TTC JOURNEY : PART 2 (MISCARRIAGE )

Hai gaisss.. ๐Ÿ˜†

    Ok, macam tak sesuai..Hai isteri isteri sekalian. Apa khabar kalian semua? Aku doakan kalian semua berada dalam keadaan sihat sejahtera disamping keluarga tersayang. Aaamiin. ๐Ÿ˜Š 

    Aku sebenarnya nak share jar dengan hampa segala pengalaman aku sepanjang TTC ni. Entry sebelum ni aku dah cerita tentang OPK adalah antara salah satu ikhtiar dan usaha aku. Entry ni aku nak share aku berjaya pregnant dengan OPK. Alhamdulillah. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bersyukur dan gembiranya aku dan suami masa tu. Aku ingat lagi masa tu aku saja saja jar nak test UPT sedangkan aku tau selama perkahwinan kami UPT aku tak pernah positive pon weyh. Tapi, hari tu, hari Jumaat pagi aku test sebelum mandi. Lepas celup  strip UPT tu aku biaq dulu. sebab aku p mandi dulu. Pastu aku p solat subuh dulu. lepas solat subuh selesai baru aku p tengok. Time aku tengok tu double line tak terang pon. Tapi aku yakin result aku positive weyh, sebabnya selama aku dok check tak pernah naik double line langsung even kabur line kedua tu. So, memang aku yakin aku pregnant. Tak boleh bayang perasaan time tu weyh. Perkara yang kami suami isteri tunggu berlaku tanpa diduga. Sebab hari tu hari Jumaat, makanya aku pon siap siap lar nak p kerja. So, ceritanya p kerja hari tu yang pasti dalam keadaan yang kurang senang lar. Gembira, sedih semua cukup. ๐Ÿคฐ  ๐Ÿคฐ

    Seharian kerja tak senang lar juga hari tu sebenaqnya. Dengan p keja naik moto suami hantaq. Sebabnya hari Rabu minggu tu juga lar kereta berlaku kemalangan kecil dekat umah. Kena langgar dengan lori SpeedMart. Makanya kereta masuk bengkel. So, p keja balik keja macam biasa. Balik keja naik grab sebab suami balik lewat. Kemudian, esoknya Sabtu pun kerja juga. Kami decide Sabtu tu nak p beli CBD (Clear Blue Digital) untuk sahkan pregnancy aku ni. Sebabnya ada baca dalam blog kalau masih awal pergi klinik macam membazir sebab bila scan pon tak nampak. Dah p Framasi kat NSK tu beli lar CBD. Harga bole tahan juga dengan tengah tengah bulan money pon sipi sipi sahaja. Tapi kami pejamkan mata juga untuk beli sebab nak pasti betul ke tak. Dah beli esok paginya kami pon bangun awal pagi Subuh sebab nak ambil FMU(first morning urine). Alhamdulillah, dah test result pon positive pregnant 3-5 weeks. Selepas itu, baru lar kami bagi tahu family masing2 by call saja lar pagi tu juga.


p/s : First buat UPT

p/s : UPT Clear Blue Digital RM40++ ๐Ÿ˜‘


    Pagi selepas solat subuh tue kami pon buat sujud syukur juga. Sebab Allah dah dengar doa kami. Dalam pukul 8 pagi macam tu kami keluar sebab nak pergi pasar tani nak beli stock barang basah. Hari Ahad pon berlalu begitu saja dengan kegembiraan dalam hati kami. Keesokkannya hari Isnin, macam biasa pergi kerja , still suami hantar naik moto dia lagi sebab kereta belum siap baiki. Selasanya pula aku tak p keja sebab pagi tu rasa macam tak sedap badan. Kemudian decide pergi Poliklinik Azhar dekat Kota Damansara tu. So, aku p habaq kata nak cek pregnancy. Dia pon scan, macam aku katakan sebab masih awal dan kecil. 

    Makanya, scan doc kata tak nampak apa2 pon. Kemudian doktor sruh buat urine test. Aku pon ok lar buat urine test. Tapi urine test aku tak seperti yang diharapkan. Doktor tak nak sahkan aku pregnant sebab UPT(urine pregnancy test) aku tue resultnya slightly positive (double line tu samar sangat). Mulanya aku ingat mungkin air kencing aku tu cayaq sangat kot. So, hormone hCg (hormone hanya wujud jika pregnant) aku tu kepekatannya sangat rendah. Tapi doc tak kata aku preganant dan dia juga tak bagi kesahihan aku pregnant. Cumanya dia pesan keep makan Folic Acid, lepas 2 minggu dia suruh p klinik plak. Makanya aku pon balik lar rumah rehat. Sebabnya aku merayu minta MC untuk aku rehat kat rumah hari tu. Satu lagi aku memang nak elak p keja sama sebab niat dalam hati nak jaga kandungan tak mau dok p naik turun tangga pastu, time tue kan kereta masuk bengkel sebab excident sikit. So, nak elakkan ulang alik p keja naik moto sama. Aku pon balik lar rehat kat rumah.


p/s : Folic Acid yang aku amalkan


    Sepanjang rehat kat rumah hari tu, ok jar tak dak rasa apa sampai lar dalam pukul 4.30 ptg mcm tue aku p toilet nak kencing sebab dok ingat nk solat asar sepsiap nak amek wudhuk lar. Sebab asar dlm 4.45ptg. Masa tu aku baru bagun dari tidoq. Aku p toilet nak kencing aku terkejut weyhh. Ada spotting dekat pantiliner aku. Aku gelabah weyh. Aku buka fon terus google. Aku baca ada yang bagi positive result. Ada juga yang bagi negative result. Positive result tue setengah pregnant women memg akan jadi spotting tapi sedikit saja. Yang negative result tu maksudnya tanda tanda kandungan nak gugur. Waktu ni aku dah mula resah weyh, sebab otak aku nie banyak yang negative jar. 

