Dina Shamila
  • Home
  • Contact Us

Assalamualaikum w.b.t semua. Aku doakan korang semua dalam keadaan sihat saja semuanya disamping keluarga tersayang. Haishhh, lama sungguh nak update story ni yerrr. Semalam suami tegur, p lar sambung tulis blog tu. Boleh share apa apa info juga untuk orang lain kn. So, saya sebagai isteri menurut perintah. 😁

Last post hari tu dah share dengan korang my first attempt fail. So, lepas fail apa nak buat ? Move on jerr larr. Nak sedih lama lama pun tak dapat apa juga. Rasanya masa fail first attempt tu masih lagi PKP kan. Kehidupan PKP macam biasa lagi hari tu. Masih ada yang ‘Work From Home” dan ada juga dah start masuk ofis. Tapi lepas dah fail kami terus balik ke rumah kami lar. Sebab aku punya MC pun da abeh dan kena lar bekerja macam biasa. Rasanya around August 2021 masa tu. 


p/s: Dah fail 1st attempt hari tu terus pergi beratur ambil vaksin Covid. πŸ˜€

Tak ada apa apa yang menarik untuk tempoh  ini. Kami hanya menjalani kehidupan ini seperti biasa saja. Pergi kerja, balik kerja. Buat side income sikit dengan Shaklee masa ni. Masa ni aku aktif dengan bisnes Shaklee, Alhamdulillah memang betul betul membantu jana pendapatan masa ni. Musim PKP kan orang sangat mementingkan kesihatan sebab tu demand product kesihatan sangat tinggi.

Kemudian, bulan Oct 2021 kami pindah ke rumah sewa yang baru. Masih dalam kawasan yang sama cuma rumah jar lain sebab nak cari kawasan yang baru pula. 😁 


p/s : Pastu, cari rumah sewa lain pula.

Tapi Nov 2021, Allah uji sekali lagi keluarga. Adik perempuan aku kemalangan kereta. Kereta total lost, Alhamdulillah, adik aku ok saja cuma kaki saja yang mngalami kecederaan. Sekarang, dia pun dah selesai belajar dan dah nak kahwin dah bulan Dec ni. Doakan semoga segalanya dipermudahkanNya. Aamiin.


p/s : Dapat berita adik perempuan eksiden ni, terus dada berombak kuat. Tak leh tenang dah masa dapat news ni. Alhamdulillah, sekarang dah makin sihat beliau. 

Ok, tue la dulu aku nak share dengan korang. Next post nanti aku share next journey on my second IVF pula.πŸ˜€

 Assalamualaikum w.b.t semua. Aku doakan korang semua dalam keadaan sihat saja semuanya disamping keluarga tersayang. Haishhh, lama sungguh nak update story ni yerrr. Dah setahun baru lar update. Hehe. Tapi tak apa lar, aku update sini pun sekadar kenang kenangan aku juga nanti. Perjalanan semua ni kalau nak ingat balik semua nanti ingat yang penting penting jar. So, aku story story kat sini sambil sambil tu boleh juga share apa yang aku tahu dengan korang. 😊

Ok, sebab dah setahun baru nak cerita dengan korang. Makanya aku ringkaskan dengan perkara perkara yang penting jar lar yerr. Heee 😁

Sepanjang 2 weeks wait aku stay rumah mertua jar. Kebetulan waktu tu masih PKP. Suami aku pun masih work from home. So, kami decide stay jar rumah mertua. 

Aku cerita dari segi pemakanan dulu yer. Sepanjang 2 weeks wait tu menu aku setiap hari adalah;

Nasi + Ikan rebus + Sayur rebus + Buah 

Ni jar menu aku makan hari hari, masak cuma letak garam dan gula jar sikit untuk bagi ada rasa. Un tuk breakfast ambil roti Wholemeal dengan Susu atau Milo. Owhhh, 1 lagi menu wajib adalah telur rebus setiap hari. Nak tambah pengambilan protein seharian. Menu menu ni aku search jar dalam FB Group IVF tu. Ramai orang share menu. Tapi, semuanya hampir sama jer. Rebus atau steam. Konsep mudah makan makanan yang sihat. Jangan makan pedas dan masam. 1 lagi, wajib minum air kosong sehari 2 liter untuk elakkan sembelit dan bantu buang toksin dalam badan juga.

