TTC JOURNEY : PART 3 (MISSED MISCARRIAGE/BLIGHTED OVUM)

12 April 2019 - UPT Test dirumah, sebab terdetik hati nak check. Sebabnya bulan March hari tu period 11  march dah period. Tapi hari ni 12 April belum period walaupon hakikatnya period sebelum ni tak pernah regular pon tapi masih gatai nak check UPT. Pagi tu sebelum solat subuh try lar check. Alhamdulillah faint double line kelihatan. Kemudian, bagi tau suami dulu. Reaksi suami tau macam mana?? Macam ok jar sebab rasa excited tu telah dihalang dengan rasa takut sebab kami pernah berpengalaman kehilangan masa first pregnancy bulan 1 yang lepas(link). So, cerita hari tu berakhir dengan hanya aku dan suami aku saja yang tau. Kami p kerja macam biasa tapi difikiran masih terganggu dengan ujian UPT tu.๐Ÿ˜

13 April 2019 - Hari Sabtu minggu ni aku kena kerja half day macam biasa. Habis kerja balik rumah mentua dia Serendah, Rawang. Kami balik macam biasa dan kami decide untuk tidak mahu memberitahu family lagi tentang ujian UPT positif tu selagi kami tidak ke klinik sendiri untuk kepastian. Balik Serendah, petang tu bawa MIL p shopping sikit kat KL, balik dari shopping terus hantar MIL ke Selayang Mall sebab dia nak main bowling dengan event FIL punya staff. Masa p Selayang Mall tu aku beli curi curi beli UPT cassette dekat Guardian Rawang tanpa pengetahuan suami. Hahahaha. Sebabnya esok pagi aku nak test lagi, sebab sebelum ni aku test guna yg strip jar. Nak beli Clearblue aku rasa tak mau dah kot. Sebab masa first pregnancy aku beli sampai RM40++ dan keputusannya adalah sama saja dengan strip ka cassette ka cumanya Clearblue ni lebih tepat lar. haha. Makanya hari ni berlalu seperti biasa.

14 April -  Bangun pagi nak solat subuh aku pun guna lar UPT yang aku beli semalam tu. Ya, keputusan yang sama dua line kelihatan. Keputusan pagi ni aku bagitau suami aku juga dan aku bagitau aku beli semalam tanpa dia tau. Haha๐Ÿ˜†
Hari ini pon berlalu seperti biasa, petang lewat macam tu kami dah balik rumah kami di Kota Damansara.

20 April - Sabtu, minggu ni aku tak kerja Sabtu. So, aku dengan suami decide nak p klinik check. Sebelum nak p google search dulu klinik mana ok. Lastly, tanya Ain(ofismate) klinik mana yang ok dan dia suggest Kelana Jaya Medical Centre(KJMC). Aku dengan suami pon pergi lar. Buat UPT kat sana, tunggu result dah dapat result baru jumpa doc. Tungu lar dalam 30 minit nurse datang bagitau result aku memang positive pregnant . Kemudian dia tanya sama ada aku nak jumpa doc pakar Gynae atau doc biasa. So, aku decide nak jumpa doc Gynae memandangkan aku pernah pengalaman pahit first pregnancy dulu. Jumpa lar Dr Fatimah Najlaa pakar gynae kat situ. ๐Ÿ‘ฉ‍⚕️Dah check semua doc scan still tak nampak apa lagi tapi result memang postitve pregnant. Tapi doc suggest aku amek pil Duphaston dulu untuk kuatkan rahim memandangkan aku ada pengalaman miscarriage bulan Januari yang lalu. Kemudian, lagi dua minggu jumpa doc semula untuk scan sekali lagi.

