TTC JOURNEY : PART 6 (FEMARA LETROZOLE)


Assalamualaikum...๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚๐Ÿ™‚

Apa khabar semua? Semoga dalam keadaan baik saja semuanya. Aamiin. ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

Hari ni kami nak cerita dan luah perasaan sikit. Ok ka? huhu. Bulan Jan aku jumpa doc masa CD13, doc scan memang dia tak jumpa telur yang matang pon masa tu. So,masa tu doc suruh aku cuba secara normal dulu tanpa ambil ubat matangkan telur dulu. Kemudian, doc pesan nanti period on CD2-CD3 datang klinik ambil ubat Femara Letrozole 2.5mg. Doc suggest aku ubat ni sebab dia check keadaan PCOS boleh tahan degilnya. Femara Letrozole ni fungsinya lebih kurang sama macam Clomid juga. Fungsinya untuk besar dan matangkan telur. Untuk Pcoser memang akan ada masalah telur untuk matang sebab tu Doc akan bantu Pcoser dengan beri ubat matangkan telur.

16 Feb 2020 CD1 aku, so 17 Feb 2020 aku p klinik ambil ubat Femara Letrozole tu. Sebab aku habis kerja lewat, aku jumpa nurse jar lar ambil ubat tu. Nurse bagi 10biji, katanya makan sehari 2biji. Keeseokan harinya CD3 aku start makan ubat tu 2biji waktu malam. Keesokan paginya, nurse wassap Doc suruh kurangkan dos ubat tu sehari sebiji sahaja. Aku perlu makan sebiji sehari pada waktu malam sahaja. Aku kena makan ubat tu selama lima hari jar, maksudnya dari CD3-CD7 jar lar. Tapi yang dinamakan manusia ni terlupa itu pasti,hummmm. 19 Feb 2020 malam tu aku lupa makan, maka dengan gelabahnya aku wassap akak nurse tu tanya, then dia kata xpa, just esok pagi tu makan sebiji, malam plak makan sebiji. Selesai aku makan sampai CD7, aku kena jumpa doc CD13 or CD14 pula untuk scan tengok repond ubat tu dengan aku. So, aku set date jumpa doc pula 29 Feb 2020 sebab aku kira tarikh tu aku CD14 dah.

TOTAL UBAT FEMARA LETROZOLE = RM 14 x 6 (pcs) = RM 84

29 FEB 2020 -  Hari ni aku jumpa doc untuk scan tengok respond ubat Letrozole tu dengan aku dan juga review Sperm test suami aku juga. Sperm Test suami doc kata ok jar, cumanya ada kurang sikit dibahagian head defect. Doc kata nanti dia akan bagi supplement kalau perlu. Overall Sperm test suami ok jar. Untuk part aku pula doc TVS tengok telur sama ada respond tak dengan ubat dia bagi tu. Dah scan tu doc tengok ada 1 jar telur aku yang respond. Saiz 15mm sebelah kiri. Nak kata kecewa tu ada gak lar juga, sebab ubat dos yang agak tinggi gak tu dia bagi, tapi telur yang respond sebiji sahaja. Huhu. Tapi doc kata walaupon sebiji dia suruh cuba juga. Dia suruh kami bersama dalam masa seminggu tu sekerap mungkin. Kalau mampu hari hari, dia suruh hari hari. Alamak. So, balik tu kami pon plan dengan harapan sebiji telur mampu memberi sebuah kegembiraan untuk kami. Sebelum balik, Doc bagi ubat Progynova, sejenis ubat hormon untuk bantu tebalkan rahim. ๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’๐Ÿ’

JUMLAH BAYARAN KE-SEMBILAN = RM 230




p/s : Ni Femara Letrozole 2.5mg yang doc suruh makan CD3-CD7 tu

p/s: Ni pula pil hormon doc suruh makan selepas TVS ada telur tu untuk bantu tebalkan rahim


Next entry aku cerita tentang ke-STRESS-san pula, urrgghhhh.๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช๐Ÿ˜ช
Berjaya ka tak aku concieve untuk cycle ni tunggu next entry juga aku cita ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ๐Ÿ˜ฌ 




Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-7 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ




0 comments