TTC JOURNEY : PART 5 (PUSAT PAKAR WANITA MEY MEY)

Salam semua 

    Entry ni kami buat sebagai rujukan untuk orang lain yang senasib kami sedang ber-TTC-ian  dan sebagai tatapan kami juga nanti. Entry ni kami cerita perjalan TTCian kami suami isteri dengan Klinik Pakar Wanita Mey Mey. Kenapa kami p klinik ni? First, sebab dulu ada seorang doc Poliklinik Azhar aku p hari tu suggest aku p sini untuk consult dengan doc sini. Aku pun dah survey klinik ni dah lama, tak silap aku sebelum second pregnancy aku gugur (bulan 6, 2019) macam tu. Plan selepas miscarriage yang pertama (bulan 1, 2019) dah nk pergi. Tapi tertangguh sehingga lar aku pregnant yang kedua bulan 6, 2019. Kemudian, second pregnancy pon keguguran juga aku nekad dengan suami untuk pergi juga klinik tu. Miscarriage tak silap aku bulan 6, 2019, kemudian rest pantang, raya dan setel segala urusan keluarga bulan 9 baru kami mula pergi πŸ˜πŸ˜πŸ˜

21-09-2019 - Seawal 10.30 pagi dah sampai Klinik. Orang tak ada pon, selepas kami register baru ada beberapa couples sampai. Jumpa Dr Salini Suhaila, cerita history dulu. Kemudian doc scan atas dan bawah (TVS scan). Doc nampak macam a lot of telur dalam rahim. So, doc kata simptom PCOS tu ada tapi mugkin tak aktif sangat sebabnya mungkin aku berjaya conceive tapi cuma pregnancy aku sebelum ni tak ada development  atau pon tumbesaran dia terhenti sebab tu keguguran dan  missed pregnancy (no fetal heart found). Doc suggest aku buat hormone test dulu untuk check kadar hormone dalam badan aku ni balance atau tak. Sebab simptom PCOS nie adalah hormone testerone lebih dalam badan wanita. Yang bole menyebabkan kadang-kadang mulut kita mcm ada misai sikit-sikit. Hormone testerone sepatotnya banyak dalam badan lelaki tapi kalau dalam badan wanita lebih dari sepatotnya akan menyebabkan simptom-simptom macam tue. So, aku kena tunggu next period Day 2 untuk amek darah test hormone badan dulu. Suami pula doc suggest suruh buat sperm test juga. Doc kata kalau betul sperm suami ok, so just fokus on wife saja untuk treatment πŸ™πŸ™πŸ™


JUMLAH BAYARAN PERTAMA = RM250 (Scan dan Consult)


19-10-2019 - Period first day hari ni. Tapi pelik pula period ni sebab datang sikit sahaja. Geram pula aehhh. Pantiliner pon tak penuh. So, call Klinik tanya macam mana, sebabnya sepatutnya esok day 2 bole pergi test darah di klinik. Dah call doc kata tunggu hingga day 3 tengok period ok ke tak. Kalau still spotting datang klinik jumpa doc. Aku pon tunggu hingga day 3, masih keadaan yang sama spotting juga.


24-10-2019 - Kemudian hari Khamis day 6 macam tu lepas kerja pergi juga klinik jumpa doc. Doc scan TVS, dia kata ok. Dinding rahim tebal. So, dia bagi ubat untuk tengok period next nanti keluar spotting atau tak. Ubat tue namanya Sonulat-Norethisterone 5mg. Makan ubat tu selama 5 hari kemudian tunggu period kelaur. Selepas hari ke 5 ubat dah habis period keluar. Alhamdulillah, period keluar macam biasa bukan spotting. So, aku proceed tunggu day 3 untuk ambil darah test hormone.


JUMLAH BAYARAN KEDUA = RM160 (SCAN, CONSULT, UBAT)


05-11-2019 - Pergi klinik lepas kerja ambil darah untuk test hormone. Ada hari klinik buka sehingga jam 7 petang, senang sikit lepas keja terus pergi.


JUMLAH BAYARAN KETIGA = RM240 (TEST HORMONE LH/FSH/TESTO/E2)


09-11-2019 - Jumpa doc untuk review result hormone test hari tu. Doc, kata aku ada masalah dengan hormone LH (Luteining Hormone). Bacaan masa tue 15.2 IU/L. Doc kata bacaan tinggi sangat. Sekarang dia suggestkan akau makan Pil Yasmin untuk turunkan bacaan hormone LH tu dulu sehingga normal. Normal doc kata aroun 9-7 IU/L pun dah ok. Pil Yasmin sangat terkenal sebagai Pil Perancang. Tapi dia juga berfungsi untuk stabilkan hormone dalam badan kita wanita khususnya.