p/s : Koleksi UPT sepanjang 2nd Pregnancy

04 May - Lepas dua minggu aku pon jumpa doc semula untuk next appointment. Alhamdulillah, doc scan dah nampak bentuk kantung tue. Aku dan suami pon bersyukur sangat semua baik baik saja. Doc suggest aku teruskan makan Duphaston lagi sehingga doc kata stop. Memandangkan 6 May tarikh puasa, doc nasihatkan kalau tak mampu jangan puasa takut bahayakan kandungan. Kami suami isteri pun pulang dengan perasaan lebih lega setelah doc kata begitu. Jumpa pula doc next appointment lagi dua minggu.๐Ÿ‘ฉ‍⚕️ .๐Ÿ‘ฉ‍⚕️ .๐Ÿ‘ฉ‍⚕️ .๐Ÿ‘ฉ‍⚕️ .๐Ÿ‘ฉ‍⚕️

p/s: Scan 5 weeks nampak kantung

6 May - Sepanjang minggu nie aku dihantui macam macam. Aku plan nak pergi buat buku pink tapi terpikir takut nanti pergi klinik test tak accurate pula. Sepanjang minggu nie aku keja dok main UPT test. Sehingga sampai satu tahap UPT result aku check tu tak memberansangkan. Result UPT aku semakin samar. Sepatutnya result UPT aku semakin terang tapi sebaliknya berlaku dan aku mula risau dan risau. Minggu nie juga morning sickness semua ada. Makan tak lalu, nasi tak bole makan. Aku bole makan makanan berkuah jar. Hari Selasa aku rasa badan aku dah lemah sebab tak lalu makan apa sangat dah. Aku decide p Klinik Kesihatan untuk MC. Jumpa doc, aku tanya doc. Jawapan doc sangat mengecewakan aku. Dia kat jangan risau, rehat dan makan. Itu saja.

9 May - Aku mula risau dan risau setelah baca artikel dan pengalaman orang dalam FB dan blog. Kebanyakkannya semua akan 'keguguran' atau pon pregnancy tak menjadi. Benda yang paling aku takut. Tapi suami masih berterusan beri semangat SABAR dan tunggu sehingga jumpa next appointment doc Fatimah Najlaa di KJMC.

18 May 2019 - Hari penentuan segala teka teki aku selama ni. Kenapa result UPT aku kat rumah makin blurr. Aku cerita dulu kat doc sebelum dia examine aku. Dia kata ok dia scan dulu. Scan hampir 2 minit juga lar. Doc pusing benda scan atas perut tu cari "fetal heart". Sepatutnya fetal heart baby dah nampak sebab 2 minggu lepas dah nampak kantung. dan akhirnya, doc kata pregnancy aku kali ni tak jadi juga. Kami tak terkejut tapi kami suami isteri teramat lar sedih. Hanya Allah sahaja tahu masa tu perasaan kami suami isteri. Maksudnya hanya kantung sahaj terbentuk tapi janin tu jadi. Allahu. Dugaan kedua kami suami isteri. So, doc sruh aku stop makan ubat Duphaston(kuatkan rahim) dan tunggu sehingga gugur sendiri. Kami balik rumah lepas jumpa doc tu. Lidah masing2 kelu. Dalam kepala pikir macam mana nak bgtau keluarga masing masing. Sedangkan mungkin diorang menanti juga zuriat dari kami. Allahu. Masa ni ayaq mata jar jadi peneman. Kalau suami sentuh saja hati tisu ni sat jar ayaq mata ni meleleh. ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ

p/s: KJMC last datang bila doc sahkan 'no heartbeat found'

19 May - Hari ni hari Ahad. Dalam kepala macam dah pikir. Bole hampa bayangkan, tengah pregnant tapi doc kata pregnancy tak jadi. Apa yang hampa rasa hampa nak buat? Nak jga kandungan lebih baik? Nak bagi dia gugur sendiri? Sebab even jaga elok2 pon this pregnancy tak jadi. Hampa rasa macam mana? First time weyh. Allah duga pula macam nie. Kadang sampai 1 tahap terpikir kenapa kami suami isteri yang diduga. Apa2 pon kami bersyukur Allah bagi kami nikmat lain dulu. Yaaa, kami sendiri positifkan diri kami untuk itu dan ini. Ramadhan ada lagi 2minggu. So, aku decide berpuasa. Dua minggu sebelum tu aku decide tak puasa sebab dalam hati pikir nak jaga kandungan jar hingga selamat. Tapi bila doc dah kata macam tu aku hanya berserah kepada Allah jar. Aku berpuasa macam biasa. Morning sickness aku pon semakin berkurang. ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ๐Ÿฅบ

