TTC JOURNEY : PART 17 (OPU dan OHSS PART 2)

                Assalamualaikum, disebabkan PKPD 3.0 lagi di Selangor ni boleh lar ber-celoteh dengan korang disini. ๐Ÿ˜€ Nak sambung cerita dengan korang pengalaman OHSS seorang pejuang 2 garis. ๐Ÿ˜ 

Bagi yang terlepas PART 1, korang boleh klik ---> cerita OPU dan OHSS Part 1 ๐Ÿ˜…

18 Dec 2020 - Esok pagi bangun tahap sakit boleh dikatakan 8/10 lagi. Aku still tak lalu nak makan, kalau makan atau minum banyak pasti muntah. Sepanjang hari  aku still ulang benda yang sama. Makan sikit, minum banyak dan muntah. Setiap hari Dr Salini mesej tanya keadaan dah ok ke belum. Hari ni doc mesej dan minta aku datang klinik esoknya sebab tengok keadaan dah teruk sangat.

19 Dec 2020 - Pagi pagi pergi jumpa Dr Salini di klinik. Dr tengok keadaan masa tu memang dah teruk sangat. Mulanya Dr suggest untuk ambil ubat atau injection. Semestinya kalau boleh nak ambil ubat jer lar sebab injection agak pricey sikit. Tapi doc suggest ambil injection yang terbaik sebab keadaan aku teruk sangat dah. Bukan injection sangat pun, sebenarnya ambil albumin dengan drip air sebotol sebab badan aku dah dehydrated teruk sangat. Kami pun terus setuju dengan albumin tu. Jam 11.00 am baru start drip air, makanya jam 1.00 tengahari juga lar baru nak siap. Drip albumin sikit-sikit selang dengan drip air sampai habis air 1 botol. Albumin ni sama seperti aku ambil selepas OPU hari tu. Dr memang dah bagi albumin lepas OPU hari tu sebab dah tahu OHSS akan berlaku, rupanya tak cukup. Kena ambil lagi hari ni..  ๐Ÿ˜€

Alhamdulillah, habis drip air sebotol dengan albumin keluar bilik dh boleh jalan lebih baik. Memang betul2 berkesan. Alhamdulillah, syukur. Keluar dari klinik pun dah boleh jalan dengan baik. 10.00 pm Dr mesej tanya khabar lagi, memang dah baik sangat keadaan malam tu. Dah boleh mandi sendiri, gagahkan diri berjalan jalan dalam rumah. 

So, aku rasa itu saja pengalaman yang pasti tak akan aku lupa juga demimu duhai anak. Apa saja demimu. Orang cakap sakit nak beranak lagi sakit, tapi tak pa datang lar sakit macam mana pun akanku tempuh. InsyaAllah, semoga kami suami isteri kuat untuk jalani process proses seterusnya nanti. Aku doakan juga semua TTCian sentiasa kuat dan tidak berputus asa.

Sebelum tu, aku nak ingatkan korang juga. Jangan terlalu takut kalau baca entry aku ni. Sebabnya, pengalaman setiap orang berbeza tau. Untuk pengetahuan korang juga, aku tak terasa takut pun sebelum jalani process proses ni, sebab aku yakin aku mampu. Tapi rupanya bila pengalaman sendiri tak macam orang lain, rasa bersyukur Allah bagi pengalaman yang sangat bernilai untuk aku kenangkan nanti ๐Ÿ˜„๐Ÿ˜„


p/s : Sebelum procedure, warded dulu

p/s : Selepas 50minit selesai OPU, rehat di ward dulu


p/s : Jam 8 malam baru discharge, tu pun badan masih lemah


Sekian.

Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-18 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

Nantikan next entry, Stay tuned ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ






1 comments

  1. Slm perkenalan dina.. saya pun ttcian jugak.. hampir 4 tahun.. semakin bersemangat slps baca blog dina.. doakan saya pun berjaya hamil.. keep on positive!

    ReplyDelete