TTC JOURNEY : PART 7 (UNSUCCESSFUL FEMARA LETROZOLE )



Assalamualaikum semuaaa..

Hari ni hari ke - 19 PKP disebabkan Covid-19. Rasanya ramai yang dah tahu tentang perkara isu ini. Isu yang melibatkan seluruh dunia dan hampir seluruh dunia juga perlu berkurung di rumah sekarang termasuk Malaysia negara tercinta. PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dibuat di Malaysia bermula pada 18 March - 31 March pada awalnya tapi disebabkan kes Covid-19 semakin bertambah Perdana Menteri telah lanjutkan lagi dari 1 April - 14 April. InsyaAllah, kita sama sama doakan semoga penyakit penyakit ini berakhir. Ditambah pula kita nak sambut bulan Ramadhan dan Syawal ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ๐Ÿคฒ

Disebabkan banyak masa terluang sepanjang PKP ni boleh lar aku sambung coretkan lagi perjalanan TTC aku disini. Seperti yang hampa baca entry sebelum ni aku cerita tentang Femara Letrozole, yang mana Doc suggestkan aku makan ubat tu. Hari ni aku nak cerita perjalanan kisah dari selepas aku jumpa doc untuk TVS telur tu ๐Ÿšถ‍♀️๐Ÿšถ‍♀️๐Ÿšถ‍♀️

Bermula dari 1 March tu memang Doc dah suruh kami bersama semaksimum yang boleh dengan harapan telur aku yang respond sebiji tu membuahkan hasil. doc suggestkan untuk bersama seeloknya jam 2 pagi hingga 4 pagi. Sebab masa TVS hari tu saiz telur aku 15mm, agak besar dan mungkin akan ovulasi dalam beberapa hari lagi. Untuk meningkatkan peluang pregnant tu Doc suggestkan bermula dari hari ni kami perlu bersama sebanyak mungkin dalam 2 -3 hari ni. Selepas hari ke-4 boleh lar kalau nak selang sehari atau dua hari. 29 Feb - 1 March kami cuba bersama. for the first time at 3a.m. Huahahahaha. 

Bagi aku bukan mudah weyhhh, dah tidoq pastu bangun tengah malam semata mata nak bersama dengan suami. Ohhhh, my..haha. Memang mengantuk sangat weyhhh. Pastu pukul 6 pagi dah nak bangun p kerja. Kau rasaaa? haha . ๐Ÿ™†‍♀️๐Ÿ™†‍♀️๐Ÿ™†‍♀️ Tiba tiba aku terpikir macam mana pasangan boleh bersama pagi-pagi buta pukul 2-3 pagi tu. Haha. Maaf yer cerita agak 'kuning' disini. haha. Dalam masa seminggu 1 March - 7 March tu memang kami dah plan. Tapi bagi aku plan yang menstresskan diri kami rasanya. Hurrmmm ๐Ÿ™‍♀️๐Ÿ™‍♀️๐Ÿ™‍♀️

Minggu ni kami struggle dengan 1 telur aku yang respond tu disamping kami kena bahagikan masa dengan majlis perkahwinan adik ipar dari 5 March - 7 March memang peluang untuk kami work hard date tu dah tiada. So, aku cakap kat suami kita tawakkal jer lar, usaha jer lar mana mampu. InsyaAllah, kalau ada rezeki pasti ada untuk kami. Ayat ni adalah untuk sedapkan hati aku jar. Haha. Hakikatnya aku sedang susah hati sebab doc kata possibility 5-7 March boleh jadi ovulasi berlaku. Aku rasa, hurmmmm. Tawakkal jar lar. Selesai kenduri kami cuba 'all out' lagi cuba dan terus cuba semampu boleh. Masa aku TVS jumpa doc, 1 jar doc pesan jangan fikir perkara yang buruk atau negatif, usaha dulu baru fikir. Sebab tu aku kata, kalau jumpa doc jar fikiran aku bagai dicuci semula. Balik rumah emosi plus kena berleter dengan suami. Haha ๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘๐Ÿ˜‘

Keputusan untuk cycle ni dengan bantuan Femara Letrozole telah diketahui pada 22 March 2020 jam 9 malam iaitu cik P(period) pun keluar tanpa sedikit rasa bersalah pun. Hurmmm. Maksudnya telur yang sebiji tu tak berjaya untuk cycle ni. Aku sebenarnya dah bersedia akan ketidak berhasilan cycle ni sebab fikiran aku pun agak kucar kacir dan aku rasanya terlalu push diri untuk dapatkan positive pregnant tu. Hurmmm  Aku redha, ini ujian aku dan aku tak akan berputus asa. Thanks to suami yang selalu bagi positive vibes๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜ setiap kali aku emosi dengan perkara ini for sure ayaq mata ni akan keluar tanpa diundang. InsyaAllah, aku yakin Allah akan beri bila tiba masanya. Mudah mudahan, hampa hampa yang baca doakan juga naa. I'm cryingg..๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ


Moga ada sinar bahagia untuk kami nanti ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ๐Ÿ˜ญ



Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-8 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ

0 comments