22 May - Hari Selasa, aku puasa dan aku masih buntu sebab tangah pikir apa aku perlu buat dulu. Adakah hanya menunggu dan menunggu sehingga apa yang doc kata kan tue terjadi. Biar jer sehingga kandungan aku yang hampir 8 minggu tu keluar sendirinya. Setelah pikir dan pikir. Aku buat keputusan untuk pergi buat buku pink juga. Aku tak tau tindakan aku nie betul atau tak. Sebab berdasarkan pengalaman keguguran sebelum ni doc dan nurse pernah bagi tau apa2 jadi pon buat buku pink dulu. Sebabnya kalau ada buku pink proses di hospital lebih cepat berbanding sebelum ni aku kena p kecemasan bagai bagai2. So, aku nekad pergi buat juga. Hari ni aku p keja lambat setelkan buku pink. Buku pink nak buat pon ada prosesnya. Nanti next entry aku cerita. Last stage buat buku pink hari tue adalah jumpa doc. So, bila jumpa doc, diorang akan interview sikit background pregannacy kita baru diorang scan. So, masa doc yang checkup aku tue scan dia mula pelik. Dia jumpa dua kantung tapi tak jumpa 'fetal heart' seperti doc di KJMC bagitau. Aku pon terkejut doc kata ada dua kantung. So, doc tue pon panggil kawan dia tengok scan tu sama. Ya, dedua doc sahkan depa nampak 2 kantung. Tapi fetal heart tak jumpa. 2 kantung means kembar hampa. Aku terkejut sangat masa tue. Sedangkan doc di KJMC tak pernah bagitau ada 2 kantung. Allahu, mungkin kat sana tak nampak kot. Tapi still bukan jawapan positif juga bagi aku sebab 'fetal heart' masih tak nampak. Doc, kata next appointment lagi 2 minggu baru datang untuk scan semula. Aku pon setel urusan di situ terus masuk kerja. Keesokan harinya aku berpuasa sehingga lar raya.

p/s : 2nd Pregnancy ni dapat buat buku pink

p/s: Datang awal pagi jam 7 pagi begini. Fuhhhh

p/s : Sambung beratur kat dalam pula


4 June 2019 -  Adik ipar selamat lahirkan anak sulungnya, baby girl. Semua family mertua pergi ziarah termasuk lar kami suami isteri. Waktu ni hanya Allah jar tau macam mana nak bedung rasa hati ni. Family mertua belum tahu apa kejadian sebenar. Yang diorang tahu sekarang aku masih pregnant. Kami tak sanggup nak bagi tau tentang pregnancy aku sebab sekarang family mertua sedang bergembira dengan kehadiran cucu pertama mertua aku. Takkan kami nak rosakkan perasaan gembira itu๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž๐Ÿ˜ž. Makanya, kami masih simpan rapi perkara ini ๐Ÿค๐Ÿค๐Ÿค. Sebenarnya sehari sebelum hari raya aku dah pergi Poliklinik Azhar di Kota Damansara ni. Tujuan aku p sebenaqnya hanya nak dapatkan Referral Letter sahaja untuk aku p Hospital Sungai Buloh lepas raya ni untuk tau apa sepatutnya aku buat. Sebab aku dah tunggu 2 minggu tak ada apa yang berlaku. Bleeding tak ada, spotting pon tak ada. So, aku decide untuk pergi sahaja. Referral dari Poliklinik Azhar yang aku baca disitu ' two sac found, no fetal heart''. Memang doc situ dah confirmkan aku pregnant kembar. So, dia decide aku bawa Referral Letter tu terus ke Hospital Sungai Buloh.

p/s: Referral Letter dari Poliklinik Azhar


5 June 2019 - Hari Raya Aidilfitri berlalu. Mungkin yang lain sedang bergembira, tapi bagi aku cukup Allah saja tahu perasaan kami suami isteri. Pagi Raya kami di Serendah, lepas solat Raya dalam jam 10 pagi macam tu kami terus balik beraya di Perak pula. Sampai di kg aku di Perak kami beraya sehingga keesokkan harinya. Esoknya Abah Mak semua pulang ke Perlis, aku dan suami gerak pulang ke Kota Damansara. Sebelum pulang ke Kota Damansara, kami singgah kg sebelah suami pula ziarah sedara mara disana pula. Family kg suami semua dah tahu aku pregnant. So, kat sini hampa bole bayangkan macam mana nak jawab segala pujian sedara mara disamping nak jaga perasaan sendiri. Sebab hanya aku dan suami jar tahu dah tahu preganancy kali ni pon bukan rezeki kami lagi. Malah kami sendiri sedang tunggu keguguran itu.