Dari segi penjagaan pula, macam biasa. Jangan ganas ganas sangat. Jalan slow slow saja. Jangan gelak kuat kuat sangat sebab tak nak bagi tekanan dalam perut. Kiranya, buat apa apa pun dalam keadaan slow motion. Solat pula, hari pertama hingga hari ketiga macam tu aku solat duduk. Dah masuk hari keempat baru aku solat macam biasa. Hurmmm, apa lagi errkk. 

Ok, ubat dan supplement continue macam biasa. Folic acid jangan lupa setiap hari wajib ambil. Hurrrm, apa jadi dengan FET pertama ni yerr? Success or not? 😏

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sepanjang  two weeks waits aku jumpa doc Salini hari ke 10 dan hari ke 14. Hari ke 10, doc hanya jumpa untuk cucuk ubat sahaja. hari ke 14 jumpa untuk ambil darah dan tahu result transfer. Hari ke 14, kami pergi ambil darah. Masa jumpa doc hri ke 14 ni doc dah explain dan nasihat dan kaunseling dah sepsiap. Kalau result FAIL, begini dan begini caranya. Klau SUCCESS begini dan begini step seterusnya. Kami dah bersedia untuk keduanya, walaupun hanya di mulut. 😁

Keesokan harinya akak Zahirah mesej bagitahu result BHcG tak naik dan menunjukkan embryo tidak menempel langsung. FAIL lar tu. πŸ˜…

Sebenarnya diri ni macam dah agak bersedia dengan kegagalan ini, tapi bila berhadapan dengan ahli keluarga dan orang lain, memang kecundang larrr. Nak bagitahu ahli keluarga pun serba salah, rasa dah banyak susahkan diorang tapi kami tak mampu nak bagi hasil yang baik lagi. Hurmmm, kami rasa kami dah buat yang terbaik rasanya, mungkin belum cukup usaha kami lagi.😞

Tapi semua orang sekeliling adalah kekuatan untuk kami teruskan lagi usaha ini, semua sentiasa memberi semangat dan sokongan penuh untuk kami. Ini yang patut kami syukuri. Nikmat berkeluarga dan berkasih sayang. Alhamdulillah.


Korang, ada next post lagi ni, follow naa..

    Assalamualaikum korang. Sorry lama sangat sepi disini πŸ˜ƒ Hari ni nak sambung share dengan TTC-ian semua 1st Embryo Transfer. Berjaya ke tidak 1st attempt ni yer ? πŸ˜€ Jomm, korang aku kongsi serba sedikit tentang Embryo Transfer.

Sebenarnya bulan April 2021 dah plan nak transfer pastu pergi buat test CD2 bacaan hormon kurang cantik. Kemudian waktu period pun macam biasa sentiasa tingtong lagi. Pastu doc suggest makan Pil Yasmin 2-Cycle lagi baru plan semula. So, aku pun proceed dengan Pil Yasmin dulu.

3 July 2021 - Sesudah makan Pil Yasmin 2-Cycle,  lewat petang macam tu aku period. 

5 July 2021 - Jumpa doc ambil darah untuk check hormon. Kemudian, dah start kena makan Progynova kalau tak silap. Sebab nak tebalkan dinding rahim sebagai persediaan untuk masukkan Embryo.

15 July 2021 - CD12, jumpa doc. Doc scan untuk check ketebalan dinding rahim. Doc kata dinding rahim dah ok dan tebal. InshaAllah, dah ready. Doc plan untuk transfer 19 July 2021. Doc dah bekalkan juga ubat insert (UTROGESTAN 100mg). Yang ni kena insert 3 biji, 3 kali sehari waktu yang sama setiap hari.

p/s : Waktu ni baru keluar dari klinik lepas scan πŸ’›

19 July 2021 - Hari yang ditunggu pun tiba. Ntah lar, tak tau nak rasa apa. Apa apa pun kami berserah saja pada-Nya atas segala usaha yang kami lakukan. Mudah mudahan dipermudahkan. Seawal pagi perlu sampai di Hospital Metro Klang. Kami sampai sana lebih kurang pukul 8 pagi. Masuk hospital terus pergi register ward. Tunggu nurse datang, diorang akan proses kemasukan ward kepada kita. Hari ni boleh tahan ramai juga yang buat procedure IVF. Ada yang OPU, ada juga yang transfer macam aku. Macam macam orang pelbagai latar belakang.

