Dina Shamila
  • Home
  • Contact Us

Assalamualaikum w.b.t. teman seperjuanganku sekalian. Entry kali ni aku akan mula story tentang perjalan IVF kami suami isteri. 

12 Sept 2020 - Hari tu dapat result HSG dan juga result hormone test . Hormone test jangan ditanya, sudah tidakku bilang dah berapa kali ambil test nie. Haha. Memandangkan aku nie memang bermasalah dengan hormone , makanya sepanjang TTC ni kumpul result hormone test jer lar. Haha. Result hormone test bulan Sept 2020 tak cantik sangat bacaan. LH aku tinggi juga. Makanya, doc tak sarankan sangat buat IVF cycle ni. Doc minta balance-kan dulu hormone. Macam biasa, aku kena repeat ambil Pil Yasmin untuk betulkan semula hormone LH dan FSH. Kali ni aku ambil 1 cycle sahaja pil Yasmin.  Result test gula pun dapat hari ni juga, normal saja. Alhamdulillah.

2 Oct 2020 - Period hari ni. Macam biasa D2 atau D3 pergi ambil darah. Keeseokannya aku pergi Klinik untuk ambil darah dulu.

JUMLAH BAYARAN KETIGA BELAS - RM240 (Ujian darah seperti biasa)

5 Oct 2020 - Pergi klinik ambil darah. seperti biasa sebab dah ambil pil Yasmin 1 kotak untuk 1 cycle. 

9 Oct 2020 - Review result hormone test, masih kurang memuaskan juga result kali ni. LH masih tinggi. Doc suruh ambil Progynova untuk betulkan sikit lagi hormone LH aku yang tingtong lagi tu. Doc pun setiap kali jumpa mesti bagi nasihat. Mungkin emosi kena jaga juga. Tu yang hormone jadi macam tu. Makanya kali ni ambil Progynova. Kalau result hormone test next cycle cantik, terus start IVF.

10 Nov 2020 - Next period ambil darah hormone test lagi . Kalau kali ni bacaan ok sikit dari sebelum ni tapi masih kurang cantik untuk teruskan  IVF. Ambil result darah 11 Nov jumpa Doc suruh try myoinositol dulu selama sebulan, 1 botol. Myoinositol ni aku pernah dengar, memang ramai PCOSer ambil. Cuma aku kurang paham sangat fungsi myoinositol dan inositol. Nanti aku cari info ini. So, makan ini jar dulu selama sebulan, next period check semula darah macam biasa. Haha

4 Dec 2020 - Period keluar spotting, aku terus text Kak Zahira (Klinik Mey). Kak Zahira kata monitor dulu, kalau dah keluar flow merah tu baru datang ambil darah semula. Esoknya 5 Dec 2020 period pun keluar dengan jayanya. Disebabkan 5 Dec adalah Sabtu, esoknya Ahad klinik tutup aku pergi jer lar hari Sabtu untuk ambil darah . Hari Isnin dah boleh tahu result boleh start IVF atau tak.

6 Dec 2020 - Kak Zahira mesej bagitahu result darah aku dah elok dan boleh start IVF hari Isnin 7 Dec 2020. Akhirnya, Allah dah tentukan aku untuk start pada bulan Dec, Alhamdulillah. ๐Ÿ˜Š

Sebelum tu, lupa nak update. Bayaran untuk ketiga tiga hormone test aku tak perlu bayar sebab dah termasuk dalam pakej IVF. Tapi kalau kali ketiga hormone test tu tak cantik juga, makanya perlu lar bayaran. Hehe.


