TTC JOURNEY : PART 4 (PANTANG KEGUGURAN DAN RENGAT)

Salam, haiii hampa...

    Post sebelum ni aku dah story tentang keguguran second pregnancy aku tu. Kali ni aku nak story pantang keguguran aku. Keguguran pertama bulan January 2019 hari tu aku berpantang juga, cumanya bagi aku pengalaman kali kedua(June 2019) ni lagi banyak input kot. Sebabnya masa ni juga aku dapat sakit 'Rengat'. Aku keguguran di rumah kami di Kota Damansara. Macam keguguran sebelum ni aku balik berpantang di Perlis, kali ni pun sama. Suami aku juga sarankan aku balik Perlis sebab boleh lar Mak aku kat kampung tengokkan aku. Bukan tak boleh stay rumah mertua, cumanya kesian juga mertua dia nak jaga adik ipar dalam pantang lagi masa tu. So, suami pun izinkan aku balik Perlis sepanjang MC 7 hari hospital bagi. Aku keguguran hari Khamis, Jumaat aku balik rumah mertua dulu. Hari Sabtu suami aku hantar ke Perlis. 

    Sepanjang perjalanan balik Perlis hari tu perut aku memang dah rasa sesuatu dah. Tapi aku still bole control lagi lar. Cumanya sakit tu on off. Sekejap datang, sekejap hilang. So, aku layan jar dulu. Dah sampai kampung aku rasa lega sikit, kalau sakit pun dah ada dirumah ok lar. Aku dapat MC 7 hari sebabnya aku kategori keguguran semulajadi. Melainkan aku kena D&C mungkin akan dapat MC 14 hari. Apa pon aku bersyukur sebab semuanya berlaku secara semulajadi. Alhamdulillah.

    Keesokkan harinya, lebih kurang waktu petang macam tu aku rasa perut aku sakit teramat sangat. Yang pasti aku tak makan makanan yang aneh aku rasa. Sebab orang tua tua bagitau pantang keguguran ni macam pantang orang bersalin juga. So, aku ikut lar mana mana yang memberi kebaikan untuk aku. Tapi nak dijadikan cerita, petang tu perut aku rasa mencucuk macam hari aku keguguran tu. Dalam kepala ni pikir tak kan ketulan ketulan darah tu keluar tak habis. 

    So, aku pun Googling tengok apa simptom yang jadi kat aku masa tu. Ramai suggest suruh makan ubat tahan sakit. Aku pun minta lar ubat tahan sakit dekat mak aku. Dah makan 2 biji ubat tahan sakit, aku berehat tidur dulu. Lebih kurang sejam macam tu aku terjaga sebab sakit perut mencucuk cucuk tu datang semula. Sebab tak tahan sangat sakit Mak bawa aku p klinik Faizah di Kangar. Tak lama sangat tunggu, terus jumpa doc. Sedikit lega bagi aku sebab doc perempuan. Doc tu pun check scan semua. Scan memang tak namapk apa. Tapi doc suruh buat UPT test juga. Kalau posotif test tu memang dia akan refer aku ke hospital. Maka, result UPT pun keluar, ternyata positive, tapi slightly positive dan doc kira itu positive. Terus doc buat refer letter ke hospital. So, balik rumah terus prepare ke hospital sebab risau takut benda lebih serious jadi.

p/s : Scan result Klinik Faizah Kangar

p/s : Reference Letter dari Klinik Faizah Kangar

    Tak silap aku dalam jam 11.00 mlm juga lar sampai kecemasan hospital sebab tunggu Abah balik keja dulu. Macam biasa lar kalau pergi kecemasan. Memang kena tunggu lama sikit lar. Lebih kurang jam 12.45 a.m baru aku dapat masuk bilik doc. Dah jumpa doc, terus doc scan dulu tengok apa jadi. Kemudian, doc suruh aku buat UPT test dulu. Dah keluar result UPT test, doc situ terus refer aku ke bahagian O&G sebab result UPT aku tu positif seperti di klinik petang tadi. Nak tunggu proses ke bahagian O&G tu dalam jam 1.30 a.m juga lar. Sampai sana, aku kena warded sana untuk doc review dulu. Dapat katil, doc ambil darah semua sekali dengan cucuk ditangan untuk drip air tu. tapi tak drip air lagi lar. Sekadar preparation lar kot. Lebih kurang sejam setengah juga aku tunggu dalam tu sementara doc yang incharge datang untuk checkup aku. Selepas doc tu datang dia suruh aku masuk bilik procedure untuk check. Macam biasa bila dah jadi macam nie semua jenis scan doc buat lar. Scan biasa dan TVS scan. Dah jadi macam nie doc scan atas bawah kiri kanan pun tak rasa apa dah. huhu..

p/s : Kecemasan Hospital Kangar macam biasa tak pernah tak ada orang

    Dah setel scan doc review semua, doc kata tak ada apa apa yang serius pun. Punca yang menyebabkan aku sampai kena datang hospital tu adalah sebab UPT positive jar. Doc kata memang lar UPT akan positive lagi, sebab aku baru keguguran 2-3 hari macam tue. UPT akan kembali negative setelah beberapa lama untuk hilang hormone hcG tu.  So, doc pun discharge aku balik. Aku rasa waktu tu jam 4.00 a.m juga lar. Mak Abah tidur dalam kereta sepanjang aku dalam ward O&G tu, sebab waris tak dibenarkan masuk. Kesian juga lar, demi anak anak sakit depa korbankan masa rehat depa. huhu. Masa nak discharge tu aku ada tanya doc adakah simptom aku nie namanya RENGAT. Ya, doc kata lebih kurang macam tue lar. Maksudnya, proses pengecutan rahim sedang berlaku. Dan aku masih ingat, masa aku keguguran hari tu di Hospital Sg Buloh memang depa cucuk ubat kecut rahim. So, kesannya akan terasa selepas beberapa hari. Dan aku juga pernah terbaca, kalau orang yang bersalin ni kebanyakkan depa akan merasa selepas bersalin anak ke 2 or 3. So, aku rasa betul lar tue, sebab ni adalah pregnancy ke 2 aku. Dah setel semua, kami pun pulang, kesian Abah jar lar esok pagi dia keja. huhu

Inilah sebahagian pengalaman ke 2 pregnancy dan keguguran dan juga terkena simptom Rengat.

p/s : Family hantar kat Airport Alor Star sebab cuti berpantang dah habis

Terima Kasih Mak Abah Abang dan Adik adik. Dan semestinya terima kasih untuk suami tercinta sentiasa disisi menyayangi diri ini. Moga Allah permudahkan urusan zuriat kita 
Aamiin Aamiin Aamiin ❤️❤️❤️



Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-5 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ



0 comments