TTC JOURNEY : PART 15 (IVF)



Assalamualaaikum semua ✋

Untuk story kali ni nak share dengan korang semua tentang perjalanan IVF-ku. Jika ini adalah langkah terbaik untuk aku dan suami bagi memiliki zuriat, kami redha dan Engkau permudahkanlah bagi kami. Ini antara doa yang selalu aku amalkan. Betul, kami suami isteri redha dan akan terus berusaha. Mungkin ada diantara usaha-usaha kami itu Allah akan makbulkan, InsyaAllah. ๐Ÿ’š

Selepas dapat result darah dah cantik pada 6 Dec 2020, keesokkan harinya aku dah kena start IVF. Untuk proses yang pertama adalah Stimulation. Proses untuk hasilkan telur yang banyak dan matang serta sihat. Proses yang pertama ni lar proses yang perlu dicucuk setiap hari. Sebelum ni aku dah tanya suami, boleh ka dia nak cucuk setiap hari, kalau tak boleh kami perlu ke klinik setiap hari untuk cucuk diklinik. Respond yang baik diterima sebab suami sanggup belajar untuk cucuk aku setiap hari. ๐Ÿ˜˜

Aku start injection untuk IVF pada hari ke tiga period (Day 3).

7 Dec 2020 / 1.50 pm ( Day 3 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 225iu (cucuk di klinik) 

8 Dec 2020  / 8.30 am ( Day 4 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 450iu

9 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 5 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 675iu

10 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 6 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 900iu (Period dah stop)

11 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 7 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) = 1125iu

12 Dec 2020 / 11.30 am ( Day 8 ) - Inject Gonal F (150iu) +  Menopur (75iu) + Orgalutron + TVS 

13 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 9 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur (75iu) + Orgalutron 

14 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 10 ) - Inject Gonal F (150iu) + Menopur(75iu) + Orgalutron 

15 Dec 2020 / 8.30 am ( Day 11 ) - Inject Orgalutron pagi + TVS

15 Dec 2020 / 9.00 pm ( Day 11 ) - Inject Decapetyl + Hucog 150iu

Mulanya doc plan untuk OPU on Day 14, tapi sebab TVS on Day 11 telur yang terhasil dan besar dah hampir 40biji, makanya doc plan untuk OPU pada Day 13.

OPU - Oocyte Pick up, dalam erti kata lain, kutip telur untuk dikeluarkan dan disenyawakan diluar. ๐Ÿ˜Œ


Ini cooler box yang diberi oleh klinik 

Ini menopure Gonal F


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-16 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ







2 comments

  1. Salam.. sy pun plan nak buat ivf dgn doc salini suhaila, sbb tube bengkak :) boleh sy tahu awk punya pakej ivf yg mana? sy punya doc suggest RM11k ++. tapi sy plan nak buat hujung tahun sbb nak habiskan dua dose vaksin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam , sebaiknya ikut nasihat dan cadangan doc sebab doc tahu kondisi kita. Selebihnya kita berserah kepadaNya. :) Betul2, seeloknya habiskan dose vaksin dulu .

      Delete