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-15 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ

    Assalamualaikum w.b.t teman teman seperjuangan semua. Semoga belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Tahun Baru 2021 untuk semua ๐Ÿ’™ Sedar tak sedar dah masuk tahun ke-4 juga perkahwinan aku dan suami tahun ni , disebabkan kami kahwin pada bulan 12 makanya, aku tegaskan usia perkahwinan kami baru memasuki tahun ke-3 lebih tepat. Hehehehe ๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž

Kalau korang dah baca entry sebelum ni aku cerita tentang result HSG kan. Result yang telah memberi kami 1 pilihan untuk mendapatkan zuriat adalah dengan cara IVF. ๐Ÿ˜Š Kami suami isteri pandang ujian ini dengan cara dan sudut yang positif, mungkin ini ujian untuk kami. InsyaAllah, kami kuat untuk ujian ini dengan izin-Nya. Balik rumah bincang dengan suami , bila nk buat IVF. So, suami decide buat jer terus sekarang. ๐Ÿ’

Aku dah mula mencari supplemen yang sesuai sebagai persediaan sebelum memulakan rawatan IVF. Kalau boleh biar badan dah ready. Setelah membuat kajian dan carian yang terperinci, aku decide untuk ambil beberapa supplemen dari Shaklee. Rasanya  ramai dah kenal kot Shaklee ni. Aku mula ambil B Complex Folic Acid Shaklee sebagai permulaan. Aku beli dari akak ni https://linktr.ee/nidini, bole la kalau korang nak cuba. ๐Ÿ’Š

Result HSG aku hari tu (Right tube blocked , left hydrosalpinx with patent tube), tiub kanan blocked, tiub kiri sedikit bengkak. Doc bagi pilihan hari tu sama ada nak buat Laparoscopy (check tiub bengkak) atau IVF terus. Bila tanya doc cost untuk Laparoscopy pun sama jar dengan IVF, makanya suami terus decide untuk IVF jer terus. Laparoscopy tu InsyaAllah, bila dah selesai semua baru plan untuk rawatan itu. Apa-apa pun moga Allah permudahkan urusan-urusan kami ini. Moga Allah perkenankan usaha-usaha kami ini. 

Aamiin Ya Mujib. ๐Ÿ’—

Aamiin Ya Mujib. ๐Ÿ’—

Aamiin Ya Mujib. ๐Ÿ’—

InsyaAllah, kami akan teruskan IVF. Next entry aku akan cerita perjalanan IVF kami untuk korang.


p/s: Perjalanan yang penuh cerita


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-14 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ



        Assalamualaikum w.b.t teman teman seperjuangan semua. ๐Ÿ˜ Semoga semua baik baik saja. Haiissh, nak cari mood nak menaip nie alahaiii larr sangat.. Hehe So, mari kita sambung cerita apa jadi dengan result HSG yang lepas. Entry sebelum ni dah story tentang pengalaman HSG, jom tengok apa terjadi dengan keputusannya. Nantikaannnn..

12/9/2020 - Aku review result dengan Doc Salini dekat Klinik Pakar Wanita Mey dekat Subang. Hari Sabtu hari tu, so kami kena pergi awal sebab klinik hingga jam 12.00 tengah hari saja. Aku dengan suami sampai situ lebih kurang jam 11.00 pagi juga lar. Sampai duduk sekejap, akak Zahirah (Nurse) bagi 1 kertas dekat aku. Itu lar kertas result-nya. Aku pun tengok dan baca. Kertas tue ada detail patient dan result yang ditulis dalam Bahasa Inggeris lar for sure kan. Dengan result di tangan tue aku dah rasa tak sedap hati dengan ayat yang ditulis tu. Aku tunjuk result dekat suami, aku bagitau ni macam tak cantik result ni. huhu. Suami aku macam biasa lar, tenang dan tenang sangat. Dia kata sabar, relaks nanti kita masuk jumpa doc dan tanya habis. 

Lebih kurang 15 minit tunggu aku dengan suami pun masuk bilik doktor setelah nama aku dipanggil. Masuk duduk Doc Salini pun tanya aku "Kenapa Dina? keputusannya begitu.". Jangan kata aku jar terkejut, Doc Salini pun terkejut. Korang nak tahu ke apa keputusan nya ?

HSG RESULT : Right tube blocked , left hydrosalpinx with patent tube.