6 June 2019 - Sampai rumah dari kg dalam jam 2 pagi juga sebab bertolak dari kg suami pon lewat maghrib dah. So, kami dah sampai pon lewat terus tidur saja.

7 June 2019  - Kami bangun pon dah lewat. Kalau ikotkan aku sepatutnya pergi kerja sebab aku tak ambil pon cuti Hari Raya. Sebab aku tau lepas ni aku akan dapat MC 7-14 hari lagi. Hari ni hari Jumaat, aku kejut suami ajak nak pergi Hospital Sungai Buloh awal pagi. Sebab tau dah kalau pergi situ memang akan lama prosesnya. Memang kami dah decide nak pergi hari ni lepas balik raya dari Perak tu. So, kami p Hospital Sungai Buloh bawa Referrral letter dari Poliklinik Azhar hari tu terus ke Unit O&G situ. Tempat yang sama aku pergi bulan 1 hari tu sebab keguguran dan kali ni mungkin benda yang sama cuma situasi sedikit berbeza. Jika ditanya apa perasan aku masa tu, sedih ka? Aku rasa aku dah sampai tahap tiada perasaan dah weyh. Aku cuma pikir suami aku jar. Aku diuji lagi sekali dengan kehamilan ni. Tapi Allah kurniakan aku suami yang sangat menjaga perasaan aku weyh. Dia tak mau aku terlalu pikir dan sedih dia akan bagi aku nasihat dan sokongan. Terima Kasih Sayang❤️๐Ÿ’“. Ok, sambung situasi di Hospital Sungai Buloh  tadi. Setelah sampai situ aku tengok orang tak ramai sangat. Sampai jar aku terus bagi Referral Letter kat nurse bertugas tu. Dia pon baca, kemudian dia tanya aku, puan pregnant kembar yer? Aku kelu weyhh, memang aku pregnant kembar tapi pregnancy aku bermasalah. Huhu Kemudian, aku explain dekat nurse tue kata pregnancy aku 'two sac found, no fetal heart'.  Dalam erti kata mudah, hanya ada kantung sahaja. Kemudian, nurse pun buka file untuk aku refer kepada doc bertugas. Dalam 30 minit nama aku pon kena panggil masuk bilik jumpa doc. Masuk jumpa doc review Referral Letter dulu. Dah habis review dia suruh aku baring sebab nak scan untuk dapat kepastian. Dua orang doc perempuan bertugas hari tu. Dedua orang doc pon scan atas perut, kemudian terus buat TVS scan untuk lebih detail. TVS scan ni memang detail diaorang akan nampak dalam rahim kita. Doc scan memang macam apa yang dalam Referral Letter tue tulis. Tak ada heartbeat jumpa, yang ada hanya kantung sahaja. Sepatutnya kandungan aku dah 12 minggu dan memang heartbeat baby dah patut ada. Bila doc buat TVS scan still tak jumpa, memang doc dah conclude tak ada heartbeat dan aku perlu buat D&C(cuci rahim). Maksudnya aku kena cuci rahim aku untuk buang kantung kosong tue. So, doc pun bagi tarikh untuk D&C tu. D&C ni lebih kurang minor operation. Maksudnya, akan di bius dan doc akan buat procedure cuci tue tanpa pesakit sedar. Dan selalunya admit ward 1-2 hari sahaja. Doc bagi tarikh untuk D&C 17 June 2019. So, aku ok jar lar. Dah memang itu saja solusinya. Kalau tak cuci lagi bahayakan diri. Sekarang fikir yang mana terbaik aku ikut saja. Dah dapat tarikh semua aku pun pulang lar bersama suami ke rumah. Otw nak balik nurse O&G tadi call pula suruh aku datang hospital 13 June untuk jumpa doc bius dulu.

p/s : Scan di Hospital Sg Buloh 7 June kantung dah jadi bentuk lain, tak bulat seperti sepatutnya.

p/s: Dapat tarikh untuk D&C 17 June


Selesai hal hospital, kami pun pulang ke  rumah mertua aku di Serendah. Adik ipar pun masih berpantang di rumah mertua so, boleh lar ziarah dia juga. Kami balik hari ni juga sambil masing masing lidah kelu untuk beritahu tentang kehamilan aku ni. Akhirnya suamiku sendiri yang beritahu. Ya, mereka terkejut. Tiba tiba bagitahu ada masalah. Aku sendiri pun sedih weyhh. Aku tau family mertua memang harapkan sangat zuriat kami tu. Sejak dari kami kahwin lagi diorang berharap. Tetapi kami diuji lagi. Aku sedih weyhh, aku teriak jar malam tu weyhh. Adik ipar baru kahwin, tup2 dah pregnant, sekarang dah beranak. Aku? Hanya Allah jar tahu perasaan aku weyh. Tapi tu lar, rezeki dan ujian setiap orang tu berbeza. Mungkin ni bahagian aku, aku terima. Banyak lagi nikmat yang Allah bagi aku perlu bersyukur.

9 June 2019 - Kami pulang dari rumah mertua,sebelum sampai rumah kami singgah beki barang dapur dulu di NSK Kota Damansara. Aku bagitau suami, nak beli air bergas(bikarbonat), nk makan nenas. Sebabnya aku cuba berusaha nak bagi kehamilan aku tue Natural Miscarriage. Kalau boleh nak elakkan dari kena cuci. Kemudian aku ajak suami aku makan laksa, diorang katan nanti pantang keguguran sama macam pantang beranak, laksa kena pantang makanya, aku makan sepsiap. Kami beli barang dapur banyak juga. Aku minta suami aku nak angkut barang naik tangga sampai ke rumah. Aku lasakkan diriku aku sebab nak cuba elakkan juga D&C tu. Keesokkan harinya aku pergi keja macam biasa.

12 June 2019 - Lepas makan siap kerja rumah kami pun tidur. Sebab esoknya aku kena p hospital nak jumpa pakar bius dulu. Lebih kurang jam 1 pagi aku terbangun sebab sakit perut yang teramat sangat. Aku tak pasti kenapa sakit sangat. Tapi sebelum tidur aku p kencing aku dah terperasaan ada darah spotting sikit kat panties aku. So, aku rasa mungkin ni macam nak keluar dah ni.  Aku mula sakit perut jam 1 pagi tu memang permulaannya lar. Aku tak bole tidur langsung. Aku teriak sebab sakit teramat sangat. Suami aku terjaga, dia tolong sapukan minyak panas di prut. Lebih kurang setngah jam aku mengelupur sakit, aku pergi tandas nak kencing dan keluar ketulan darah yang sangat lar besar,dan aku pasti waktu tu aku dah keguguran. Walaupun dah keluar seketul darah tu, perut aku masih sakit, badan sakit. Aku istilahkan sakit aku ni,kurang sikit dari contarction orang beranak aku rasa. Sebab memang sakit yang teramat sangat. Masa aku keguguran bulan 1 hari aku tak sakit. Mungkin masa tu kandungan masih kecil. Kali nie kandungan dah nak masuk 12 minggu dan ada 2 kantung pula tu. Aku dah sakit terlampau sangat, suami aku masak air, letak dalam botol, dia tolong tuam. Masa nie darah pon keluar dan aku dah kena pakai pad. Suami aku tuam perut, aku rasa ok sikit lar dari awal tadi. Dah tuam lebih kurang 30 minit aku pun tertidur, mungkin dah letih campur mengantuk sangat. Tapi tidur aku hanya bertahan 15minit sahaja. Sakit tadi datang semula, minyak panas aku sapu non stop. Kemudian aku pergi tandas kencing, dan ketulan darah kedua lebih besar keluar lagi. Allahuakbar. Sakit sedih semua ada masa tue. Tapi bagi aku masa tue, rasa sakit mengatasi segalanya. Selepas ketulan darah kedua tu keluar, darah non stop keluar. Darah yang terlalu banyak sangat. Allahuakbar,aku sendiri rasa takut tengok darah keluar non stop. Aku tukar pad dalam masa 10 minit dah penuh siap bocor. Memang pengalaman ngeri bagi aku. Tak pernah darah keluar sebegitu banyak tanpa henti. Badan aku dah letih sangat, aku bersih diri, tukar pad lagi dan tertidur sekejap. Aku bangun jam 6 pagi pad aku dah bocor atas tilam. Bole hampa bayangkan banyaknya darah yang keluar tu? Aku tak tau nak teriak sebab sedih ka sakit ka ngeri dah masa tu.