Dah setel proses kemasukan ward, dapat katil terus tukar pakaian dulu. Kemudian nurse datang bawa 3 cawan air kosong. Semasa procedure kita perlu minum air yang banyak dan tahan kencing yerr. Ini adalah supaya pundi kencing kita penuh dan memudahkan doc nak pastikan keadaan rahim dapat dilihat dengan jelas semasa proses Embryo Transfer nanti.


p/s : Ini lar cawan air kosong tu. 😊

Dah pernah baca orang lain punya pengalaman, jadi tak rasa terkejut sangat larr. Aku pun minum lar sampai habis 3 cawan tu, dah selesai minum pastikan jangan kencing tau. Kena tahan yerr. Kemudian aku pun tunggu dan baring jer laa sementara tunggu nurse panggil.

Lebih kurang pukul 9.15 pagi macam baru nama aku dipanggil. Suami juga ikut sebab kita akan dibawa berjumpa dengan embryologist dulu. Diorang akan explain dulu kepada kita suami isteri , embryo mana yang akan masuk. Dah dengar explanation dari embryologist suami kena tunggu dekat ward, isteri jar masuk ke bilik procedure. 

Procedure embryo transfer tak lama pun tau. Lebih kurang 15-20 minit jar tau. Memang sekejap jar. First masuk bilik procedure, memang ramai nurse akan bantu kita dalam bilik procedure tu. Start dari kita masuk, duduk atas katil. Nurse nurse akan bantu kita supaya dalam keadaan bersedia. Bila semua dah ready baru aku pun nampak doc masuk. Baru rasa ada juga kenal orang dalam procedure tu iaitu doc sendiri. πŸ˜™

Alhamdulillah, semua berjalan lancar sepanjang procedure ni. Doc pun cakap semua lancar, selebihnya kami hanya berserah kepada-Nya. Mudah mudahan.

Selesai procedure, nurse hantar masuk ward balik untuk berehat. rehat dalam ward nurse nasihatkan kalau boleh tahan kencing lagi 2 jam. Aku cuba sehabis baik untuk tahan kencing. Tapi bertahan sejam sahaja. Selepas sejam , dah tak tahan sangat panggil nurse. Tapi tak boleh jalan pergi kencing di tandas tau. Nurse akan bantu kita untuk kencing. Waktu ni rasa , Ya Allah perut semua sakit bagai dah sebab dok tahan kencing dari pagi tadi kan. Dah kencing tu rasa lega sikit. Ni lar cabaran cabaran bila buat procedure Embryo Transfer. Nak kencing risau, tak kencing pun risau. Sebabnya bila dah lama sangat tahan kencing, bila nak kencing tu macam susah nak keluar. Bila susah nak keluar, kita akan bagi tekanan pada pundi kencing dan perut. 


p/s : Sebelum discharge, lunch dulu. Tapi tak makan sangat pun πŸ˜€

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Procedure Embryo Transfer ni tak seteruk Procedure OPU hari tu untuk diri aku ni. 😊 Pukul 2.30 ptg macam kami pun discharge dan balik rumah. Maka bermula lar 2WW yang mendebarkan. 😊


p/s : 2-3 minggu sebelum FET, aku ada juga buat acupuncture. Sempat buat 4 kali jar 😊

Next post, aku akan story tentang MOMENT paling mendebarkan selepas FET iaitu

 My 2WW 😎


Sekian.


