TTC JOURNEY : PART 16 (OPU dan OHSS PART 1)

        Assalamualaikum wbt, hari ni nak sambung story my IVF journey dengan korang semua 😊😊

Entry sebelum aku dah share tentang Stimulation process. Entry kali ni nak share dengan korang next process iaitu OPU dan pengalaman diri sendiri dengan OHSS. πŸ˜‰

______________________________________________

Acronym yang digunakan 😊

OPU - Oocyte Pick up dalam erti kata lain, kutip telur untuk dikeluarkan dan disenyawakan diluar 

OHSS -  Ovarian Hyperstimulation Syndrome (OHSS)

CD - Cycle Day

______________________________________________

Kalau entry sebelum ni doc plan untuk Oocyte Pick Up CD-14, tapi CD-11 doc scan tengok telur dah meriah sangat dan dah besar. Maka OPU day doc decide pada CD-13

CD-13 : 17 DEC 2020

Semua proses IVF akan dibuat di Hospital Wanita Metro Klang, consult dan ambil ubat saja di Klinik Mey Star Avenue. Kami perlu ada di Hospital Wanita Metro Klang seawal jam 7 pagi, sehari sebelum Kak Zahirah dah wassap ingatkan kami  :

Persediaan sebelum

1) Start kul 12mlm kena puasa sampai pagi esok

2) Tidak boleh pakai bahan-bahan chemical contoh masa mandi tak boleh pakai sabun, pencuci muka, mekap, deodrant dan lain-lain

3) Wajib tiba di Metro Klang (Ward) sejam awal dari prosedur. Contohnya kalau case pukul 8 am, pukul 7am dah kena ada.

Untuk husband pula...tak perlu puasa cuma :

1) Jangan pakai minyak wangi dan deodrant jee

2) Last keluarkn sperm kena 2 hari sebelum.

Seawal jam 7 pagi kami sampai agak aneh juga lar, cik misi pon baru nak tukar shift barangkali πŸ˜…

Kami sampai jar terus naik ke tingkat 2 aku rasa (tak ingat, rasanya 2 kut). Tunggu nurse baru masuk dalam setengah jam macam tu. Ingat kami suami isteri jar, rupanya ada juga pasangan suami isteri lain. Nurse baru tu sampai terus bagi IC. Tak perlu nak register pun sebab file dan rekod kita dah ada kat situ. Admit ward, tukar baju semua tunggu di katil dulu. Tunggu dalam setengah jam juga dekat katil tu. Nurse datang dengan wheelchair nak bawa ke bilik procedure (tak ingat jugak tingkat berapa). Suami pun disuruh ke bilik procedure untuk keluarkan sperm. Lupa bagitahu korang, hari yang sama kita OPU suami perlu keluarkan sperm diorang juga. Hari yang sama juga embryologist akan senyawakan telur kita. Sebab tu semasa proses stimulation suami pun kita kena jaga bagi dia makan makanan yang sihat sihat, ambil multivitamin supaya terhasil embryo yang sihat. InsyaAllah, dengan izin-Nya. Aamiin, Aamiin, Aamiin.

p/s : Sesudah Subuh gerak keluar

p/s : Jam 7.00 pagi dah sampai

Ok, sekarang nak cerita perasaan dan pengalaman. First nurse bawa dengan wheelchair ke bilik procedure tu badan berdebar juga. Sampai jar bilik procedure tu, fuhhhh. Nampak ramai nurse dengan doctor kut. Tapi doc Salini aku tak nampak pula masa tu, sebab mata memusing rata masa tu. Dah tu semua orang pakai baju scrub complete warna biru sama jer semua πŸ˜…. Sebab debar sangat, nurse tanya nak kencing ke tak, memang terus kencing dulu lar. Setel ke toilet, masuk bilik tu semua dah tunggu aku keliling katil. Sorang nurse kot, suruh baring atas katil, dengan posisi yang betul. Setel posisi betul, nurse sarungkan hidung dengan oksigen tu pastu dia suruh kira 1, 2, 3. Pastu terus aku pun tidur. Cepat kesan ubat bius ni. Haha

Masuk bilik procedure dalam jam 8.00pagi macam tu. 8.50am sedar-sedar dah tidur atas katil masa admit tadi. Haha. Betul betul menjadi ubat bius tu dengan badan ni. Tapi untuk pengalaman diri sendiri, sedar-sedar jar dari ubat bius di katil ward tu terus OHSS badan ni 😣. Sebelum tu, OHSS ni adalah keadaan di mana telur over stimulate. Selalunya yang ada PCOS ni mudah sangat dapat OHSS ni sebab kuantiti telur banyak sangat. Ohhh, lupa pula nak cerita. total egg collect hari tu 38. Masa scan Day 11 pun doc dah kira ada 40++ biji telur juga yang respond dengan ubat cucuk tu. So, memang doc dah prepare aku akan kena OHSS. Doc pun dah bagitahu akan tambah 1 jenis lagi ubat masa OPU nak elakkan OHSS teruk sangat. Doc tambah injection albumin(bagi selepas OPU selesai) dengan Orgalutron (inject next day OPU). 

