TTC JOURNEY : PART 8 (REPEAT FEMARA LETROZOLE SECOND CYCLE )

Assalamualaikum wbt.
Salam Sejahtera.
Selamat Pagi.
Selamat Tengahari.
Selamat Petang.
Selamat Malam.

    Disebabkan PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020, maka banyak lar masa terluang aku dengan suami dirumah kali ni. Haha. So, aku pun buat buat rajin sikit lar nak update blog ni sementara banyak masa kan. πŸ˜€πŸ˜€πŸ˜€ Seperti yang hampa tau, 22 March hari tu cycle aku dengan bantuan Letrozole failed. Kecewa yang teramat sangat, nangis tu perkara biasa lar kan. Huhu.

    22 March tu period keluar malam so, keesokannya pagi jam 10 pagi klinik buka terus aku wasap akak nurse tu bagitau. Huhu. Dia pon kata tak apa, mungkin belum rezeki lagi. Aku pun tanya dia apa aku perlu buat next, dia suruh aku datang proceed IUI. Aku terus terkesima weyhhhhh. 😢😢😢😢. Benda yang aku selalu katakan bila jumpa doc, kalau boleh tak nak lar buat rawatan sampai mahal mahal tu. Aku tanya akak nurse tu dulu, boleh tak aku nak repeat Letrozole lagi untuk cycle ni. Aku nak cuba sekali lagi dengan Letrozole memandangkan sepanjang PKP ni duduk rumah aku dan suami nak cuba sehabis baik. 

    Akak nurse pun tanya doc dulu sebelum bagi keputusan, sebab ubat hanya diberi atas consultation doc sahaja. Lepas tanya doc, akak nrse pun wassap bagitau boleh repeat. Dia ingat kami rushing nk baby (kalau ikutkan rushing memang lar nak cepat, tapi dah belum rezeki πŸ˜”πŸ˜”) sebab tu akak nurse suruh proceed IUI. Huhu. Dah akak nurse tu cakap boleh repeat Letrozole aku pun terus ok, tapi akak nurse kata doc suruh tambah dos sikit kali ni, dulu sehari sebiji selama lima hari, sekarang doc suruh makan sehari dua biji selama empat hari (25-28 March). Memandangkan sekarang musim PKP, aku suruh suami jer lar pergi ambil ubat di Klinik sebab tak perlu jumpa doc pun. Lepas habis ubat CD13 baru aku jumpa doc untuk buat TVS cek telur.

TOTAL UBAT FEMARA LETROZOLE KE-2 = RM 14 x 8 (pcs) = RM 112

Dah habis makan Letrozole, tunggu sehingga CD13(3 April 2020), kami pun pergi lar klinik untuk jumpa doc dan TVS Scan untuk tengok respond telur dengan Letrozole cycle ni. Result scan doc jumpa 2 bji telur sebelah kiri juga seperti cycle lepas saiz 19mm. Doc kata kali ni telur lebih cantik. Macam biasa doc suruh kami berusaha bersama sehabis baik lagi kali ni memandangkan dia kata telur agak cantik kali ni. Dah selesai kami balik dengan harapan kami akan berusaha sehabis baik kali ni dengan izinNya. Moga Allah permudahkan urusan zuriat kami ini. Aamiin, Aamiin, Aamiin. πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

JUMLAH BAYARAN KE-SEPULUH = RM 245



p/s : Masih perlu bantuan Ubat Progynova tu juga sebab aku ada masalah dinding rahim nipis 😢

Doakan usaha kami kali ini berhasil, Aaminn, Aamiin, Aamiin. Nanti aku cerita apa jadi seterusnya. 😬

Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-9 😚😚

❤️ 🧑 πŸ’› πŸ’š πŸ’™ πŸ’œ


2 comments

  1. boleh ke kalau xde record/patient klinik ni nak beli je letrozole kat klinik tu? saya tengah mencari letrozole utk ttc sy..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf lambat reply sis, saya tak pasti sis. Saya rasa ubat2 ni ubat2 kawalan. Rasanya perlu consult doc dulu untuk cuba ubat ini. :)

      Delete