    So, aku mesej lar suami dia kata tak pa, bedrest dulu tunggu dia balik. So, aku tunggu lar sampai malam tu. Sepanjang dok tunggu sampai ke malam tu weyh, spotting tadi makin banyak sampai lar tahap dia keluar darah fresh (merah). Huhuhuhu. Waktu ni aku dok rasa memang bukan rezeki aku dah dan aku redha. Dalam jam 10 mlm nak tidoq tue aku pon p toilet nak kencing amek wudhu semua. Elok elok nak kencing keluar pupppp, ketulan darah keluar weyh. Tapi aku tak rasa sakit, mungkin sebab masih kecil kot. Aku bagitau suami dan dia tenang jar. Tapi yang pasti aku yakin aku dah keguguran. ๐Ÿ˜ฅEsoknya pagi pagi kami p Klinik Kesihatan Damansara. Awal kami p, jam 8 pagi dah ada sana. Register semua bagitau apa masalah aku, so agak cepat juga prosesnya. Masuk jumpa doc scan semua amek urine test semua. Lastly, depa buat surat terus refer Hospital Sungai Buloh. ๐Ÿฅ


p/s : Naik moto suami isteri sampai sini


    Kami pon naik lar moto skuter kami tue p Hospital Sungai Buloh berdua. Sampai saja sana, terus p bahagian kecemasan. Bagi surat, terus MA situ bagi kerusi roda tolak masuk wad kecemasan. Dok atas katil depa suruh tukaq pakai baju ward semua. Nurse pon mai cucuk amek darah bagai, siap buh jarum masuk ayaq tue. tapi ayaq tak masuk lar. Mungkin preparation kot nanti kena masuk ayaq. Aku pon follow jar apa dia suruh buat. Lepas selesai daftar ward, tukaq baju amek darah apa semua mai lar sorang Doc pompuan tue scan aku. Scan result still sama rahim aku kosong jar. 

    Akhirnya kes aku dibawa ke bahagian Sakit Puan (O&G). Ada sorang nurse mai lar bawa aku naik wheelchair sampai ke department O&G tingkat 9 tue. Sampai jar kat situ, aku nampak ramai juga wanita2 disitu yang bagi aku mungkin macam kes juga lar. Ada yang datang monthly checkup lar. Dah nama pon O&G memg kes2 O&G jar lar. Sampai jar turn aku, aku pon masok lar bilik doc situ. Doc scan dulu atas perut. Lepas scan atas perut baru dia scan bawah pula, Scan bawah maksudnya scan melalui kemaluan kita lar. Scan bawah adalah paling tepat, sebab nampak jelas dari rahim kita pa yang ada. So, scan bawah pon still tak nampak apa2. Doc pon kata mungkin kandungan aku dah gugur. Cumanya sekarang depa nak pastikan bukan kandungan luar rahim. So, depa amek darah suruh aku balik dulu dan bagi aku MC 3 hari. Lepas 3 hari tu datang semula untuk tengok result darah dan scan semula.


p/s : O&G Hospital Sungai Buloh


    Dah selesai semua urusan di Hospital Sungai Buloh, kami pon bagitau lar keluarga masing masing. Ya,semua terkejut. Benda benda nie berlaku dalam sekelip mata saja.

23 January 2019 - kereta kena langgar dengan lori Speedmart dekat Seksyen 4 Kota Damansara.

25 January 2019 - Test UPT kat rumah (double line appeared)

27 January 2019 - test Clear Blue Digital (positive pregnant 3-5 weeks)

29 January 2019 - MC Poliklinik Azhar Kota Damansara (malam keluar ketul masa kencing)

30 January 2019 - Admit Hospital Sungai Buloh

    So, selepas 3 hari terus p Hospital Sungai Buloh bahagian O&G. Jumpa doctor situ, doctor scan juga atas dan bawah untuk kepastian dan bagi kesahihan result kat aku nanti.  So, doctor pon kata memang kandungan aku dah gugur. So, doc pon bagi aku MC seminggu. Procedure memang begitu kot kalau normal gugur sendiri MC 7 hari. Kalau D&C (Dillation and curettage) mostly depa akan bagi MC dua minggu. So, sebab aku kategori naturally gugur aku dapat MC 7 hari.

    Konklusinya, keguguran ni bagi aku tak sakit. Sebab mungkin kandungan masih kecil dan baru nak jadi. Rasa pon macam senggugut tapi bukan sengugut yang teruk tue. Makanya bermula lar hari berpantang bagi aku. Tapi berpantang keguguran. Pantang keguguran aku pon 44 hari juga. Cumanya tak teruk macam orang beranak lar.


p/s : Balik pantang ke Perlis


    Aku dan suami redha dengan ujian ini sebab kami tau Allah sedang uji kami. Jika ditanya masa tue sedih dihati lebih menangani rasa sakit kot. Sebab tu aku tak ada rasa sakit pon. Ntah lar, air mata memang tak payah cakap lar. Berhari juga lar sedih. Sedih juga pikir belum rezeki lagi nak hadiahkan zuriat untuk suami. Moga Allah dengar doa doa kami dikurniakan zuriat soleh solehah penyeri kehidupan kami. 

Aamiin. Aaamiin. Aamiin.




Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-3  ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ



0 comments