JUMLAH BAYARAN KEEMPAT = RM0 (Doc baca result sahaja)


10-11-2019 - Aku start makan kotak ke -1. Habis kotak ke -1 30/11/2019. Period datang 4/12/2019. Kemudian aku sambung kotak ke -2 Pil Yasmin 8/12/2019. Habis kotak ke -2 28/12/2019.


BELI PIL YASMIN = RM45 x 2 = RM90


02-01-2020 - Sambut New Year terus period keluar. Period on 01/01/2020 keesokan harinya terus call klinik untuk tanya next process. Kemudian dia suruh datang hari tu juga untuk repeat Hormone test macam sebelum ni. So, masa lunch terus rempit dengan suami ke klinik.  Ambil darah jumpa doc juga sekejap siap tolong ambil darah since nurse tu dok pusing cari urat tak jumpa. Hoho


JUMLAH BAYARAN KELIMA = RM240


13-01-2020 - 3 hari lepas klinik dah call bagitau result darah hari tu dah baik sikit. Kemudian, nurse tu cadangkan aku datang hari ni sebab hari adalah CD13. Sepatutnya CD13 or CD14 Ovulation(hari subur). Kemudian, aku dan suami pun datang hari ini. Jumpa doc, doc review result hormone darah dah normal dah dan dia pun suruh aku stop Pil Yasmin. Kemudian doc scan untuk tengok sama ada berlaku ovulasi atau tidak pada hari ni. Bila scan doc tengok tak ada satu pun telur yang matang, yang ada telur kecil kecil tapi banyak sangat. Memang PCOSer itu lah yang berlaku, teelur kecil kecil yang banyak sangat. Untuk cycle ni doc tak sarankan aku ambil apa apa ubat lagi,sebabnya berdasarkan history sebelum aku pernah pregnant 2 kali, doc kata mungkin ovulation aku terjadi tapi bukan CD13 or CD14 memandangkan period aku kan iregular. Doc suruh cuba dulu untuk cycle ni, jika ada rezeki terus jumpa dia. Jika belum rezeki lagi cycle ni, jumpa dia juga selepas period untuk dia bagi ubat matangkan telur dan cuba lagi. Setiap kali dengar penerangan doc rasa positive sangat, tapi apa apa pun berbalik pada Allah juga, sebab dia yang tentukan. Aku bagitau doc kalau boleh jangan lar sampai tahap yang kritikal sangat treatment ni, kalau setakat makan ubat cucuk sini sana InsyaAllah aku kuat lagi dan InsyaAllah masih dala kemampuan kami lagi. Setiap hari berdoa, bagi Allah permudahkan urusan kami ini. Stress pun kadang rasa macam tak tertanggung juga. Moga Allah permudahkan segala urusan ini. Aamiin, Aamiin, Aamiin. πŸ€²πŸ»πŸ€²πŸ»πŸ€²πŸ»


JUMLAH BAYARAN KEENAM - RM195


04-02-2020 - Hari ni datang klinik sebab nak buat SA(Sperm Analysis) Test jar. So, suami lar yang kena buat test. SA test ni bagi aku isteri sangat lar perlu membantu suami. Supaya depa tidak stress. Bila stress susah lar diorang nak keluarkan Sperm tu. Aku rasa lar berdasarkan pengalaman aku nie. Hehe. Alhamdulillah, suami ok jar. Result sebenarnya tak lama pun, lebih kurang 2 or 3 jam dah dapat. Tapi sebab kami pergi hari weekdays,tak kan nak tunggu sampai berjam jam kat situ. Jadinya aku minta nurse clinic wassap jar aku nanti result tu macam mana. Kalau perlu jumpa doc , bagitau jar melalui wassap. Bersyukur juga pergi clinic nie, sebab aku rasa macam selesa dah kot. Harap yang baik baik saja untuk kami. Aamiinn. πŸ€²πŸ»


JUMLAH BAYARAN KETUJUH = RM120 (SA TEST)


Next procedure entry seterusnya kami update untuk semua.

InsyaAllah, untuk TTCian semua mari lah kita berusaha sehabis mampu. Tiada yang memahami melainkan TTCian saja yang faham emosi, sakit hati, stressnya TTCian macam kita nie. Yang pasti kita berusaha, berdoa dan tawakkal sebab semuanya hanya dariNya, bukan dari yang lain. Moga Allah permudahkan urusan TTC-ian kita semua. Aaamiin, Aamminn, Aamiinn. 
🀰🏻🀰🏻🀰🏻

p/s : gambar dari fb Klinik Pakar Wanita Mey Mey

Alamat Klinik : πŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎπŸ‘‡πŸΎ

A-5, Tingkat Bawah, Jalan Zuhal U5/179, Sek U5
Shah Alam, Malaysia 40150
(Berdekatan dengan Star Avenue, Subang)


Nanti next procedure, kami update  next entry πŸ˜ŠπŸ˜ŠπŸ˜Š



Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-6 😚😚

❤️ 🧑 πŸ’› πŸ’š πŸ’™ πŸ’œ




0 comments