TTC JOURNEY : PART 14 (IVF)

Assalamualaikum w.b.t. teman seperjuanganku sekalian. Entry kali ni aku akan mula story tentang perjalan IVF kami suami isteri. 

12 Sept 2020 - Hari tu dapat result HSG dan juga result hormone test . Hormone test jangan ditanya, sudah tidakku bilang dah berapa kali ambil test nie. Haha. Memandangkan aku nie memang bermasalah dengan hormone , makanya sepanjang TTC ni kumpul result hormone test jer lar. Haha. Result hormone test bulan Sept 2020 tak cantik sangat bacaan. LH aku tinggi juga. Makanya, doc tak sarankan sangat buat IVF cycle ni. Doc minta balance-kan dulu hormone. Macam biasa, aku kena repeat ambil Pil Yasmin untuk betulkan semula hormone LH dan FSH. Kali ni aku ambil 1 cycle sahaja pil Yasmin.  Result test gula pun dapat hari ni juga, normal saja. Alhamdulillah.

2 Oct 2020 - Period hari ni. Macam biasa D2 atau D3 pergi ambil darah. Keeseokannya aku pergi Klinik untuk ambil darah dulu.

JUMLAH BAYARAN KETIGA BELAS - RM240 (Ujian darah seperti biasa)

5 Oct 2020 - Pergi klinik ambil darah. seperti biasa sebab dah ambil pil Yasmin 1 kotak untuk 1 cycle. 

9 Oct 2020 - Review result hormone test, masih kurang memuaskan juga result kali ni. LH masih tinggi. Doc suruh ambil Progynova untuk betulkan sikit lagi hormone LH aku yang tingtong lagi tu. Doc pun setiap kali jumpa mesti bagi nasihat. Mungkin emosi kena jaga juga. Tu yang hormone jadi macam tu. Makanya kali ni ambil Progynova. Kalau result hormone test next cycle cantik, terus start IVF.

10 Nov 2020 - Next period ambil darah hormone test lagi . Kalau kali ni bacaan ok sikit dari sebelum ni tapi masih kurang cantik untuk teruskan  IVF. Ambil result darah 11 Nov jumpa Doc suruh try myoinositol dulu selama sebulan, 1 botol. Myoinositol ni aku pernah dengar, memang ramai PCOSer ambil. Cuma aku kurang paham sangat fungsi myoinositol dan inositol. Nanti aku cari info ini. So, makan ini jar dulu selama sebulan, next period check semula darah macam biasa. Haha

4 Dec 2020 - Period keluar spotting, aku terus text Kak Zahira (Klinik Mey). Kak Zahira kata monitor dulu, kalau dah keluar flow merah tu baru datang ambil darah semula. Esoknya 5 Dec 2020 period pun keluar dengan jayanya. Disebabkan 5 Dec adalah Sabtu, esoknya Ahad klinik tutup aku pergi jer lar hari Sabtu untuk ambil darah . Hari Isnin dah boleh tahu result boleh start IVF atau tak.

6 Dec 2020 - Kak Zahira mesej bagitahu result darah aku dah elok dan boleh start IVF hari Isnin 7 Dec 2020. Akhirnya, Allah dah tentukan aku untuk start pada bulan Dec, Alhamdulillah. ๐Ÿ˜Š

Sebelum tu, lupa nak update. Bayaran untuk ketiga tiga hormone test aku tak perlu bayar sebab dah termasuk dalam pakej IVF. Tapi kalau kali ketiga hormone test tu tak cantik juga, makanya perlu lar bayaran. Hehe.


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-15 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ

3 comments

  1. As salam sis. Dah go through IVF ke. Saya tgh down dpt result HSG test, hydrosalphinx for both tube. Tatau nak buat apa skrg. Either operation to remove blockage atau proceed ke IVF๐Ÿ˜ญ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam, yer sis..sy dah proceed IVF..Sis refer dan discuss dengan doc dulu sebab diorang lebih tahu tentang condition badan kita..Sy pun ambil masa juga nak terima keadaan2 ni, down juga masa dapat result HSG hari tu.๐Ÿ˜“ Cari group support sis,kat situ boleh dpt ilmu2 juga. Kita usaha jer sis selebihnya biar Dia tentukan. ๐Ÿ˜ฌ

      Delete
  2. Salam.. sy pun plan nak buat ivf dgn doc salini suhaila, sbb tube bengkak :) boleh sy tahu awk punya pakej ivf yg mana? sy punya doc suggest RM11k ++. tapi sy plan nak buat hujung tahun sbb nak habiskan dua dose vaksin.

    ReplyDelete