Doc pun minta X-Ray film yang aku dapat masa HSG procedure hari tu. Doc Salini baca result aku Tiub Kanan Block, Tiub Kiri ada sedikit bengkak di hujung. Sebelum aku buat HSG ni aku ada baca juga info-info tentang tiub ni. So, bila dengar result macam ni terus rasa AllahuAkbar. Allah hadirkan lagi ujian untuk kami dengan result macam ni. Ya, mungkin kami insan yang terpilih untuk ujian ini.


p/s : HSG Report yang agak ๐Ÿ˜ฅ

Doc Salini tak sarankan aku buat IUI dengan result HSG macam ni, sebab risau risiko kandungan luar rahim. Doc hanya cadangkan IVF terus. Terus tersentak kepala dan otak bila dengar IVF. Tak pernah terlintas difikiran selama ni aku kena hadapi benda ni. Aku kena buat treatment sehingga stage ni. Memang betul-betul terkejut hari ni. Doc Salini terkejut dengan result HSG aku sampai tanya betul ka miscarriage sebelum ni kandungan dalam rahim. Aku pun korek-korek lar gambar scan tunjuk dia. Dia tengok baru yakin sikit. Ya Allah, memang betul-betul hati tak tenang masa ni. Dalam kepala hanya set treatment sehingga IUI saja, tak terjangkau fikiran ni nak buat treatment sampai IVF.

Doc ada juga bagi cadangan kalau nak cuba normal dulu dengan Letrozole lagi, dia boleh bagi. Tapi suami dah tak nak, sebab hari tu dah 2 cycle try Letrozole. Suami aku pun decide proceed dengan IVF saja. Begitu lar lelaki kan, tenang sangat terus buat keputusan. Yang aku nie terkejut tak habis lagi. Agak lama hari tu kami sembang dengan doc. Hampir menitis air mata juga hari tu depan doc. Tak tahu dah nak cakap macam mana. Doc Salini banyak cerita tentang pesakit-pesakit dia yang dah berjaya problem lebih kurang aku juga untuk positifkan minda aku semula masa tu. Suami dah decide untuk IVF, aku pun dah tenang sikit. Kami pun proceed saja dengan IVF.

Keluar bilik doktor masuk kereta terus nanges. Aku masih bersyukur, sungguh aku bersyukur. Ada lagi nikmat lain yang aku dapat selain dari ujian ini. AllahuAkbar. Terus rasa sedar diri dan sedapkan hati untuk terus kuat lagi sebab aku perlu hadapi banyak lagi perjalanan TTC kami ni. Mohon korang doakan yang terbaik untuk aku dan suami aku mengahurungi perjalanan IVF kami pula nanti. Aaaamiin Ya Mujib.


Kalau korang nak tanya apa-apa, komen la kat bawah, kita boleh berkongsi, buang rasa malu tu yerr..


Sekian saja aku rasa untuk entry ni, nanti aku share lagi bila dah start IVF. Stay tuned yer korang..


Marilah kita bersama-sama amalkan doa ini ๐Ÿคฒ


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-13 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ






Assalamualaikum w.b.t semua.


Alhamdulillah, direzekikan lagi berpena disini. Syukur dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki kesihatan,makanan, tempat tinggal. Alhamdulillah. Hari rasa nak story tentang pengalaman HSG bulan lepas. ๐Ÿ˜€ 

Antara selalu yang menjadi pertanyaan ⁉️
  • Sakit ka HSG nie? 
  • Dapat MC ke? 
  • Lama ka procedure HSG ni? 

๐Ÿงฉ Ooraait, mai nak cerita bagi. Hehe

๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น๐Ÿ”ธ ๐Ÿ”น

Sebelum tu , ini apa itu HSG?