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

❤️ 🧑 πŸ’› πŸ’š πŸ’™ πŸ’œ




                Assalamualaikum, disebabkan PKPD 3.0 lagi di Selangor ni boleh lar ber-celoteh dengan korang disini. πŸ˜€ Nak sambung cerita dengan korang pengalaman OHSS seorang pejuang 2 garis. 😍 

Bagi yang terlepas PART 1, korang boleh klik ---> cerita OPU dan OHSS Part 1 πŸ˜…

18 Dec 2020 - Esok pagi bangun tahap sakit boleh dikatakan 8/10 lagi. Aku still tak lalu nak makan, kalau makan atau minum banyak pasti muntah. Sepanjang hari  aku still ulang benda yang sama. Makan sikit, minum banyak dan muntah. Setiap hari Dr Salini mesej tanya keadaan dah ok ke belum. Hari ni doc mesej dan minta aku datang klinik esoknya sebab tengok keadaan dah teruk sangat.

19 Dec 2020 - Pagi pagi pergi jumpa Dr Salini di klinik. Dr tengok keadaan masa tu memang dah teruk sangat. Mulanya Dr suggest untuk ambil ubat atau injection. Semestinya kalau boleh nak ambil ubat jer lar sebab injection agak pricey sikit. Tapi doc suggest ambil injection yang terbaik sebab keadaan aku teruk sangat dah. Bukan injection sangat pun, sebenarnya ambil albumin dengan drip air sebotol sebab badan aku dah dehydrated teruk sangat. Kami pun terus setuju dengan albumin tu. Jam 11.00 am baru start drip air, makanya jam 1.00 tengahari juga lar baru nak siap. Drip albumin sikit-sikit selang dengan drip air sampai habis air 1 botol. Albumin ni sama seperti aku ambil selepas OPU hari tu. Dr memang dah bagi albumin lepas OPU hari tu sebab dah tahu OHSS akan berlaku, rupanya tak cukup. Kena ambil lagi hari ni..  πŸ˜€

Alhamdulillah, habis drip air sebotol dengan albumin keluar bilik dh boleh jalan lebih baik. Memang betul2 berkesan. Alhamdulillah, syukur. Keluar dari klinik pun dah boleh jalan dengan baik. 10.00 pm Dr mesej tanya khabar lagi, memang dah baik sangat keadaan malam tu. Dah boleh mandi sendiri, gagahkan diri berjalan jalan dalam rumah. 

So, aku rasa itu saja pengalaman yang pasti tak akan aku lupa juga demimu duhai anak. Apa saja demimu. Orang cakap sakit nak beranak lagi sakit, tapi tak pa datang lar sakit macam mana pun akanku tempuh. InsyaAllah, semoga kami suami isteri kuat untuk jalani process proses seterusnya nanti. Aku doakan juga semua TTCian sentiasa kuat dan tidak berputus asa.

Sebelum tu, aku nak ingatkan korang juga. Jangan terlalu takut kalau baca entry aku ni. Sebabnya, pengalaman setiap orang berbeza tau. Untuk pengetahuan korang juga, aku tak terasa takut pun sebelum jalani process proses ni, sebab aku yakin aku mampu. Tapi rupanya bila pengalaman sendiri tak macam orang lain, rasa bersyukur Allah bagi pengalaman yang sangat bernilai untuk aku kenangkan nanti πŸ˜„πŸ˜„


p/s : Sebelum procedure, warded dulu

p/s : Selepas 50minit selesai OPU, rehat di ward dulu


p/s : Jam 8 malam baru discharge, tu pun badan masih lemah


Sekian.

Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-18 πŸ˜šπŸ˜š

Nantikan next entry, Stay tuned 😚😚

❤️ 🧑 πŸ’› πŸ’š πŸ’™ πŸ’œ






        Assalamualaikum wbt, hari ni nak sambung story my IVF journey dengan korang semua 😊😊

Entry sebelum aku dah share tentang Stimulation process. Entry kali ni nak share dengan korang next process iaitu OPU dan pengalaman diri sendiri dengan OHSS. πŸ˜‰

______________________________________________

Acronym yang digunakan 😊

OPU - Oocyte Pick up dalam erti kata lain, kutip telur untuk dikeluarkan dan disenyawakan diluar 

OHSS -  Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS)

CD - Cycle Day

______________________________________________

Kalau entry sebelum ni doc plan untuk Oocyte Pick Up CD-14, tapi CD-11 doc scan tengok telur dah meriah sangat dan dah besar. Maka OPU day doc decide pada CD-13. 

CD-13 : 17 DEC 2020

Semua proses IVF akan dibuat di Hospital Wanita Metro Klang, consult dan ambil ubat saja di Klinik Mey Star Avenue. Kami perlu ada di Hospital Wanita Metro Klang seawal jam 7 pagi, sehari sebelum Kak Zahirah dah wassap ingatkan kami  :

Persediaan sebelum

1) Start kul 12mlm kena puasa sampai pagi esok

2) Tidak boleh pakai bahan-bahan chemical contoh masa mandi tak boleh pakai sabun, pencuci muka, mekap, deodrant dan lain-lain

3) Wajib tiba di Metro Klang (Ward) sejam awal dari prosedur. Contohnya kalau case pukul 8 am, pukul 7am dah kena ada.

Untuk husband pula...tak perlu puasa cuma :

1) Jangan pakai minyak wangi dan deodrant jee

2) Last keluarkn sperm kena 2 hari sebelum.

Seawal jam 7 pagi kami sampai agak aneh juga lar, cik misi pon baru nak tukar shift barangkali πŸ˜…

Kami sampai jar terus naik ke tingkat 2 aku rasa (tak ingat, rasanya 2 kut). Tunggu nurse baru masuk dalam setengah jam macam tu. Ingat kami suami isteri jar, rupanya ada juga pasangan suami isteri lain. Nurse baru tu sampai terus bagi IC. Tak perlu nak register pun sebab file dan rekod kita dah ada kat situ. Admit ward, tukar baju semua tunggu di katil dulu. Tunggu dalam setengah jam juga dekat katil tu. Nurse datang dengan wheelchair nak bawa ke bilik procedure (tak ingat jugak tingkat berapa). Suami pun disuruh ke bilik procedure untuk keluarkan sperm. Lupa bagitahu korang, hari yang sama kita OPU suami perlu keluarkan sperm diorang juga. Hari yang sama juga embryologist akan senyawakan telur kita. Sebab tu semasa proses stimulation suami pun kita kena jaga bagi dia makan makanan yang sihat sihat, ambil multivitamin supaya terhasil embryo yang sihat. InsyaAllah, dengan izin-Nya. Aamiin, Aamiin, Aamiin.

p/s : Sesudah Subuh gerak keluar

p/s : Jam 7.00 pagi dah sampai

Ok, sekarang nak cerita perasaan dan pengalaman. First nurse bawa dengan wheelchair ke bilik procedure tu badan berdebar juga. Sampai jar bilik procedure tu, fuhhhh. Nampak ramai nurse dengan doctor kut. Tapi doc Salini aku tak nampak pula masa tu, sebab mata memusing rata masa tu. Dah tu semua orang pakai baju scrub complete warna biru sama jer semua πŸ˜…. Sebab debar sangat, nurse tanya nak kencing ke tak, memang terus kencing dulu lar. Setel ke toilet, masuk bilik tu semua dah tunggu aku keliling katil. Sorang nurse kot, suruh baring atas katil, dengan posisi yang betul. Setel posisi betul, nurse sarungkan hidung dengan oksigen tu pastu dia suruh kira 1, 2, 3. Pastu terus aku pun tidur. Cepat kesan ubat bius ni. Haha

Masuk bilik procedure dalam jam 8.00pagi macam tu. 8.50am sedar-sedar dah tidur atas katil masa admit tadi. Haha. Betul betul menjadi ubat bius tu dengan badan ni. Tapi untuk pengalaman diri sendiri, sedar-sedar jar dari ubat bius di katil ward tu terus OHSS badan ni 😣. Sebelum tu, OHSS ni adalah keadaan di mana telur over stimulate. Selalunya yang ada PCOS ni mudah sangat dapat OHSS ni sebab kuantiti telur banyak sangat. Ohhh, lupa pula nak cerita. total egg collect hari tu 38. Masa scan Day 11 pun doc dah kira ada 40++ biji telur juga yang respond dengan ubat cucuk tu. So, memang doc dah prepare aku akan kena OHSS. Doc pun dah bagitahu akan tambah 1 jenis lagi ubat masa OPU nak elakkan OHSS teruk sangat. Doc tambah injection albumin(bagi selepas OPU selesai) dengan Orgalutron (inject next day OPU). 

Ok sambung cerita selepas sedar dari bius. Sedar-sedar jar atas katil tak da sapa. Cari suami pun tak da, dalam kepala ni dah pikir mana lar suami aku pergi ni. Benda pertama berlaku selepas sedar adalah terus muntah, kepala pening tak boleh buat apa, muntah yang keluar dulu 😒. Cari suami tak jumpa, terus capai button emergency panggil nurse, nurse datang tenangkan diri dan bagi air. Sarung tilam tu dah abes kena muntah dah. Selama hidup 28 tahun ni kali pertama  keadaan macam ni 😣

Seriussss, badan memang lemahh sangat time ni. Tak boleh buat apa, pusing badan sakit , tidur sakit semua sakit. Tanya nurse mana suami, rupanya dia pergi sarapan kedai depan hospital. Nurse tengok aku dah teruk, dia minta nurse sorang lagi hantarkan makanan. Dia tanya aku nak makan apa, aku jawab air milo. Tak pasti sebab apa, tapi aku nk yang manis. Kepala dah pening, badan sakit, bahagian bawah pun sakit. Allahuakbar. Betul korang, memang sakit OHSS aku. 5 minit kemudian suami aku pun sampai. Bila tanya rupanya dia pergi sarapan mee goreng kat depan depan tu πŸ˜•

Makanan pun sampai, sakitnya Allah jar tahu masa tu. Nak bangun angkat badan pun sakit. Tapi gagahkan juga dengan bantuan suami bangun sikit minum air milo. Tahap sakit nak angkat tangan ikat rambut pun sakit. Memang betul-betul sakit kali ni. Setiap kali sakit, keluar airmata ni sebab memang sakit sangat πŸ˜”

Pagi tu boleh minum air milo jar. Pastu tidur, pejamkan juga mata padahal badan sakit sangat. Ada couple sebelah katil aku tengok steady jar semua. Teringat juga sebelum buat OPU ni baca pengalaman-pengalaman orang tak jumpa pula yg bagitahu sakit begini πŸ˜₯Tapi, aku tahu ini bahagian aku. Orang dah cakap, lain orang, lain badan, lain pengalamannya. Untuk pengalaman aku dengan OHSS ni agak perit. Couple sebelah katil jam 12 dah discharge, tinggal kami jar suami isteri tak balik lagi. Suami tanya badan ok ke tak, aku still tak stable lagi. Sakit tak berkurang. Jam 3 doc Salini call and mesej, tanya ok ke, aku jawab sangat tak ok. Doc tambah ubat muntah pula untuk kurangkan muntah. Setakat jam 3.00pm aku rasa dalam 5 kali juga muntah. Suami dah siap pergi ambil plastik muntah. Serius, badan teruk sangat time ni 😫

Kami stay kat hospital sampai jam 8.00 malam dan decide terus balik rumah mentua. Plan awal nak balik rumah sendiri, tapi dengan keadaan macam ni suami ajak terus balik rumah mentua. Pukul 8.00 malam baru discharge tapi badan still tak boleh jalan, nak gerak banyak tak boleh memang sakit sangat. Nak naik kereta pun kena guna wheelchair. Ya Allah, memang aku rasa pengalaman ni akan ku ingat sampai bila-bila demimu wahai anak 😘 Naik kereta, kami balik rumah dulu suami pergi ambil baju dan barang-barang sikit. Aku stay dalam kereta. Kalau korang nak tahu sepanjang dalam kereta pun aku sempat muntah 1 kali lagi. Memang badan lembik sangat-sangat dah. Rasanya dah lebih 10 kali dah muntah sepanjang hari OPU ni. Dari Metro Klang, balik rumah ambil baju pukul 10 malam juga sampai rumah mertua. 