13 June - Aku bangun 6 pagi, mandi siap nak ajak suami ke hospital terus. Sebelum aku nak gerak keluar rumah 2 kali aku tukar pad sebab dah penuh sangat. Memang darah yang keluar tu banyak yang teramat sangat. Perut aku masih sakit yang teramat sangat. Suami aku terpaksa tunggu aku lega sikit sakit perut sebab aku dah memang lemah tak boleh gerak sebab sakit perut teramat sangat. Dalam jam 7.30 pagi perut aku dah macam reda sikit dari sakit, aku ajak suami gerak ke hospital terus. Sampai hospital aku terus register nama, pergi Jabatan O&G terus. Sampai situ terus tukar kain sebab pad dah penuh, seluar dah bocor. Aku duduk tunggu hingga nama aku kena panggil. Lepas 20 minit aku tunggu, nama aku nurse panggil masuk bilik. Terus baring doc nak cek rahim. Doc perempuan tue guna sejenis alat yang guna untuk buat papsmear(mulut itik). First time bagi aku memang sakit plus sakit perut tak henti lagi. Rupanya doc buat bukaan di pintu rahim sebab dia nak keluarkan dengan tangan dia saki baki ketulan darah tu. Huarhhhhgggggghhh. Sakit weyhhhhhh. Dia korek guna tangan dia weyh. Aku memang mengerang sakit tak kira apa dah. Sebab memang sakit sangat weyh. Ayaq mata memang tak sangga dah. Sakit gila weyhhhhhhhhhh. Hampa bayangkan, kemaluan kita tu dia guna(mulut itik) bagi ada bukaan, kemudian dia korek saki baki ketulan darah kat pintu rahim tu.. Huarggggggghhhh. Samapi tahap aku tarik tangan doc jangan buat dah, sampai kena berletiaq juga lar dengan doc sebab tarik tangan dia. Huhu. Sian doc. Procedure aku tu lebih kurang setengah jam juga lar dalam bilik tu doc tu proses. Lepas selesai tu, nursebagi aku rehat kat katil admit ward dulu. Kemudian, dia mai cucuk ubat kecut rahim kat punggung. Dia suruh rest dulu, nanti doc akan review semula. Aku dok situ, depa hantaq makanan lunch, aku makan dan lena juga lar sat. Sebab memang dah lesu sangat dah. Dalam jam 3 ptg nurse panggil suruh masuk jumpa doc pakar pula, doc pakar scan sekali lagi, dah scan doc tengok semua dah dalam rahim dah kosong tak ada apa-apa tertinggal, dia tanya darah masih keluar banyak ke. Sepanjang lepas procedure tadi memang darah automatik dah slow. Pad pon dah tak penuh. Sebab tu doc kena korek buang juga lebihan ketulan darah di pintu rahim tu. Kemudian doc check dan seluk pintu rahim dah kecut atau belum sebab tadi dah cucuk ubat cuck rahim. Dia check semua ok, terus discharge hari tu juga. So, aku pun bagi tau suami dah boleh discharge. Walaupun belum ada pengalaman beranak lagi, tapi berdasarkan cerita orang nak beranak, aku simpulkan keguguran aku kali ni kurang sikit lar dari sakit nak beranak tu. So, senang hampa bayangkan. Dah discharge, selesai semua aku balik rumah makan dan rehat saja.

p/s : Selesai procedure, kena warded untuk doc pantau semula

p/s : Hari ni juga lar doc2 pakar ada buat lawatan  ๐Ÿ˜

p/s : Sempat lar makan makanan hospital sekejap  ๐Ÿ˜Œ


Dua kali keguguran sangat memberi pengalaman dalam hidup aku. Selepas kejadian kali kedua ini aku dah nekad untuk tidak berlenggah lagi dapatkan nasihat doktor pakar untuk rancang kehamilan yang lebih sihat seterusnya nanti. Hampa doakan untuk kami naa. Aaamiin. Aaamiin. Aaamiin.

Next post nanti aku cerita pantang keguguran aku di kampung macam mana pula.☺️




Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-4 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ




0 comments