HSG adalah nama panjangnya HYSTEROSALPINGOGRAM. HSG ni adalah X Ray test untuk check keadaan tiub fallopian kita dan keseluruhan keadaan rahim kita. Dengan cara memasukkan sejenis tiub ke dalam vagina. Selepas itu, kita perlu meluruskan kaki dan berada pada  posisi dan kedudukan yang betul seperti diarahkan oleh Juru X-ray. Kemudian sejenis cecair akan dimasukkan kedalam tiub yang dimasukkan ke dalam vagina tadi. Semasa proses ini mungkin akan berlaku ketidakselesaan sikit dibahagian perut dan rahim dalaman kita. Boleh tengok gambar dibawah sebagai gambaran untuk hampa nanti. Ok, nak sambung perjalanan HSG proses aku plak. Hehe


p/s : Gambar sumber Google


Cerita asalnya, Doc Salini tak pernah suggest pun aku buat HSG. Tapi sebab dah on ubat Letrozole 2 cycle failed, terus decide buat IUI (Intrauterine insemination). Aku pun ambil lar IUI pakej kat klinik tu. Pakej tu include SA (Semen Analysis) test dan HSG test. Bila dah decide tu terus jalan ke depan, set appointment untuk segala jenis test-test tu. Post yang lepaskan aku bagitau aku buat Hormon test yang ke 3 kalinya. Hormon test masa CD2. HSG pula kena buat CD8 or CD9. Bila disemak kalendar CD8 masa tu 10 Sept 2020. Terus set appointment untuk HSG test. 

Walaupun aku consult dekat Klinik Mey Mey di Subang, tapi semua procedure perlu dibuat di Metro IVF Klang. 10 Sept 2020 hari Khamis makanya terpaksa lar cuti. Tapi bila call klinik katanya boleh dapat MC. So, ok lar.  ๐Ÿ˜€ Appointment aku 10.00 am. Makanya kami keluar awal pagi lar, risau jalan jem ke apa sebab kami pon tak pernah sampai lagi Hospital Metro IVF tu.  

10 Sept 2020 - Kami sampai Hospital Metro IVF lebih kurang jam 9.30 am juga lar. Agak awal juga sebab jalan pun cantik jer. Lebih kurang sejam dari rumah kami. Sampai terus masuk daftar bagitau nurse situ nak buat HSG dari Klinik Mey Mey, diorang dah tahu sebab dah ada rekod dengan diorang. Nurse tu tanya dah breakfast ke belum, kalau belum dia suruh breakfast lagi. Makanya, kami pun pergi lar breakfast dulu kedai depan tu. Setel breakfast pergi semula hospital. Duduk sekejap lebih kurang 5 mini sorang nurse tu panggil untuk bawa kami ke bilik procedure. Bilik procedure tu tak lar jauh sangat, bersebelahan dengan Hospital Metro juga, cumanya kena keluar dari Hospital tu jalan sikit jer. Nurse tu bawa kami dengan sorang lagi couple nak buat HSG juga. 

Sampai situ, duduk dulu sementara staff situ panggil untuk ambil rekod. Sepatutnya yang buat procedure HSG aku adalah Doc Salini. Tapi Doc Salini ada hal, makanya aku redha saja lar doc mana yang ada disitu. Tunggu situ agak lama juga, mungkin sebab tunggu Doc yang bertugas datang. Lebih kurang 15-20 minit juga kami tunggu. Staff situ panggil nama aku dlu masuk ke dalam bilik untuk tukar baju. Aku pun masuk, prepare diri dalam bilik procedure dulu dengan bantuan staff kat situ. Lebih kurang 5 minit tunggu Doc masuk. Rupanya Doc Tee yang akan buat procedure tu. terkejut aku. Agak famous Doc Tee dalam kalangan TTCian sebab success rate dia yang tinggi dengan IVF. So, agak terkejut juga lar jumpa Dr Tee dan dia yang akan buat procedure HSG aku tu.

Procedure tu tak lama pun, kurang dari 10 minit aku rasa. Diorang akan suruh kita pusing ke kiri kanan macam tu jar untuk dapatkan cetakan film X Ray tu nanti. Sakit ka? Ok, untuk pengalaman aku sendiri masa procedure tu cuma rasa tak selesa saja. Sebabnya awal2 kan diorang akan guna Speculum(muncing itik) untuk buka laluan vagina kita tu. Sebabnya nk beri laluan untuk doc masukkan dye kedalam tu. Bila doc masukkan dye tu memang akan rasa tak selesa dalam perut sikit. Bahagian yang letak Speculum tu for sure lar tak selesa kan. Tapi sebab aku dah kerap sangat dok guna benda tue masa miscarriage hari tu, dah rasa macam ok lar. Hahaha. Rate kesakitan semasa procedure aku bagi adalah 4 daripada 10. Maksudnya so so saja bagi aku. Haha . Tapi hampa nak tau dak effect selepas selesai procedure tue? ๐Ÿ˜€