Sampai jer rumah mertua, serius memang aku tak boleh jalan, adik ipar tolong buka pintu kereta dan bawa aku slow-slow masuk rumah. Sebab satu badan sakit sangat. Sampai rumah, mandi sikit cuci badan. Serius sakit sangat badan, tapi gagahkan diri kuatkan hati πŸ˜–Rehatkan diri dalam bilik, cuma minta air milo jar dengan harapan dapat kenyangkan perut sikit. Malam tu tidur pun sekejap tidur, sekejap bangun. Memang tak boleh tidur sangat.

Nanti aku sambung lagi cerita dengan korang, nak pegi masak jap πŸ˜¬


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-17 πŸ˜šπŸ˜š

❤️ 🧑 πŸ’› πŸ’š πŸ’™ πŸ’œ



Assalamualaaikum semua ✋

Untuk story kali ni nak share dengan korang semua tentang perjalanan IVF-ku. Jika ini adalah langkah terbaik untuk aku dan suami bagi memiliki zuriat, kami redha dan Engkau permudahkanlah bagi kami. Ini antara doa yang selalu aku amalkan. Betul, kami suami isteri redha dan akan terus berusaha. Mungkin ada diantara usaha-usaha kami itu Allah akan makbulkan, InsyaAllah. πŸ’š

Selepas dapat result darah dah cantik pada 6 Dec 2020, keesokkan harinya aku dah kena start IVF. Untuk proses yang pertama adalah Stimulation. Proses untuk hasilkan telur yang banyak dan matang serta sihat. Proses yang pertama ni lar proses yang perlu dicucuk setiap hari. Sebelum ni aku dah tanya suami, boleh ka dia nak cucuk setiap hari, kalau tak boleh kami perlu ke klinik setiap hari untuk cucuk diklinik. Respond yang baik diterima sebab suami sanggup belajar untuk cucuk aku setiap hari. 😘

Aku start injection untuk IVF pada hari ke tiga period (Day 3).

7 Dec 2020 / 1.50 pm ( Day 3 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 225iu (cucuk di klinik) 

8 Dec 2020  / 8.30 am ( Day 4 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 450iu

9 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 5 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 675iu

10 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 6 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 900iu (Period dah stop)

11 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 7 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 1125iu

12 Dec 2020 / 11.30 am ( Day 8 ) - Inject Gonal F (150iu) +  Menopur (75iu) + Orgalutron + TVS 

13 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 9 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) + Orgalutron 

14 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 10 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur(75iu) + Orgalutron 

15 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 11 ) - Inject Orgalutron pagi + TVS

15 Dec 2020 / 9.00 pm ( Day 11 ) - Inject Decapetyl + Hucog 150iu

Mulanya doc plan untuk OPU on Day 14, tapi sebab TVS on Day 11 telur yang terhasil dan besar dah hampir 40biji, makanya doc plan untuk OPU pada Day 13.

OPU - Oocyte Pick up, dalam erti kata lain, kutip telur untuk dikeluarkan dan disenyawakan diluar. 😌


Ini cooler box yang diberi oleh klinik 

Ini menopure Gonal F


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-16 😚😚

❤️ 🧑 πŸ’› πŸ’š πŸ’™ πŸ’œ







Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

POPULAR POSTS

  • KEDAI MAKAN BELAKANG MASJID NEGARA
  • TTC JOURNEY : PART 17 (OPU dan OHSS PART 2)
  • TTC JOURNEY : PART 19 (2 WEEKS WAIT)

Categories

  • aku
  • makan-makan
  • maksu
  • trying to conceive

Advertisement

About Me


I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out. Great things in business are never done by one person. They’re done by a team of people.

Popular Posts

  • KEDAI MAKAN BELAKANG MASJID NEGARA
  • TTC JOURNEY : PART 17 (OPU dan OHSS PART 2)
  • TTC JOURNEY : PART 19 (2 WEEKS WAIT)

Advertisement

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates