc. Doc scan TVS, dia kata ok. Dinding rahim tebal. So, dia bagi ubat untuk tengok period next nanti keluar spotting atau tak. Ubat tue namanya Sonulat-Norethisterone 5mg. Makan ubat tu selama 5 hari kemudian tunggu period kelaur. Selepas hari ke 5 ubat dah habis period keluar. Alhamdulillah, period keluar macam biasa bukan spotting. So, aku proceed tunggu day 3 untuk ambil darah test hormone.


JUMLAH BAYARAN KEDUA = RM160 (SCAN, CONSULT, UBAT)


05-11-2019 - Pergi klinik lepas kerja ambil darah untuk test hormone. Ada hari klinik buka sehingga jam 7 petang, senang sikit lepas keja terus pergi.


JUMLAH BAYARAN KETIGA = RM240 (TEST HORMONE LH/FSH/TESTO/E2)


09-11-2019 - Jumpa doc untuk review result hormone test hari tu. Doc, kata aku ada masalah dengan hormone LH (Luteining Hormone). Bacaan masa tue 15.2 IU/L. Doc kata bacaan tinggi sangat. Sekarang dia suggestkan akau makan Pil Yasmin untuk turunkan bacaan hormone LH tu dulu sehingga normal. Normal doc kata aroun 9-7 IU/L pun dah ok. Pil Yasmin sangat terkenal sebagai Pil Perancang. Tapi dia juga berfungsi untuk stabilkan hormone dalam badan kita wanita khususnya.


JUMLAH BAYARAN KEEMPAT = RM0 (Doc baca result sahaja)


10-11-2019 - Aku start makan kotak ke -1. Habis kotak ke -1 30/11/2019. Period datang 4/12/2019. Kemudian aku sambung kotak ke -2 Pil Yasmin 8/12/2019. Habis kotak ke -2 28/12/2019.


BELI PIL YASMIN = RM45 x 2 = RM90


02-01-2020 - Sambut New Year terus period keluar. Period on 01/01/2020 keesokan harinya terus call klinik untuk tanya next process. Kemudian dia suruh datang hari tu juga untuk repeat Hormone test macam sebelum ni. So, masa lunch terus rempit dengan suami ke klinik.  Ambil darah jumpa doc juga sekejap siap tolong ambil darah since nurse tu dok pusing cari urat tak jumpa. Hoho


JUMLAH BAYARAN KELIMA = RM240


13-01-2020 - 3 hari lepas klinik dah call bagitau result darah hari tu dah baik sikit. Kemudian, nurse tu cadangkan aku datang hari ni sebab hari adalah CD13. Sepatutnya CD13 or CD14 Ovulation(hari subur). Kemudian, aku dan suami pun datang hari ini. Jumpa doc, doc review result hormone darah dah normal dah dan dia pun suruh aku stop Pil Yasmin. Kemudian doc scan untuk tengok sama ada berlaku ovulasi atau tidak pada hari ni. Bila scan doc tengok tak ada satu pun telur yang matang, yang ada telur kecil kecil tapi banyak sangat. Memang PCOSer itu lah yang berlaku, teelur kecil kecil yang banyak sangat. Untuk cycle ni doc tak sarankan aku ambil apa apa ubat lagi,sebabnya berdasarkan history sebelum aku pernah pregnant 2 kali, doc kata mungkin ovulation aku terjadi tapi bukan CD13 or CD14 memandangkan period aku kan iregular. Doc suruh cuba dulu untuk cycle ni, jika ada rezeki terus jumpa dia. Jika belum rezeki lagi cycle ni, jumpa dia juga selepas period untuk dia bagi ubat matangkan telur dan cuba lagi. Setiap kali dengar penerangan doc rasa positive sangat, tapi apa apa pun berbalik pada Allah juga, sebab dia yang tentukan. Aku bagitau doc kalau boleh jangan lar sampai tahap yang kritikal sangat treatment ni, kalau setakat makan ubat cucuk sini sana InsyaAllah aku kuat lagi dan InsyaAllah masih dala kemampuan kami lagi. Setiap hari berdoa, bagi Allah permudahkan urusan kami ini. Stress pun kadang rasa macam tak tertanggung juga. Moga Allah permudahkan segala urusan ini. Aamiin, Aamiin, Aamiin. ๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป๐Ÿคฒ๐Ÿป


JUMLAH BAYARAN KEENAM - RM195


04-02-2020 - Hari ni datang klinik sebab nak buat SA(Sperm Analysis) Test jar. So, suami lar yang kena buat test. SA test ni bagi aku isteri sangat lar perlu membantu suami. Supaya depa tidak stress. Bila stress susah lar diorang nak keluarkan Sperm tu. Aku rasa lar berdasarkan pengalaman aku nie. Hehe. Alhamdulillah, suami ok jar. Result sebenarnya tak lama pun, lebih kurang 2 or 3 jam dah dapat. Tapi sebab kami pergi hari weekdays,tak kan nak tunggu sampai berjam jam kat situ. Jadinya aku minta nurse clinic wassap jar aku nanti result tu macam mana. Kalau perlu jumpa doc , bagitau jar melalui wassap. Bersyukur juga pergi clinic nie, sebab aku rasa macam selesa dah kot. Harap yang baik baik saja untuk kami. Aamiinn. ๐Ÿคฒ๐Ÿป


JUMLAH BAYARAN KETUJUH = RM120 (SA TEST)


Next procedure entry seterusnya kami update untuk semua.

InsyaAllah, untuk TTCian semua mari lah kita berusaha sehabis mampu. Tiada yang memahami melainkan TTCian saja yang faham emosi, sakit hati, stressnya TTCian macam kita nie. Yang pasti kita berusaha, berdoa dan tawakkal sebab semuanya hanya dariNya, bukan dari yang lain. Moga Allah permudahkan urusan TTC-ian kita semua. Aaamiin, Aamminn, Aamiinn. 
๐Ÿคฐ๐Ÿป๐Ÿคฐ๐Ÿป๐Ÿคฐ๐Ÿป

p/s : gambar dari fb Klinik Pakar Wanita Mey Mey

Alamat Klinik : ๐Ÿ‘‡๐Ÿพ๐Ÿ‘‡๐Ÿพ๐Ÿ‘‡๐Ÿพ

A-5, Tingkat Bawah, Jalan Zuhal U5/179, Sek U5
Shah Alam, Malaysia 40150
(Berdekatan dengan Star Avenue, Subang)


Nanti next procedure, kami update  next entry ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š



Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-6 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ




Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

POPULAR POSTS

  • TTC JOURNEY : PART 5 (PUSAT PAKAR WANITA MEY MEY)
  • TTC JOURNEY : PART 4 (PANTANG KEGUGURAN DAN RENGAT)
  • TTC JOURNEY : PART 3 (MISSED MISCARRIAGE/BLIGHTED OVUM)

Categories

  • aku
  • makan-makan
  • maksu
  • trying to conceive

Advertisement

About Me


I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out. Great things in business are never done by one person. They’re done by a team of people.

Popular Posts

  • TTC JOURNEY : PART 5 (PUSAT PAKAR WANITA MEY MEY)
  • TTC JOURNEY : PART 4 (PANTANG KEGUGURAN DAN RENGAT)
  • TTC JOURNEY : PART 3 (MISSED MISCARRIAGE/BLIGHTED OVUM)

Advertisement

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates