TTC JOURNEY : PART 18 (1st EMBRYO TRANSFER)

    Assalamualaikum korang. Sorry lama sangat sepi disini ๐Ÿ˜ƒ Hari ni nak sambung share dengan TTC-ian semua 1st Embryo Transfer. Berjaya ke tidak 1st attempt ni yer ? ๐Ÿ˜€ Jomm, korang aku kongsi serba sedikit tentang Embryo Transfer.

Sebenarnya bulan April 2021 dah plan nak transfer pastu pergi buat test CD2 bacaan hormon kurang cantik. Kemudian waktu period pun macam biasa sentiasa tingtong lagi. Pastu doc suggest makan Pil Yasmin 2-Cycle lagi baru plan semula. So, aku pun proceed dengan Pil Yasmin dulu.

3 July 2021 - Sesudah makan Pil Yasmin 2-Cycle,  lewat petang macam tu aku period. 

5 July 2021 - Jumpa doc ambil darah untuk check hormon. Kemudian, dah start kena makan Progynova kalau tak silap. Sebab nak tebalkan dinding rahim sebagai persediaan untuk masukkan Embryo.

15 July 2021 - CD12, jumpa doc. Doc scan untuk check ketebalan dinding rahim. Doc kata dinding rahim dah ok dan tebal. InshaAllah, dah ready. Doc plan untuk transfer 19 July 2021. Doc dah bekalkan juga ubat insert (UTROGESTAN 100mg). Yang ni kena insert 3 biji, 3 kali sehari waktu yang sama setiap hari.

p/s : Waktu ni baru keluar dari klinik lepas scan ๐Ÿ’›

19 July 2021 - Hari yang ditunggu pun tiba. Ntah lar, tak tau nak rasa apa. Apa apa pun kami berserah saja pada-Nya atas segala usaha yang kami lakukan. Mudah mudahan dipermudahkan. Seawal pagi perlu sampai di Hospital Metro Klang. Kami sampai sana lebih kurang pukul 8 pagi. Masuk hospital terus pergi register ward. Tunggu nurse datang, diorang akan proses kemasukan ward kepada kita. Hari ni boleh tahan ramai juga yang buat procedure IVF. Ada yang OPU, ada juga yang transfer macam aku. Macam macam orang pelbagai latar belakang.

Dah setel proses kemasukan ward, dapat katil terus tukar pakaian dulu. Kemudian nurse datang bawa 3 cawan air kosong. Semasa procedure kita perlu minum air yang banyak dan tahan kencing yerr. Ini adalah supaya pundi kencing kita penuh dan memudahkan doc nak pastikan keadaan rahim dapat dilihat dengan jelas semasa proses Embryo Transfer nanti.


p/s : Ini lar cawan air kosong tu. ๐Ÿ˜Š

Dah pernah baca orang lain punya pengalaman, jadi tak rasa terkejut sangat larr. Aku pun minum lar sampai habis 3 cawan tu, dah selesai minum pastikan jangan kencing tau. Kena tahan yerr. Kemudian aku pun tunggu dan baring jer laa sementara tunggu nurse panggil.

Lebih kurang pukul 9.15 pagi macam baru nama aku dipanggil. Suami juga ikut sebab kita akan dibawa berjumpa dengan embryologist dulu. Diorang akan explain dulu kepada kita suami isteri , embryo mana yang akan masuk. Dah dengar explanation dari embryologist suami kena tunggu dekat ward, isteri jar masuk ke bilik procedure. 

Procedure embryo transfer tak lama pun tau. Lebih kurang 15-20 minit jar tau. Memang sekejap jar. First masuk bilik procedure, memang ramai nurse akan bantu kita dalam bilik procedure tu. Start dari kita masuk, duduk atas katil. Nurse nurse akan bantu kita supaya dalam keadaan bersedia. Bila semua dah ready baru aku pun nampak doc masuk. Baru rasa ada juga kenal orang dalam procedure tu iaitu doc sendiri. ๐Ÿ˜™

Alhamdulillah, semua berjalan lancar sepanjang procedure ni. Doc pun cakap semua lancar, selebihnya kami hanya berserah kepada-Nya. Mudah mudahan.

Selesai procedure, nurse hantar masuk ward balik untuk berehat. rehat dalam ward nurse nasihatkan kalau boleh tahan kencing lagi 2 jam. Aku cuba sehabis baik untuk tahan kencing. Tapi bertahan sejam sahaja. Selepas sejam , dah tak tahan sangat panggil nurse. Tapi tak boleh jalan pergi kencing di tandas tau. Nurse akan bantu kita untuk kencing. Waktu ni rasa , Ya Allah perut semua sakit bagai dah sebab dok tahan kencing dari pagi tadi kan. Dah kencing tu rasa lega sikit. Ni lar cabaran cabaran bila buat procedure Embryo Transfer. Nak kencing risau, tak kencing pun risau. Sebabnya bila dah lama sangat tahan kencing, bila nak kencing tu macam susah nak keluar. Bila susah nak keluar, kita akan bagi tekanan pada pundi kencing dan perut. 


p/s : Sebelum discharge, lunch dulu. Tapi tak makan sangat pun ๐Ÿ˜€

Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Procedure Embryo Transfer ni tak seteruk Procedure OPU hari tu untuk diri aku ni. ๐Ÿ˜Š Pukul 2.30 ptg macam kami pun discharge dan balik rumah. Maka bermula lar 2WW yang mendebarkan. ๐Ÿ˜Š


p/s : 2-3 minggu sebelum FET, aku ada juga buat acupuncture. Sempat buat 4 kali jar ๐Ÿ˜Š

Next post, aku akan story tentang MOMENT paling mendebarkan selepas FET iaitu

 My 2WW ๐Ÿ˜Ž


Sekian.


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ




0 comments