Ok sambung cerita selepas sedar dari bius. Sedar-sedar jar atas katil tak da sapa. Cari suami pun tak da, dalam kepala ni dah pikir mana lar suami aku pergi ni. Benda pertama berlaku selepas sedar adalah terus muntah, kepala pening tak boleh buat apa, muntah yang keluar dulu 😒. Cari suami tak jumpa, terus capai button emergency panggil nurse, nurse datang tenangkan diri dan bagi air. Sarung tilam tu dah abes kena muntah dah. Selama hidup 28 tahun ni kali pertama  keadaan macam ni 😣

Seriussss, badan memang lemahh sangat time ni. Tak boleh buat apa, pusing badan sakit , tidur sakit semua sakit. Tanya nurse mana suami, rupanya dia pergi sarapan kedai depan hospital. Nurse tengok aku dah teruk, dia minta nurse sorang lagi hantarkan makanan. Dia tanya aku nak makan apa, aku jawab air milo. Tak pasti sebab apa, tapi aku nk yang manis. Kepala dah pening, badan sakit, bahagian bawah pun sakit. Allahuakbar. Betul korang, memang sakit OHSS aku. 5 minit kemudian suami aku pun sampai. Bila tanya rupanya dia pergi sarapan mee goreng kat depan depan tu πŸ˜•

Makanan pun sampai, sakitnya Allah jar tahu masa tu. Nak bangun angkat badan pun sakit. Tapi gagahkan juga dengan bantuan suami bangun sikit minum air milo. Tahap sakit nak angkat tangan ikat rambut pun sakit. Memang betul-betul sakit kali ni. Setiap kali sakit, keluar airmata ni sebab memang sakit sangat πŸ˜”

Pagi tu boleh minum air milo jar. Pastu tidur, pejamkan juga mata padahal badan sakit sangat. Ada couple sebelah katil aku tengok steady jar semua. Teringat juga sebelum buat OPU ni baca pengalaman-pengalaman orang tak jumpa pula yg bagitahu sakit begini πŸ˜₯Tapi, aku tahu ini bahagian aku. Orang dah cakap, lain orang, lain badan, lain pengalamannya. Untuk pengalaman aku dengan OHSS ni agak perit. Couple sebelah katil jam 12 dah discharge, tinggal kami jar suami isteri tak balik lagi. Suami tanya badan ok ke tak, aku still tak stable lagi. Sakit tak berkurang. Jam 3 doc Salini call and mesej, tanya ok ke, aku jawab sangat tak ok. Doc tambah ubat muntah pula untuk kurangkan muntah. Setakat jam 3.00pm aku rasa dalam 5 kali juga muntah. Suami dah siap pergi ambil plastik muntah. Serius, badan teruk sangat time ni 😫

Kami stay kat hospital sampai jam 8.00 malam dan decide terus balik rumah mentua. Plan awal nak balik rumah sendiri, tapi dengan keadaan macam ni suami ajak terus balik rumah mentua. Pukul 8.00 malam baru discharge tapi badan still tak boleh jalan, nak gerak banyak tak boleh memang sakit sangat. Nak naik kereta pun kena guna wheelchair. Ya Allah, memang aku rasa pengalaman ni akan ku ingat sampai bila-bila demimu wahai anak 😘 Naik kereta, kami balik rumah dulu suami pergi ambil baju dan barang-barang sikit. Aku stay dalam kereta. Kalau korang nak tahu sepanjang dalam kereta pun aku sempat muntah 1 kali lagi. Memang badan lembik sangat-sangat dah. Rasanya dah lebih 10 kali dah muntah sepanjang hari OPU ni. Dari Metro Klang, balik rumah ambil baju pukul 10 malam juga sampai rumah mertua. 

Sampai jer rumah mertua, serius memang aku tak boleh jalan, adik ipar tolong buka pintu kereta dan bawa aku slow-slow masuk rumah. Sebab satu badan sakit sangat. Sampai rumah, mandi sikit cuci badan. Serius sakit sangat badan, tapi gagahkan diri kuatkan hati πŸ˜–Rehatkan diri dalam bilik, cuma minta air milo jar dengan harapan dapat kenyangkan perut sikit. Malam tu tidur pun sekejap tidur, sekejap bangun. Memang tak boleh tidur sangat.

Nanti aku sambung lagi cerita dengan korang, nak pegi masak jap πŸ˜¬


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-17 πŸ˜šπŸ˜š

❤️ 🧑 πŸ’› πŸ’š πŸ’™ πŸ’œ

2 comments

  1. Hi sis..i ttc for 6 years.. interested to follow journey..if u dont mind can u share your ig or fb?☺️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello sis,
      Sabar sis, moga Allah permudahkan urusan sis. Actually, buat masa ni saya belum lagi terbuka utk share my other socmed. Thank you for follow me on this blog πŸ₯°

      By the way, what is your progress ?

      Delete