Selesai procedure, tukar baju staff situ minta tunggu sekejap. Dalam 5 minit macam tu dia bagi X Ray Film so, dah setel situ. Untuk dapatkan MC dia minta kami ke tempat pendaftaran. Kami pun kesana dapatkan MC. MC diberi juga kepada suami. Setel semua kami pun bergerak balik. Kami sampai sana jam 9.30am, kami gerak balik jam 11.15am dah balik. 

Ok, sekarang nak cerita effect selepas procedure kat korang. ๐Ÿ˜… Selepas 3 minit kereta bergerak, terus terasa sakit tue..Hahahah. Sakit yang datang terus sampai sehingga tahap skala 10++ daripada 10 tadi tu tau. Haha. Suami aku tengah drive pun macam tak tau nak buat apa dah. Seriusss sangat2 weyhhh. Tahap sakit tue sampai sepanjang jalan aku teriak weyh hingga rumah. Tak tahu nak buat apa, terus mesej akak Staff di Klinik Mey Mey , Kak Zahirah. Dia suggest ambil Ponstan(ubat tahan sakit). Baru teringat dekat rumah ada lagi pil tu. Balik rumah aku stay dalam kereta dulu 10minit weyh, teriak dan tahan sakit. Nak jalan pun rasa berat weyh. Sakit ni bagi aku kurang sikit dari aku sakit rengat masa 2nd miscarriage dulu. Macam mencucuk cuck tu weyh. 

p/s : X- Ray film akan dapat pada hari tersebut, nanti result keluar bawa X-Ray film ni untuk doc review

Pengakhiran cerita HSG aku pada hari ini adalah, balik makan Ponstan , lena. Alhamdulillah, feel much better, dah tak sakit, cuma sengal2 saja. Tapi hari ni akan keluar darah 'spotting' sikit. Tapi sehari jer lar keluar. Tapi ini adalah situasi dan pengalaman aku lar. Sebab lain orang lain pengalmannya. Ada yang tak sakit langsung, ada yang sakit sikit saja. ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

Next entry, aku story result HSG aku plak naaa yerr


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-12 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ








 

Assalamualaikum

Hari ni nak buat short story jar sebab sekadar pergi buat hormone test jar. Sebelum ni pon dah buat hormone test, ambil darah saja. Cuma kali ni aku tambah untuk ujian gula dalam darah. Memandangkan aku PCOS-er, risiko untuk gula tinggi tu ada sebab tu aku buat jer ujian gula.

2 Sept 2020 - Period keluar malam lepas maghrib macam tu lepas makan ubat yang Doc bagi tu (Norculat) selama 5 hari. Terus call akak nurse set appointment untuk hormone test. Bila dikira hari Sabtu 5 Sept 2020 tu (Day 3) makanya, aku proceed ambil darah pada hari Sabtu saja. Senang tak payah nak cuti bagai.


JUMLAH BAYARAN KE-DUA BELAS = RM 290 (Add on ujian gula dalam darah)


Rasanya, itu saja kut untuk entry ni, next entry aku ada banyak nak cerita terutama tentang HSG test . 


Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-11 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ




        Assalamualaikum warga TTCian semua. Alhamdulillah , masih lagi diberi nikmat kesihatan. Lama tak bercerita kat sini. ๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜Š๐Ÿ˜ŠHari ni mood menaip ada sikit, rasa nak sambung TTC journey yang masih belum berakhir. Kalau yang follow TTC journey aku sebelum ni, bulan March hari tu aku repeat Femara Letrozole untuk second cycle lagi. Dengan harapan masa tu time PKP harap sangat 'lekat', tapi masih belum rezeki. Makanya, second cycle Femara Letrozole aku fail juga. CD13 (3 April) buat TVS, jumpa telur yang matang, 23 April period keluar tanpa rasa bersalahnya. ๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข๐Ÿ˜ข 

Hari period keluar tu aku terus wassap akak nurse Klinik Mey bagitau, akak tu bagitau rehat dulu, memandangkan bulan April dah puasa. Dia suruh aku rehat dulu, dan cuba secara normal dulu. Sangat kecewa bila fail second cycle Femara Letrozole. Tapi apa daya aku, bersedih itu perlu tapi tidak lar sehingga berhari hari. My very strongestt partner, suamiku..Satu satunya orang yang sentiasa bagi aku semangat. Ya, dia segalanya bagi aku weyh.  ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜. 

Dah confirm fail second cycle Femara Letrozole , fikiran dah ke arah next step dah iaitu IUI (Intrauterine Insemination). Memandangkan Doc pun suruh rest dan cuba secara natural dulu, aku pon stop sekejap jumpa doc. Plannya lepas raya pula continue consult. Sepanjang bulan April, May, Jun dan July kalau hampa nak tau, period aku jadi ting-tong pula. Period datang bulan April tu, kemudian bulan May sekali. Bulan Jun, July period tak datang. UPT test??? Mesti lar negative, kalau dah positive memang tak pening sangat. ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜ Dah lar UPT negative, period tak datang pula. Sepatutnya lepas raya, around bulan Jun tu aku patut jumpa doc dah, tapi sebab agak banyak event lepas raya haji baru kami jumpa semula doc. Bulan August still tunggu juga period datang, tapi masih tak datang juga. Terus call akak nurse Klinik Mey buat appointment jumpa doc.

24 August 2020 - Jumpa semula Dr Salini, bagitau doc period tak datang , UPT negative. Doc pun buat TVS scan sikit, macam biasa. Telur yang tak matang banyak, tak ada tanda tanda nak period pun, dinding rahim nipis jerr. So, doc decide buat hormon test semula. Doc bagi ubat turun period dulu. Kemudian Day 2 or Day 3 ambil darah untuk buat hormone test. Masa jumpa Dr Salini ni memang terus discuss tentang IUI. Yesss, memang dah plan nak proceed IUI rasanya. Dah discuss dengan suami, InsyaAllah, IUI masih berkemampuan. Dr Salini pon terang dan bagitau, dia suruh buat hormone test dulu, dan betulkan hormon yang ting-tong tu. Kemudian proceed IUI. Sebabnya promo IUI RM 2020 masih belum tamat. Aku grab terus promo IUI tu, bayar deposit dulu RM 400. Promo ni termasuk HSG test dan SA test. Memandangkan HSG test kena buat Day 8 atau Day 9, aku decide terus buat HSG test lepas period nanti. Settle jumpa doc hari tu, ambil ubat dan terus balik.

JUMLAH BAYARAN KE-SEBELAS = RM 195 (Termasuk ubat turun period-Norculat)


Beberapa notes dari akak nurse tentang IUI cost ๐Ÿ˜Š



Korang kalau ada apa-apa soalan komen la kat bawah, aku cuba jawab mana mampu.

Hanya kita faham kita

Sambungan PART-10 ๐Ÿ˜š๐Ÿ˜š

❤️ ๐Ÿงก ๐Ÿ’› ๐Ÿ’š ๐Ÿ’™ ๐Ÿ’œ




Newer Posts Older Posts Home

ABOUT ME

I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out.

POPULAR POSTS

  • ASSALAMUALAIKUM :)
  • TTC JOURNEY : PART 20 (MOVE ON)
  • SORU STATION KOTA DAMANSARA

Categories

  • aku
  • makan-makan
  • maksu
  • trying to conceive

Advertisement

About Me


I could look back at my life and get a good story out of it. It's a picture of somebody trying to figure things out. Great things in business are never done by one person. They’re done by a team of people.

Popular Posts

  • ASSALAMUALAIKUM :)
  • TTC JOURNEY : PART 20 (MOVE ON)
  • SORU STATION KOTA DAMANSARA

Advertisement

Designed By OddThemes | Distributed By Blogger Templates