SHIN TAMAGOYAKI

Assalamualaikum..


Malam ni nak share satu tempat makan ni. Tak pernah terpikir pon nak makan makanan aneh-aneh ni. Tapi sebab suami tercinta ni rajin pula dok follow Padu Beb dalam Youtube tu, maka terpengaruh lar suami ajak kita p cuba makan. SHIN TAMAGOYAKI. First time dengar nama restoran ni pon macam yakin tak yakin jar suami I ajak makan tempat macam ni. Rupanya dia dah google review semua bagai dah. Restoran ni sebenarnya inspirasi dari Jepun mcam tu lar.

p/s: Ni lar logo kedai tu 😁

Nak dijadikan cerita hari tu p makan kenduri kat Putrajaya. Aku pon tetiba terajak suami p IOI City Mall. Tapi sebenarnya nak ajak p IOI City Mall Puchong disebabkan dah ada kat Putrajaya singgah IOI City Mall Putrajaya jerrr larr. Hahaha. Tak sampai 30 minit dari tempat kenduri kami da sampai IOI City Mall Putrajaya. Dapat parking terus masuk Mall terus cari directory Mall. Tapi pencarian tak jumpa 😓 Google jela address Shin Tamagoyaki IOI City Mall Putrajaya. Dalam 20 minit juga lar pusing mall tu akhirnya jumpa lar. Kedai yang berkonsepkan ala ala cafe macam tu lar. Sebab tak besar sangat pastu locationnya dekat area Foodcourt (kedai makan banyak2 dalam mall tue lar), haha. 


p/s: Bole layan video Padu Beb untuk buat hampa rasa lebih terliur, haha 😄

Dah sampai kami pon duduk, sebab kedainya kecil jer pon ada meja pon dalam 5-6 macam tu lar. Terus suami pergi tempat order then tanya payment method dulu sebab kami tak dak cash kat tangan. Dengan harapan kedai ni terima lar debit, dah tanya rupanya dia tak terima debit. Maka kami dua berhuhu. Haha. Tapi suami sis tersangat lar gigih sanggu p cari atm kot. Lebih kurang 15 minit juga lar aku tunggu dia p cari atm dalam mall tu. 

Duit cash pon dah ada, so suami pon order lar. Tengok menu krik krik kami dua. Haha. So, tanya lar cashier tu menu apa yang femes, dia pon tunjuk lar antara yang femes. Kami pon order lar dua jenis makanan kat situ. first, BONITO TAMAGOYAKI STICK second kami ambil ORIGINAL FLAVOR. Kalau tak silap 2 ketul nie dengan air tea tapi version Japanese macam tue lar, sebabnya rasanya lain macam sikit.

Original - Warm fluffy Japanese grilled egg
Bonito - Bonito flakes, Seaweed, Mayonnaise & Japanese sauce

Dalam 5-10 minit kami tunggu makanan kami pon siap. So ready to explore.. yeaahhh!! First makan yang original tu memang rasa telur yang original jela. Dah rasa yang original, rasa yang Bonito tu plak. Memang niceeee sangat bagi aku yang Bonito nie, rasa tak rugi kami order yang tue, haha. Yang Bonito nie ada rasa macam Floss kat roti yang korang beli kat bakery tue lar. pastu dia ada mayonis sikit, so memang secukup rasa lar bagi aku. Yang original pon ok juga cuma korang akan rasa macam makan telur yang goreng tapi tak goreng sangat, macam ala- kukus pon ada. not bad lar.

p/s: Ni dua jenis yang kami order 🤩

Nanti hampa klik link video Youtube Padu Beb nie hampa tengok macam mana depa buat. Sebab masa kami order tue kami tak sempat tengok sebab dah ada yang ready stock. Huhu. 
Dua ketul Tamagoyaki kami makan 2 orang dalam 30 minit macam tue abes lar, haha. Dah habis makan hampa jangan dok tinggai pinggan hampa makan tue atas meja noooo. Sebab nie  kedai Jepun so, hampa kena ikot stail depa lar noo. Hampa kena angkat pinggan p buang sisa makan tu pastu pinggan letak tempat depa sedia siap. 

p/s: Ada sticker notes atas meja yer, sila angkat pinggan sendiri yer 😬

So kami suami isteri bagi ⭐️⭐️⭐️⭐️  untuk Shin Tamagoyaki. 

0 comments