TTC JOURNEY : PART 19 (2 WEEKS WAIT)

 Assalamualaikum w.b.t semua. Aku doakan korang semua dalam keadaan sihat saja semuanya disamping keluarga tersayang. Haishhh, lama sungguh nak update story ni yerrr. Dah setahun baru lar update. Hehe. Tapi tak apa lar, aku update sini pun sekadar kenang kenangan aku juga nanti. Perjalanan semua ni kalau nak ingat balik semua nanti ingat yang penting penting jar. So, aku story story kat sini sambil sambil tu boleh juga share apa yang aku tahu dengan korang. ๐Ÿ˜Š

Ok, sebab dah setahun baru nak cerita dengan korang. Makanya aku ringkaskan dengan perkara perkara yang penting jar lar yerr. Heee ๐Ÿ˜

Sepanjang 2 weeks wait aku stay rumah mertua jar. Kebetulan waktu tu masih PKP. Suami aku pun masih work from home. So, kami decide stay jar rumah mertua. 

Aku cerita dari segi pemakanan dulu yer. Sepanjang 2 weeks wait tu menu aku setiap hari adalah;

Nasi + Ikan rebus + Sayur rebus + Buah 

Ni jar menu aku makan hari hari, masak cuma letak garam dan gula jar sikit untuk bagi ada rasa. Un tuk breakfast ambil roti Wholemeal dengan Susu atau Milo. Owhhh, 1 lagi menu wajib adalah telur rebus setiap hari. Nak tambah pengambilan protein seharian. Menu menu ni aku search jar dalam FB Group IVF tu. Ramai orang share menu. Tapi, semuanya hampir sama jer. Rebus atau steam. Konsep mudah makan makanan yang sihat. Jangan makan pedas dan masam. 1 lagi, wajib minum air kosong sehari 2 liter untuk elakkan sembelit dan bantu buang toksin dalam badan juga.

Dari segi penjagaan pula, macam biasa. Jangan ganas ganas sangat. Jalan slow slow saja. Jangan gelak kuat kuat sangat sebab tak nak bagi tekanan dalam perut. Kiranya, buat apa apa pun dalam keadaan slow motion. Solat pula, hari pertama hingga hari ketiga macam tu aku solat duduk. Dah masuk hari keempat baru aku solat macam biasa. Hurmmm, apa lagi errkk. 

Ok, ubat dan supplement continue macam biasa. Folic acid jangan lupa setiap hari wajib ambil. Hurrrm, apa jadi dengan FET pertama ni yerr? Success or not? ๐Ÿ˜

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Sepanjang  two weeks waits aku jumpa doc Salini hari ke 10 dan hari ke 14. Hari ke 10, doc hanya jumpa untuk cucuk ubat sahaja. hari ke 14 jumpa untuk ambil darah dan tahu result transfer. Hari ke 14, kami pergi ambil darah. Masa jumpa doc hri ke 14 ni doc dah explain dan nasihat dan kaunseling dah sepsiap. Kalau result FAIL, begini dan begini caranya. Klau SUCCESS begini dan begini step seterusnya. Kami dah bersedia untuk keduanya, walaupun hanya di mulut. ๐Ÿ˜

Keesokan harinya akak Zahirah mesej bagitahu result BHcG tak naik dan menunjukkan embryo tidak menempel langsung. FAIL lar tu. ๐Ÿ˜…

Sebenarnya diri ni macam dah agak bersedia dengan kegagalan ini, tapi bila berhadapan dengan ahli keluarga dan orang lain, memang kecundang larrr. Nak bagitahu ahli keluarga pun serba salah, rasa dah banyak susahkan diorang tapi kami tak mampu nak bagi hasil yang baik lagi. Hurmmm, kami rasa kami dah buat yang terbaik rasanya, mungkin belum cukup usaha kami lagi.๐Ÿ˜ž

Tapi semua orang sekeliling adalah kekuatan untuk kami teruskan lagi usaha ini, semua sentiasa memberi semangat dan sokongan penuh untuk kami. Ini yang patut kami syukuri. Nikmat berkeluarga dan berkasih sayang. Alhamdulillah.


Korang, ada next post lagi ni, follow naa..

2 comments

  1. Hello Dina, salam from Indonesia. I am sorry to hear the result of your TWW. Pray for you from afar.

    I came across your profile as I was searching for IVF at Metro. Do you mind sharing me your email address where I can contact you personally? There are some things I want to know about the procedure at Metro, just want to be more prepared since I am not from Malaysia. Thank you :)

    ReplyDelete
  2. Hi Kalyana, sorry for late respond.
    Sure, you can reach me at nidiniofficial@gmail.com

    ReplyDelete